Sabtu, 15 Jun 2013

Hidangan pengantin untuk Nadia dan Adam

Assalamualaikum dan salam bertemu kembali..
Selama lebih kurang seminggu blog MKSnya menyepi tanpa n3...almaklumlah bila sesi persekolahan bermula,kerja pun banyak perlu diselesaikan dengan kadar segera ditambah2 pula dengan SPPBS yang belum lagi banyak diupdatekan. Masuk sesi persekolahan juga,tempahan pun mula dibuka semula dan Alhamdulillah minggu ni cheq da menerima 4 tempahan.

Untuk n3 pada hari ni,cheq da kongsikan pengantin yang ibu cheq da sediakan untuk saudara di kampung masa cuti yang lalu. Cheq da sekadar menolong sahaja mana yang mampu. Tapi suami antara orang yang bertanggungjawab menyiapkan hidangan udang dan buah tembikai. Ini kerana suami seorang yang agak halus kerjanya jika diberi tugasan kepada berbanding dengan cheq da yang agak kurang berkebolehan berbanding dirinya. Untuk hidangan pengantin ini,saudara cheq da minta sediakan masakan udang,siakap 3 rasa,ayam golek,bakul tembikai dan juga puding berkuah sebagai pencuci mulut.



Kesemua resepi ni adalah merupakan air tangan ibu cheq da...tak dapat nak berkongsi resepi kerana ma buat semuanya main campak2 jea he3.. Hiasan daripada daun salad,buah tomato,carrot dan juga timun serta lada sebenarnya yang menyerlahkan hiasan lauk pengantin ni. Semuanya dihias oleh cheq da mengikuti keativiti yang main hentam sahaja.


Ni la rupanya siakap 3 rasa...ikan digoreng terlebih dahulu barulah diletakkan sosnya. tapi untuk ikan ni terlebih goreng dan ianya menjadi garing. Nampak keras jadinya.


Udang galah ni plak direbus sahaja bersama2 dengan bawang,serai,garam,gula. rebus sekejap sahaja supaya udang tidak terlalu masak. Hiasan sepenuhnya cheq da yang buat tapi bab cucuk di buah nenas ni menjadi tugas suami. Lebat jea nampak udang ni yea...memang sedap la tapi sure pengantin malu nak makan..he3.


Ayam golek bonda sememang resepi bonda tersayang cheq da...resepi cheq da dah kongsikan dalam blog ni..so kalu nak mencubanya boleh selongkar la yea. Sosnya pula dibuat sendiri oleh ibu cheq da yang sememang pakar dalam membuat pelbagai sos,cuma cheq da juga kurang pandai..



Bakul tembikai ni dibuat sepenuhnya oleh suami cheq da..agak cantik juga tapi ni jea yang tahu dibuatnya. Kalu selain daripada yang ni yang macam kat hotel 2 tak la dapat nak membuatnya.



Kuah puding dan puding daripada agar2 dan telur putih ni diwarnakan 2 colour oleh ibu cheq da tapi colournya agak pucat la plak. yang ni plak memang bagi dalam bekas nak suruh diorang sediakan sendiri dalam bekas yang kecil supaya nampak lebih comel. Di atasnya plak ditambahkan dengan buah2 coktail.




 ini lah rupanya hidangan yang disiapkan,kiranya dalam pukul 1 baru saudara datang dan ambil hidangan ni untuk dibawa pulang ke rumah. Gambarnya di rumahnya tak sempat di ambil kerana dah lewat ke sana. Pergi2 makanan pun dah habis.

5 ulasan:

Mas berkata...

wahhh...menyelerakan tengok lauk2 pengantik tu....
cantikkkkk

MY SWEETHEART berkata...

boleh buat tempahan ker..area mana ye?

cheq da berkata...

Yg ni tlg2 mak buat jea utk saudara di kg...

norhan berkata...

Kakak..udang tu nak cucuk camana

cheq da berkata...

Sebenarnya resepi udang tu hanya direbus dgn bawang dan juga serai. Masukkan juga garam serta gula. Sebelum direbus..cucuk kan lidi ke dalam isi..supaya udang tidak kecut bila direbus. Selepas direbus buang semula lidi tersebut..cucuk pada buah nenas yg dibuang kulit nipis2..guna batang pengunkil gigi dan cucuk ke dalam biar xnmpk lidi tersebut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...