Khamis, 16 Ogos 2012

Salam Aidilfitri....

 
Home : Events : Hari Raya [Aug 19] - Sparkling Hari Raya Celebrations... 
Di kesempatan ini,cheq da dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat...nampak gayanya blog ini akan bercuti panjang la sehingga la selepas raya...maklum la raya2 ni masa untuk berblog2 ni memang confirm tiada...kepada semua kawan2 blogger Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin...mata pun dah mengantuk...esok pagi2 plak dah nak bertolak balik ke kampung...semoga semuanya berada dalam keadaan selamat...InsyaAllah

Ahad, 12 Ogos 2012

Kerabu Timun Batang...

 
Di bulan puasa ni..memang syok kalu dapat makan kerabu..ianya samping lauk2 yang ada...bukan apa tak la muak kalu asyik makan gulai jea kan...untuk kerabu timun batang ni adalah menu cheq da sendiri...mungkin ianya versi kelantan coz apa yang cheq da buat adalah pemerhatian melalui ibu cheq da yang selalu buat cara macam ni...memang sedap tapi cheq da kalu buat buat sedikit jea coz suami tak makan timun batang...pantang katanya...kla ikut resepi nya nyer tapi biasa resepi ala kadar sekadar secukup bahan...

Kerabu Timun versi Kelantan
1. satu batang timun batang...kalu nak lebih suka hati
2. 2 ekor ikan kembung
3. 5 ulas bawang merah
4. 1 ulas bawang merah
5. sedikit santan
6. Daun kesom-bergantung kalu nak lebih boleh lebihkan
7. Garam dan gula secukup rasa
8. sedikit lada hitam
 
Cara2 nya...
1. Timun dihiris nipis2
2. Ikan kembung direbus dan diambil isinya
3. Bawang ditumbuk bersama2 dengan lada hitam
4. Campurkan ikan ke dalam bawang yang ditumbuk dan campunrkan sekali gula dan garam secukup rasa
5. Daun kesom yang dihiris nipis dimasukkan ke dalam timun batang tadi
6. Akhirnya campurkan bahan2 yang ditumbuk tadi ke dalam bekas timun tadi dan masukkan santan
7. Kacau sehingga sebati
8. Bolehla dihidangkan
 

Selamat Mencuba..

Khamis, 9 Ogos 2012

Jahitan manik raya...

 
Sebenarnya tahun ni memang cheq da malas nak berjahit2 manik...tapi tiba2 pengasuh cheq da mintak tolong jahitan baju anak pengasuhnya yang lain plak...bukan apa,baju si Qaseh dan Cinta ni kain kosong,jadi kalu ada manik2 2 nampak berseri2 la berseri2 la cikit kan...jadi memandangkan baju bdk2,kalu jahit p sekejap jea la..buat masa ni baju anak cheq da pun p belum sempat2 jahit manik lagi...insyaAllah akan cheq da teruskan usaha untuk menjahit bajunya nanti....he3
Manik kali ni jahit biasa2 jea...janji nampak jgk maniknya kan...
 


 
jahitan di tangan dan di leher hanya la sekadar nak menampakkan serinya sahaja...disebabkan kemalasan yang melanda tapi memandangkan permintaan bdk2,kugagahkan jua...alhamdulillah manik ni dapat disiapkan dalam masa 4 hari sahaja..2 pun cheq da tak bagi tumpuan sangat...2 yang jadi serba ringkas,,,

Popia Sira Pedas untuk menu berbuka...

 
 
Tak lengkap kalu berbuka tanpa kuih-muih...kali ni cheq da nak share popia sira pedas yang dibuat untuk menu berbuka...popia boleh buat banyak2 dan disimpan dalam peti ais..time nak makan boleh la digoreng...kerja yang mudah dan senang bagi cheq da yang kurang banyak masa nak menyediakannya kalu sibuk dengan hari2 persekolahan...

Popia Bersira Pedas
oleh:hana6877(my resepi)


Bahan-bahan ( satu hidangan )
  • kulit popia secukupnya
  • UNTUK INTI
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • 1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
  • 1 mangkuk kubis yang dihiris halus
  • taugeh - jika suka (hana x ltk)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  • perisa@gula
  • UNTUK SAMBAL SIRA
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan bawang merah n putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
  • sedikit belacan - jika suka
  • sedikit air asam jawa@cuka
  • gula melaka@gula putih
  • garam
  • bijan sangai

Rabu, 8 Ogos 2012

Ayam masak India...

Ayam masak india versi cheq da...sebenarnya lauk ni dah lama buat masa potluck kat sekolah tapi biasa la masuk nak share n3..resepi asalnya cheq da tak tahu la plak tp menu ni cheq da dapat daripada ibu cheq da...macam biasa cheq da selalu buat bahan2 dia anggaran jea dengan jumlah ayam yang ada...masa ni cheq da untuk 2 ekor ayam...so resepi hari ni pun just bagi bahan2 nya la yea...agak2 sendiri...campak2 dah pun siap..he3


AYAM MASAK INDIA
resepi: ibunda Jasmah

Bahan2...
1.Ayam..
(suka hati nak buat banyak mana-potong kecil2)
2. bawang Merah-dimayang
3. bahan putih-dimayang
4. Halia-dimayang
5. Rempah kari ikan
6. daun kari
7. sedikit kepala santan
8. lada kering yang diblender
9.kicap
10.garam,gula (secukup rasa)
11.minyak untuk menggoreng
12. Lada merah sebagai hiasan

Cara2nya:
1. Ayam digoreng terlebih dahulu...gaulkan terlebih dahulu dengan sedikit garam
2. Bahan2 tumisan-masukkan bawang merah,putih dan halia-goreng sampai wangi dan garing
3. masukkan lada kering dan rempah kari ikan-kacau sampai naik minyak/rempahnya masak
4.masukkan kepala santan,garam dan gula,kemudian masukkan ayam..goreng cam biasa
5. setelah masak dan rata masakkannya masukkan daun kari dan kicap...kacau sampai masak
6. Setelah masak...boleh la dihidangkan..



Selasa, 7 Ogos 2012

kek coklat moist untuk si afiq

 
kali ni malas nak ngomol lebih2...mata dah mengantuk plak rasanya...just nk share kek coklat moist yang cheq da buat untuk anak buah cheq da sempena hari lahirnya yang ke13 baru-baru ni...



 Kek Coklat(Kukus)
oleh:lilyvalley (my resepi)

Bahan-bahan ( 8 in )
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.



Jumaat, 3 Ogos 2012

Kek Birthday Ke-2 Batrisyia..

 
Kalau tgk kek ni...gambarnya seakan2 pernah dilihat bukan?Sebenarnya kek ni adalah kek birthday anak cheq da yang cheq da buat untuk disambut rakan2 sekolah suami...teringat dahulu nak buat nak lama sekali dengan sekolah cheq da tp memandangkan suami selalu berkursus dan selalu tak ada di sekolah...maka asyik tertangguh jea...sehari sebelum puasa lepas baru la berkesempatan untuk membuatnya...
Kek ni masih cheq da gunakan resepi yang sedia ada iaitu kek sifon coklat diletakkan filling blueberry dan ditoppingkan dengan fresh cream...tak plak gambar edible kat kek 2...semua kawan2 suami duk menanya boleh makan ke x???pe2 pun kita layan  k...


letak kat dalam peti satu malam...tgk2 dah pagi gambar pun dah berkedut2...cian muka anak ummi

Khamis, 2 Ogos 2012

Puding lapis jelly kak ita...

 
Kalau bulan2 puasa ni...kalu tgk blog kawan2..terliur tgk menu2 yang dihidangkan...bila cheq da tengok blog kak ita masam manis...terliur habis la dengan puding lapis jelly buatannya...tgk resepi plak memang senang...barang2 untuk membuatnya dah ada...so balik jea dari sekolah hari khamis lepas...cheq da terus buat...ni baru nak masukkan n3 nya...he3...pe2 p bagi cheq da bahagian kastardnya terlalu keras...lain kali kena kurangkan tepung jagung dan tepung kastard biar ianya lembut cikit...tapi untuk satu aduanan ni memang dapat banyak bekas..siap boleh bagi kepada jiran lagi...makan plak sejuk2 lagi best...

  
PUDING LAPIS JELLY
By: Chef Hanieliza
Dikongsikan oleh : Juns11
Rujukan: Blog masam manis

1 cwn susu cair
1 cwn jagung krim
1 cwn gula
1 cwn tepung kastad
1 cwn tepung jagung
5 cwn air
1 kotak instant jelly perisa rasberry/strawberry
fruit cocktail

Masak 6 bahan pertama hingga mendidih dan pekat.
Masukkan kedalam bekas yg disukai.
Masak instant jelly mengikut cara pada kotak dan masukkan keatas lapisan puding.
Hias dengan fruit cocktai. Sejukkan.



Order dari kak ct...

 
Hari ni berkongsi tempahan kek coklat moist daripada kak ct sempena dengan birthdaynya dan birthday untuk anaknya,Syamil...kek coklat moist ni seberat 1.4 kg...





Rabu, 1 Ogos 2012

Kek batik...

 
Rasanya dah seminggu cheq da tak update blog ni...macam2 kerja yang perlu dibereskan sehinggakan nak mengintai dalam blog pun tak sempat...kerja plak semakin bertimbun2 dan ianya perlu dibereskan sebelum cuti sekolah...n3 plak banyak yang tertangguh kerana gambar p tak sempat nak upload dalam laptop...pe2 pun..sebelum berbuka puasa ni adalah masa cikit memandangkan semua dah selesai...hari ni cheq da nak kongsikan kek batik yang cheq da buatkan untuk berbuka pada hari sabtu lepas...pi pasar ramadhan tgk tak menggiurkan langsung...colour pun tak gelap..so lebih baik cheq da buat sendiri kan..puas hati dan dapat pun banyak...resepi adalah daripada Yani deco choco...memang mantap la rasanya...


walaupun sudah dikurangkan sukatan susu...masih agak manis bagi tekak cheq da...pe2 p tq kepada yani..ngape la nampak yani buat cantik sangat...he3..kalu dah pro...
dari blog deco choco
Bahan-bahan ( 1 kg )
  • 200gm millo
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis-kurangkan
  • biskut meri secukupnya
Cara-cara
  1. cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali... 
  2. setelah cair masukkan susu,millo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur masukkan milo dan seterusnya koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg.... 
  3. setelah pekat susun biskut meri lapis ngan coklat selapis demi selapis sehingga habis...siap...dan biarkan semalaman.... 
  4. potong dan siap dhidangkan...kalau ndak cepat keras masukkan dalam aisbox dan bila keras potong dan hidangkan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...