Selasa, 26 Mei 2015

Batrisyia...5 tahun...

Assalmualaikum dan salam sejahtera
Lama tak update blog...
Busy memanjang....
Hari ini merupakan ulang tahun yang ke-5 si Kakak
Semoga menjadi insan yang baik dan solehah daripada semua aspek...


HAPPY BIRTHDAY KAKAK....

Selasa, 19 Mei 2015

Order 2015:Tempahan kawan lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tempahan yang diterima oleh kawan lama suami. Kami delivery kek ini semasa balik ke kampung tempoh hari. Dua biji kek yang dimintanya iaitu kek strawberi dan red velvet.




Terima kasih kepada Kak Mie sebab sudi order dengan Cheq da.

Sabtu, 16 Mei 2015

Selamat Hari Guru 2015..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
16 Mei...hari yang tidak pernah dilupakan oleh warga pendidik di Malaysia.
Buat semua guru-guru di Malaysia..Selamat Menyambut Hari Guru...Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak...


P/s: Semlm tgk cerita di siaran 131 Astro...Cerita Siam..kisah perjuangan guru yg mengajar di sekolah bot jauh di pendalaman...semua guru kena buat walaupun 5 orang pelajar sahaja...seronok tgk cerita cam ni..pukul 1 pagi baru habis..tajuk The Teacher Diary's.

Jumaat, 15 Mei 2015

Lawatan ke Taiping (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sambungan kisah semalam...Hari kedua di Taiping, kami bergerak jam 9.00 pagi selepas bersarapan di hotel. Terus check out sebab lokasi hari ini agak padat. Mulanya kami ke Taman Tasik Taiping dan diberi masa selama 1 jam untuk meronda-ronda dan bergambar di kawasan sekitarnya.


Sukanya dua beradik bergambar...tu pun dipaksa rela sebab duk sibuk ajak nk main mainan kat sebelah jalan.



Seterusnya destinasi yang kami pergi selepas Taman Tasik Taiping ialah ke Zoo Taiping. Dari semalam si Kakak duk sibuk2 nk tgk haiwan. Yang seronoknya tak payah nk jalan..sebab ada train disediakan. Harga tiket dikenakan dewasa sahaja..kanak-kanak bawah 6 tahun  free of charge. Macam-macam haiwan yang ada...anak2 semuanya excited dengan umminya sekali gembira tgk anak-anak suka.








Destinasi seterusnya pula adalah ke Muzium Taiping..bayaran rm2 untuk seorang dan kanak-kanak bawah free.


Seterusnya...kami semua makan tengah hari di Larut sempena dengan jemputan daripada KRT Larut Tin. Di sini banyak bertukar-tukar pendapat dengan KRT di situ. Tengok gambar jea la yea...malas plak nk menaip panjang-panjang.



Seterusnya..kami pula terus ke kilang Kopi Ah Tong.
Di sini, kami turut diceritakan tentang proses pembikinan kopi. Apa lagi kalau bukan di sini...kami pun memborong kopi yang pelbagai perisa. Antara perisa durian..coklat...dan juga mint.




Selepas kami siap bershopping di sini. Kami diberi masa lebih 2 jam setengah untuk shopping di Taiping Mall. Pukul 5.00...kami bertolak balik ke Cameron. Berhenti sekejap di Hentian di Ipoh untuk bersolat maghrib. Sampai di CH dalam pukul 10 malam.
Seronok nya rasa dan rasa nk join lagi kalau berkesempatan cam ni.

Khamis, 14 Mei 2015

Lawatan Bersama Kawasan Rukun Tetangga Brinchang ( part 1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nampaknya sudah agak lama tidak kongsikan cerita terbaru. Kemalasan menanda dan kesibukkan baking menyebabkan blog sedikit terabai. Dalam draf plak tak de n3 yang menanti untuk dipublish...so kena tunggu rajin la dulu la.
Oklah cerita kali ini...mengenai lawatan ke Taiping pada cuti hari Hol Pahang yang lalu. Selama 2 hari lawatan ini ke Taiping...banyak tempat juga yang kami kunjungi.

Bertolak dari CH jam 1.00 tgh hari. Hari tersebut..Cheq da minta blk awal dan bersiap sedia ke Taiping. Anak2 sememangnya melompat2 gembira sebab first time naik bas. Seramai 33 orang ahli rombongan kami sebab ada yang tak dapat pergi last minute.
Sampai di Bandar Taiping...terus check in di Hotel Panorama. Selepas rehat dan menunaikan solat terus ke Kuala Sepetang untuk menikmati mee udang Mak Jah.


Ini adalah antara ahli rombongan...kebanyakannya terdiri dari Ajk Krt.



Inilah menu Cheq da...suami plak makan nasi goreng sebab kelaparan tak makan. Hanya sempat bersarapan di sekolah sahaja. Hujan plak membataskan kami untuk mendapatkan kedai msksn di sekitar hotel.


Si kakak tak dapek nk menghabiskan nasi gorengnya sbb rasanya amat kurang bagi Cheq da...

Selepas tu pada waktu malam..kami ke tempat untuk melihat firefly di Kuala Sepetang ini. Tapi Cheq da satu family tunggu jea di jeti...sebab si Haziq takut nk naik bot dan bayaran yg agak boleh tahan menyebabkan kami pk dua kali nk join.

Selepas tu terus blk ke hotel dan rehat...cerita seterusnya bersambung yea..

Khamis, 7 Mei 2015

Cuti Hari Hol Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Jalan-jalan sempena hari Hol Pahang..


Lawatan bersama dengan KRT Brinchang..CH..
N3 seterusnya kedian yea..

Ahad, 3 Mei 2015

Order 2015: Banana Chocolate Mousse Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan bulan lepas dari Kakak ipar yg di Shah Alam untuk hari lahir anak yg kedua. Tempahan ini di bawa ke Shah Alam oleh suami. Nasib baik kek berada dalam keadaan baik walaupun selepas di bawa jauh dari CH.





Gambar ehsan dari suami..suruh potong dengan pisau panas sebab nk bagi potongan cantik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...