Ahad, 25 Januari 2015

Semekar 2015: Merentas Desa

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jumaat lepas telah diadakan acara merentas desa di peringkat sekolah. Terasa terlalu awal kerana Isnin ini telah pun diadakan pertandingan di peringkat daerah. Ramai yang bekerja keras untuk memastikan majlis berjalan lancar.
Tahun ini dapat mandat jaga check point 2. Best lah jaga yang awal-awal sebab boleh habiskan awal


Ini lah check point yang Cheq da jaga bersama-sama seorang guru ganti. Mencabar jugak sebab bahu jalan sempit dan laluan ini plak banyak hilux serta land rover keluar masuk.


Pbsm dihantar oleh Cikgu Helmi untuk ke setiap check point.



Pelajar dan juga guru-guru berkumpul dipasang untuk kedatangan serta acara panaskan badan.




Gambar yang tiga di atas plak pelajar rumah Cheq da. Rumah Beta a.k.a biru...tahun lepas juara tahun ni..ontah la berjaya ker tak kerana kekurangan atlit.


Selepasnya berakhir...telah diumumkan bahawa rumah Delta telah menangi acara ini. Rumah cheq da menangi tempat kedua dengan kekurangan 5 mata sahaja. Untuk division plak PB telah memangi acara keseluruhan. Rasa bangga plak dengan ini. Walaupun masih penat dgn pertandingan bola keranjang tapi tetap bersemangat nk menang pasukan masing2.


Tahun ini plak gelombang merah dari warga Semekar. Selain itu, Pengerusi PIBG pun turut serta untuk bergambar kenangan.
Hope esok warga semekar akan memenangi rentas desa di peringkat daerah.

P/s: Hari ni dah baking kek..sesi tempahan 2015 dah pun bermula. Terima kasih di atas rezeki ini. Alhamdulillah

Selasa, 20 Januari 2015

Kim chi...Korea mari..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nampaknya semakin hari semakin sibukkkk sampai ter update blog ini.
Minggu ni agak kepenatan sebab dah pun bermula latihan rumah sukan untuk merentas desa peringkat sekolah. Balik pun dah petang2, kenalah siapkan makan minum suami dan anak2 plak. Malam plak tak sempat pukul 10 dah lena. Maklumlah usia pun dah meningkat..tenaga dah tak macam muda dulu.


Oklah berbalik kepada cerita hari ini. Disebabkan duk asyik melayan cerita Korea, sampai termimpi2 nk cuba kim chi ni. Entah cam mana lah rasanya.
Selepas bertanyakan kepada Cheq Sue camana nk buat kim chi ni...dia terus maklum ada kim chi yang betul2 original yang dibeli masa dia melancong ke Korea bulan lepas.
Aduh pucuk dicita ulam mendatang...dia kata ada kat rumah kim chi ni kalau nak rasa. Apa lagi, Cheq da pun suka lah. Akhirnya dapat jugak merasa kim chi ni..ni betul betul tau bukan tipu tipu..original from Korea.
Bila dah rasa..hohoho..rasa cam sayur kubis cina yang dijeruk. Masam2 dan rasa pedas sedikit.
Bila dah rasa kim chi...puas hati akhirnya tak payah pi Korea pun dah boleh rasa kim chi ni.
Apa2 pun terima kasih to Cheq Sue..dia pun dah pandai buat kim chi ni..berkat belajar di Korea.

Rabu, 14 Januari 2015

Himpunan pertama 2015...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nampaknya dah banyak hari tak upload n3 baru. No idea nk kongsikan cerita baru. Gambar2 plak masih dalam dslr...belum sempat tranfer ke lappy.
Pe2 pun cheq da kongsikan sedikit gambar perhimpunan di hari pertama sesi persekolahan 2015. Perhimpunan hanyalah dalam satu period sahaja...period yang kedua terus lah masuk kelas sehingga habis waktu persekolahan. Penat lah juga sebab kelas berderet-deret. Tahun ni dapat 25 waktu. Subjek yang cheq da ajar Sejarah tingkatan 5,4 dan 2. Seterusnya Bahasa Melayu untuk tingkatan 3 dan 2 serta Psk untuk tingkatan 3. Tapi dengar cerita jadual akan dirombak lagi.


Inilah suasana perhimpunan hari pertama. Semuanya kelihatan excited sebab dah lama bercuti panjang.


Oklah ini plak Cheq da selitkan 10 orang pelajar cemerlang utk PT3 hari itu. Semuanya dalam sebelas orang tp seorang tidak dapat hadir pd hari keputusan 22hb lepas. Tahniah diucapkan. Terdapat seorang calon mendapat semua A.
Oklah ini jea cerita hari ini.

Jumaat, 9 Januari 2015

Mesyuarat Guru Kali Pertama....2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Akhirnya setelah dua kali tarikh mesyuarat kali pertama ditunda,maka hari ini berlangsung la jugak.
Sebenarnya kali pertama pada 30hb Disember lepas,kemudian ditunda lg pada 3hb  Januari lalu kerana disebabkan berlakunya banjir dan tanah runtuh. Pihak pentadbir yang cukup prihatin sekali lagi menunda tarikh pada 9hb kerana sesi persekolahan yang telah ditangguhkan seminggu. Ini kerana terdapat guru yang terlibat dengan bencana ini.





Tahun ni nampaknya tugas sedikit berkurang berbanding tahun lepas...cheq da lebih diberi fokus untuk mengendalikan berkaitan dengan pbs dan pt3..
Mesyuarat bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.
Selepas itu,satu program juga dijalankan pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Majlis tersebut adalah majlis penyerahan wang bantuan persekolahan. Majlis berjalan dengan lancar dan sesi persekolahan yg bermula Isnin nanti. So dua hari kena siapkan apa yang patut.
Oklah kongsi cerita pada hari ini.

Isnin, 5 Januari 2015

Kek Pisang Gebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kadang-kala untuk menghabiskan stok, macam2 resepi kena fikir apa yang nk dibuat. Kali ni, sesi nk menghabiskan kuaci yang lebihan semasa buat almond cripsy. Fikir punya fikir...terus beli pisang dan buat kek pisang ala cupcakes. Boleh juga bawa di sekolah untuk makan-makan. Pisang plak beli di pasar iaitu pisang emas dibawa belayar..hihihi.
kuaci tu cheq da gaulkan ke dalam adunan tadi dan taburkan sedikit di atas cupcakes tadi.
Untuk resepi kek pisang gebu ini..resepinya Cheq Da copy dari blog Jintan Manis. Terima kasih sebab sudi berkongsi.





Kek Pisang Gebu
dr blog Jintan Manis

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat 
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam. 

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Ahad, 4 Januari 2015

Gulai Lemak Sayur Nangka

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cheq da kalau ke pasar,kalau jumpa nangka muda suka sangat beli. Kadang-kadang sampai simpan jea dalam peti kalau tak sempat nk masak. Nangka muda ini,Cheq da suka masak lemak kuning. Andai malas..rebus jea dan makan dengan sambal belacan. Nak makan dengan budu...almaklumlah suami kurang minat dan tak best bila makan seorang2. Suami Cheq Da sebenarnya tak berapa suka makan sebab berangin katanya. Dia memang pantang bab2 dalam sayur-sayuran yang berangin ini. Tapi Cheq da belasah jea..semua makan.



Hari ini, Cheq da kongsikan resepi gulai nangka ini. Biasalah kita buat ala2 kita jea..just campak2 pe2 yang patut...hihihi
Resepinya ini adalah Cheq da anggaran untuk 5 orang makan saja..sekiranya banyak boleh lebihkan bahan2nya.


GULAI LEMAK SAYUR NANGKA
By: Cheq Da

Bahan-bahan
1. Sayur nangka muda
2. 6-7 ulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih dan 2 inci lengkuas
4. Sedikit kunyit hidup
5. Santan ( ikut keperluan untuk kuahnya )
6. Sedikit lada kering
7. Sedikit rempah ketumbar , jintan putih dan manis yg ditumbuk halus
8. Garam dan gula
9. 2 biji cili hijau

Cara2nya
1. Rebus sayur nangka sehingga empuk dan toskan.
2. Blendkan bawang merah,putih,lengkuas dan kunyit dengan air.
3. Sediakan periuk...masukkan santan, lada kering dan juga bahan2 yang diblender tadi.
4. Masukkan bahan tumbuk iaitu jintan manis dan putih serta ketumbar.
5. Biarlah mendidih sekejap di atas api.
6. Masukkan sayur nangka dan cili hijau dan masak sehingga masak.
7. Masukkan garam dan gula.
8. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba

Sabtu, 3 Januari 2015

Brownies Coklat Berkacang

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah agak lama buat brownies ini..just share resepi..
Resepi cheq da dr sebuah blog tapi lupa la plak..maklumlah masa cari resepi tak ingat dari blog mana.




Budak dua orang ni plak sibuk nk bergambar lepas merasa sekeping seorang.



Bahan-bahan:
250g Dark Chocolate
200g Butter
180g Gula halus
1 tsp esen vanila
4 biji telur
200g Tepung gandum - ayak
200g Walnut/ Almond cincang- panggang dulu


Cara Buat Brownies:
1.Double boil coklat gelap hingga cair
2.Cairkan Butter dan masukkan dalam adunan coklat. Kacau rata 
3.Masukkan gula. Kacau rata
4.pukul sikit telur dengan garfu Dan masukkan dalam adunan coklat tadi.
5.Masukkan tepung sikit -sikit. Gaul rata dan sebati Last, baru masukkan kacang cincang 
6.Sediakan loyang. Lapik dengan kertas minyak. Lebihkan sikit bahagian tepi supaya senang nak angkat kek nanti
7.Bakar suhu 160c 40 minit. (Ikut oven masing-masing).

Jumaat, 2 Januari 2015

Makaroni Tomyam..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bila malas nk masak untuk makan malam mula la nk makan yang simple-simple jea.
Macaroni tomyam menjadi pilihan Cheq Da. Ini kerana stok macaroni jea ada...nasib baik anak2 suka makan. Rasanya pedas sedang2 jea utk anak-anak.




Nak kongsi resepi ker?...
Sebenarnya senang jea..masak jea tomyam dan letak jea macaroni..
Sebab rasanya mesti ramai dah tau buat tom yam kan..hihihi
Oklah n3 di malam hari.

Alahai sedapnya ikan terebuk masin dan sambal tempe

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini dah pun masuk 2hb..sekejap jea masa berlalu kan. Hari demi hari terasa amat pantas. Oklah masih lg share gambar yg diambil pada tahun lalu. Ada beberapa keping lagi tersimpan dalam draf. Hari ini berkongsi sedikit kesedapan ikan terebuk masin yg suami bawa balik dari Sarawak tempoh hari. Takde apa yang nk dikongsi resepi..cuma teringat masa makan ikan ini suka duka masa first posting Cheq da di Miri 10 tahun yang lalu.



Untuk ikan terebuk ini..Cheq Da potong iksn tersebut dan goreng sehingga garing. Lepas tu letak plak lada kering dan juga bawang...memang terangkat habis makan nasi tengahari tu.


Selain itu juga...Cheq da buat sambal tempe ini. Ini pun sebab dah nk masuk tempe dibeli tak sempat nk dimasak. Resepinya Cheq da share yea..simple miple dan biasanya Cheq da campak2 jea.


Sambal Pedas Tempe
by: Cheq da

Bahan
1. Tempe dihiris nipis
2. Ikan bilis
3. Kacang tanah
4. Bawang putih 3 ulas ditumbuk
5. Lada kering dalam 5 sudu
6. Sedikit gula
7. Sedikit garam
8. Sedikit sos tomato dan sos cili
9. Sedikit minyak masak

Cara
1. Goreng garing tempe, ikan bilis dan juga kacang tanah. Masing2 digoreng berasingan. Dah siap ketepikan.
2. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang putih.
3. Masukkan lada kering,kacau dan masukkab bahan2 lain iaitu gula,garam,sedikit sos tomato dan cili dan kacau.
4. Bila dah masak..sejukkan kejap..selepas tu baru masukkan bahan yg digoreng tadi supaya tidak menjadi lembik kalau dimasukkan panas2.
5. Sedia untuk dihidangkan

Selamat mecuba

Khamis, 1 Januari 2015

Jus Avocado Bercoklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pembukaan lembaran 2015..gambar ni plak diambil pada 2014 cuma tak sempat nk publish sbb line internet yg amat terhad. Buah avocado ini diberikan oleh Kak Ha sebab di belakang rumahnya berbuah lebat. Tp Cheq da minta dlm 2 biji jea. Satu biji dibuat jus dan satu lagi diambil isi dan diletakkan susu pekat. Sedap lah plak rasanya.



Jus ini Cheq da masukkan sekali coklat ganache..dan letakkan di dalam peti sekejap. Tak sangka rasanya sangat sedap...yummy  betul..
Cheq da guna coklat ganche sbb dah ada lebihan masa buat kek..



Satu biji avocado ini dpt lah dlm 2 gelas ini.


Resepinya Cheq da main letak jea...

Jus Avocado Bercoklat
by: cheq da

Bahan
1. Sebiji buah avocado..di buang biji dan diambil isinya.
2. Satu gelas susu uht.
3. Sedikit gula.
4. Sedikit coklat ganache..tak de boleh masukkan coklat masakan.

Cara
1. Blendkan kesemua bahan kecuali coklat ganache.
2. Masukkan coklat ganache dan sejukkan di dlm peti ais.
3. Sedia utk dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...