Ahad, 12 Mei 2013

Nasi Lemak Ayam goreng Berempah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu di pagi hari kerana kerajinan melanda..
Nasi lemak pilihan anak buah dan memandangkan stok ikan bilis banyak...apa lagi jom kita jamu mata dan sebagai pilihan cheq da buatkan juga ayam goreng berempah sebagai bonus untuk nasi lemak ni..betul2 kaw..ngape tak percaya...he3



Nasi Lemak Sedap: Nurul Izatti (My resepi)

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • Bahan Nasi Lemak: 500 gm beras ( dibersih & ditoskan) 3 ½ cawan santan Garam secukup rasa 3 helai daun pandan (disimpulkan)
  • Sajian-sajian Tambahan: 2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris) 1 biji sedang timun (dipotong nipis-nipis) 90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya) Ikan bilis goreng Kacang tanah digoreng. Garam secukup rasa
  • Bahan Untuk Buat Sambal: 125 gm ikan bilis 125 gm bawang merah (dikisar) 60 gm lada kering (direndam & ditoskan) 6 biji buah keras 5 cm belacan (dibakar) 2 sudu minyak makan 1 batang serai (dititik) 1 cawan santan 1 sudu gula pasir Garam & serbuk perasa

Cara-cara

  1. Cara: Untuk memasak nasi: Satukan semua bahan dalam sebuah periuk. Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya. Buangkan daun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.
  2. ntuk membuat sambal: Giling semua bahan perencah.Pnaskan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya. Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak paans-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.
  3. kalau ingin kelazatan nasi lemak letakkan bersama daun pisang yang bersih, baru sedap

Ni plak resepi ayam goreng berempah...

Ayam goreng berempah-dayang jack (my resepi)

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (ditumbuk kasar)
  • 3 batang serai (ditumbuk kasar)
  • 1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sb serbuk kari ayam (dyg guna Adabi)
  • 1 biji telur
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.
  2. Hidangkan panas2.

2 ulasan:

  1. Emmm...sedapnya dpt mkn nasi lemak

    BalasPadam
  2. salam cheq da..

    lama dah x makan nasi lemak..rindu la pulak nak makan..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...