Selasa, 22 November 2011

Agar-agar roti pelangi ........nice...

Assalamualaikum....hari ni cheq da nak postkan n3 puding roti...rasanya memang la sedap terutamanya dimakan di kala sejukkkkkkkkkkk....layan





Agar-agar roti pelangi

oleh: Q'ein(my resepi)
 
Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1 cawan agar-agar kering
  • 3 cawan air
  • 500 g gula
  • 5 keping roti
  • susu segar/sejat
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen ros/vanilla
  • pewarna kuning, hijau dan merah

Cara-cara

  1. Masak agar-agar sehingga larut. Kemudian, tambah gula mengikut manis mulut. Masukkan esen ros/vanilla..Bahagikan agar-agar kepada 2 bahagian A dan B. Kemudian bahagikan bahagian B kepada 3 bahagian dan warnakan dengan pewarna.
  2. Sementara itu, pukul telur dengan susu, kamudian masukkan roti. Rendam sehingga roti lembik, kemudian blend roti hingga hancur. Masukkan roti yang diblend tadi dalam agar-agar bahagian A. Kacau.
  3. Basahkan bekas dan isi lapisan agar-agar berwarna yang pertama. Tunggu agak-agak beku, lapiskan dengan agar-agar bahagian A. Tunggu agak beku, lapiskan dengan agar-agar berwarna seterusnya. Ulang langkah sehingga agar-agar habis.
  4. Biarkan agar-agar sehingga beku. Boleh disimpan dalam peti ais bagi yang suka makan sejuk.


Ahad, 20 November 2011

kek coklat moist...koleksi tempahan again

Share kek coklat moist sempena tempahan yang lepas...yang dah lama bebenar p ada...tq kepada yang order...

order dr cikgu din-sk menson

cikgu din-sk menson

kak ct-sk brinchang

fatimah utk cikgu smk sultan ahmad syah

mus-sk convent

cikgu din-sk menson


cikgu mat-sk menson

kak ct-sk brinchang

pekerja pok nik ikan bakar..

cikgu din sk menson

cikgu din...juga sk menson

Sabtu, 19 November 2011

barbie doll cake...lagi koleksi tempahan...





order daripada kak noli dan kak tina-thanks for order...
lemah lagi dari segi deconya kena banyak belajar....

projek nasi ayam......kuss semangat....

 Salam semua...apa khabar semua...minggu lepas memang terlalu sibuk dengan tempahan kek dan membantu suami untuk jamuan kelas...memandangkan studentnya nak makan nasi ayam terpaksa la buat nasi ayam...nak tempah kesian plak duit kelas memang tak cukup...disebabkan 2 bersiap sedia menyediakan nasi ayam bermula dari petang sampai ke malam dan bersambung plak paginya...hari bekerja cibuk la cikit coz cheq da jaga exam spm tp alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..............resepi plak sedia ada dan yang biasa cheq da selalu buat......tambah plak dengan 50 biji cmc kukus utk pelajar darjah 4 ni..harap mereka gembira...
bersedia untuk dibungkus

bahan2...sup dipanaskan di atas dapur..

58 bungkus semuanya...
nasi ayam yg lengkap-sup plak diikat berasingan
bonus tambahan steam cmc 50 pieces

Sabtu, 12 November 2011

koleksi kek......

for my student 5i


yg ni diorder oleh puan rahimah utk studentnya..5y


wan azlina order untuk anak nya yang ke2

untuk my student 5j

seronok sangat dapat kek...harap result pun ok...

Khamis, 10 November 2011

Apam belang........

Lama rasa tak masuk n3...hari ni saja2 nak poskan apam belang...memang gebu la dan sedap..rasa macam kek pun ada...pandai tul tukang olah resepi ni...tq kerana sanggup berkongsi.
sedia untuk dikukus
 
kasi corak2 sikit...
yang ni bila dah dipotong...
 
APAM BELANG
by: Shamama
sumber : Ucu Faridah
inpirasi: kak ita masam manis

4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air) 
1 sudu teh baking powder 
pewarna

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

Rabu, 2 November 2011

cheese tart........strawberry@blueberry

Selamat malam...malam ni cheq da hanyalah nak kongsi resepi cheese tart yang dibuat 2 hari lepas.........rasa sedap jgk kalu kadang2 makan benda alah ni kan...k la tak nak panjang2 citer...jom kita layan...


Blueberry Cheese Tart
oleh: haz_amon (my resepi)

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum
  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 



ni yang telah sejuk...

Selasa, 1 November 2011

kek coklat moist...tempahan si suami utk si isteri...




bab tulisan memang selalu tak cantik....he3

Marble Cheese Brownies....puas hati...

Hari ni cheq da saja nak syare marble cheese brownies yang cheq da ambil daripada blog kawan2..memang sedap la resepi ni...dulu p cheq da pernah buat banyak kali resepi ni...sebenarnya cheq da buat kek ni disebabkan menerima tempahan dari gpk ko sekolah...puan hasnah sempena perpisahan pembantu teknikal sekolah kami...En.Zahim..dia kata just buat yang simple2 jea..tak payah deco pe2...lebih2 lagi nak makan dalam 50 orang...pas 2 dah siap potong2 terus...jenuh la duk pk nak buat apa...selongkar buku resepi dapat la resepi ni...sangat la puas hati...kita layan yea...

MARBLE CHEESE BROWNIES - Sumber dr Rinnchan FP

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...