Khamis, 28 Julai 2016

Page View...

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni nk share sedikit mengenai page view blog kiter ni. Selalunya paling byk page view pun dlm 700 jea. Tu pun dalam bulan puasa. 2 hari ni..page view dah mencecah 1000 sehari. Alhamdulillah. N3 paling hot setakat ini..kerabu maggi siam. Sampai ada yg pm nk suruh beli maggi ni.
Alhamdulillah masih berpeluang untuk berblog.



Rabu, 27 Julai 2016

Pizza home made

Assalamualaikum w.b.t
Lamanya tak update blog...lemau rasa dengan tuntutan kerja yg semakin menimbun. Byk urusan perlu disettle dengan PT3 dan SPM. Kedua2 untuk kelas peperiksaan ini Cheq Da mengajar so byklah la plak tanggungjawabnya. Tambahan pula jawatan SUP PT3 masih lg dipegang so byklah prosedurnya. Kandungan plak dh mencecah 7 bln lbh..rasa semakin tak larat bila mengandung di usia 35 tahun ni.
Pe2 pun yang wajib dan tuntutan kerja perlu dibereskan sebab itulah rezeki dari NYA.
Cerita semlm..godek2 pizza dapat 3 biji..puah hati makan sebab dah lama tak buat. Ada lebihan siap tapau jamu kawan2 di sekolah.




Yang telah dipotong untuk haziq...masak2 terus nk katanya.

Rabu, 13 Julai 2016

Order 2016: Cupcakes Ali 8 Tahun

Assalamualaikum w.b.t
Semalam mengambil order kek dari kawan baik. Tak sampai hati nk menolak. Birthday anaknya hari ini. Dia minta buatkan 30 cupcakes untuk diberikan kawan-kawan anaknya. Terima kasih Kak rini kerana sudi mengorder.





P/s: Bila dah semakin sarat ini..rasa malas nk membaking dan mengambil order..

Selasa, 12 Julai 2016

Melangkau 35 tahun...

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ni merupakan hari lahir saya yang ke-35. Syukur atas segala kehidupan yang dipinjamkan sementara untuk saya. Tahun ni bakal menimang seorang lg cahaya mata seandainya dipermudahkan Nya.
Tahun ni tak de apa2 azam...cuma berharap semakin umur meningkat semakin diberi rahmat oleh yang Esa untuk menghambakan padaNYa.
Oklah tak tahu nk tempek gambar apa. Kek untuk diri sendiri pun tak pernah buat..huhuhu..layan jea la yea.


Gambar yang paling terkini....di hari raya

Isnin, 11 Julai 2016

Candid Raya 2016

Assalamualaikum w.b.t...
Share gambar raya tahun ini...
Tahun ini turn rumah mentua...masing2 tak sempat nk bergambar keluarga..ni pun curi snap gambar sedangkan tetamu masih penuh..kalau tak ambil alamatnya tak dok la gambar rayanya.





Tema tahun ni colour ungu...perut pun dah semakin nampak..tu yang berjubah jea sepanjang raya.

Isnin, 4 Julai 2016

Salam Aidilfitri 2016

Assalamualaikum w.b.t
Sebelum tirai Ramadhan melabuhkan tirainya, sebelum senang ketika sibuk...Cheq Da ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan2 alam maya ini. Di kesempatan ini juga, Cheq da menyusun sepuluh jari sekiranya ada salah dan silap.


Copy paste dulu gambar beraya tahun lepas...Tahun ini masih lagi berempat..In sha Allah tahun depan dah berlima sekiranya dipermudahkan olehNya.

Sabtu, 2 Julai 2016

Balik kampung...

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni sebenarnya dah selamat berada di Kampung. Semalam blk tgk kereta dah berpusu-pusu balik ke Kelantan. Hari ni plan nk blk ke KB sekejap sebab nk hantar biskut raya untuk ma. Tahun turn raya di rumah mentua.
Banyak plak kes2 accident..semalam member pun accident. Kesian tgk..hbs barangan raya hancur. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat.


Ini hasilnya air tangan berbiskut tahun ini. Rasanya tahun lepas penuh lg mejanya. Tahun ni pilih buat yang mana senang2 jea. Alhamdulillah ada juga yang boleh dibekalkan di kampung. Termasuk yang dibeli.

P/s: Selamat berhari raya..hati2 pulang ke kampung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...