Sabtu, 31 Disember 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Tahun baru datang lagi....
Hujan plak masih belum berhenti...
Bimbang tragedi 2014 berulang lagi...
Semoga sentiasa dilindungi....Aamin


Selamat menyambut Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca blog Cheq Da...
Semoga tahun ini mendatangkan rezeki dan keimanan yang lebih lagi kepada yang maha Esa..

Sabtu, 24 Disember 2016

Happy Anniversary 10 Tahun...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi perhubungan kami masih bertahan sampai ke sini. Walaupun kadang-kala lidah tergigit...namun asam garam rumahtangga menyebabkan kami dpt mengenali hati budi masing-masing.
Pejam celik pejam celik dah pun 10 tahun usia perkahwinan kami. Anak pun dah 3. Selepas kahwin 3 tahun menunggu untuk dapat baby...Alhamdulillah.



Ni gambar 10 tahun lepas...kurus lagi..hihihi. sekarang ni badan macam dipam-pam. Maklumlah laki pandai jaga bini.


Gambar terkini dalam minggu lepas. Rambut baba pun dah kurang sebab tu selalu cover songkok atau topi.



Alhamdulillah permata hati kami...syukur.
Semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Aamin...

Sabtu, 17 Disember 2016

Breast Pump Real Bubee.

Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi semua. Cerita hari ini nk berkongsi satu produk pemerah susu yang Cheq Da beli. Murah jea...tak beli yang mahal2 pun sebab anak ke3 ni jea baru terasa nk beli. Dulu perah main pakai manual jea. Maklumlah Si Aqeela ini tak mahu bersusu botol. Kalau dipaksa mahunya sikit jea ditelan yang banyak plak menangis. So Cheq Da memang selalu sediakan susu yang diperah untuk pujuk dia minum.
Nanti sesi persekolahan bermula kena lah bikin stok banyak-banyak. In sha Allah dipermudahkan OlehNya nanti.
Jenama Real Bubee ini Cheq Da beli dari 11Street. Dapat lah dengan harga rm38.00. Campur shipping rm20.00 so harganya dalam rm58.00. Murah kan. Nk beli yang mahal2 rasa jarang jea pam susu dengan benda alah ni. Tapi setakat ini pam...bolehlah susu tu keluar walaupun xcepat sangat. Ini bergantung kepada seseorang lah.



Set yang diberikan adalah termasuk 2 botol untuk dipam serentak. Tapi Cheq Da pakai jea dulu. Susah plak nk pegang dua2. Ni kira waktu gap mengajar bolehlah lari2 jap pam susu. Tu sebab terfikir nk beli. Lagipun ianya kecik dan comel. Mudah dibawa ke mana2. Letak jea dalam beg pun boleh. Time2 nk guna tu boleh jea. Cuma perlu elektrik la.


Hari ini punya pam...dapat lah 4 aun...nk bikin stok.

Jumaat, 16 Disember 2016

Perkhidmatan SS 51 ENTERPRISE

Assalamualaikum w.b.t

SS 51 ENTERPRISE mula beroperasi bulan Mei 2016.
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan welding untuk pelbagai jenis permintaan pelanggan.
Beroperasi di sekitar daerah GUA MUSANG, KELANTAN dan kawasan sekitarnya.
Untuk berurusan boleh lah hubungi:

ENCIK MOHD SAIPUNIZAN
013-4445515
017-9098515
Waktu pejabat: 8.00 pagi -5.00 petang









Antara contoh welding yang telah disempurnakan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...