Selasa, 24 Februari 2015

Kuih Nona Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah banyak kali duk intai2 nk buat kuih ni. Kaji step by step dari tahun lepas lagi. Tgk kaedahnya terasa malas la plak. Sehinggalah member ada buat kenduri,seorang kawan telah menempah dan dibawa rumahnya. Seorang kawan yg datang masa tu cakap kuih ni sedap sangat...maka tersemangat la balik nk buat kuih ni...
Rupa-rupanya rumit juga...tersekali buat rasa sekali jea la kot...hihihi
nti kalau rasa nk buat lagi..mgkn kalau ada kenduri kendara la kot..


Kuih Nona Manis

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan  ~ campur santan kotak dg sedikit air jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang atau boleh juga dikisar dengan blender.

Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.

Akhir sekali, tuangkan adunan telur ke dalamnya dan pukul atau kacau rata. Saya kisar dengan blender. Bila dah siap ketepikan


Bahan B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air daun pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau apple

Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil.

Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam suam kuku.

Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati. 

Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih


Bahan C
1 cawan santan pekat ~ guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus

Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.

Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik (bahagian hujung bag plastik).
 Cara Membuat Kuih Nona Manis:
Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.

Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik memenuhi acuan cawan lompang.
 Susun dalam kukusan. Kukus selama 7 hingga 10 minit. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.


Di sini plak gambar yang sempat Cheq da snap masa tengah2 duk membuatnya..dengan telefon jea pon..







Lepas gambar yg terakhir bolehlah dikukus.
Rasanya sedap...lemak2 jea..
Memang puas hati makan dan merasainya sendiri.


21 ulasan:

Yana Shaiful berkata...

Dh rmai kengkawan duk tayang kat kuih ni fb..yana takde kerajinan lg nk buat..tgk step nk bt tu rs mcm males jee ..tp mmg sedap kuih nii.. pnh rs kazen bt..lemak2 gitu kan

cheq da berkata...

Tulah...cheq da pon tak tahu tahun bila la nk buat blk

Bbwana adienia berkata...

nampak macam simple ja kan cheq da rupanya buat tu banyak step pula..tu yang buat lemah mau buat tu kan..tapi nampak sedap..wana belum penah makan lagi

cheq da berkata...

Kalau mkn masuk mulut sampai xsedar berketul2 bb...

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum...singgah sni sambil jamu
mata :-))

Bunda a.k.a KN berkata...

Tengok pun dah rasa kesedapannya...lemak manis...dengan aroma pandannya...

Nina Mirza berkata...

Tahniah Che DA...!! Berjaya akhirnya mencuba Resepi nie...
Nina ni entah bila nak Cuba . tengok step nya macam tak done ngan baby Eilhan + tempahan yg menanti. ...

norhidana miswan berkata...

dana lg lah tak pnh rasa kak... nk msk lg lah mmg idak hehehe.... tp kan tgk pun dh tau msti sedap n bau wangi

cheq da berkata...

Jamu yan jgn tak jamu..hihihi

cheq da berkata...

Betul tu bunda..

cheq da berkata...

Tp time boleh cuba nina...

cheq da berkata...

Cara org yg ada buat tempahan..boleh la order dana..hihihi

cheq da berkata...

Tp time boleh cuba nina...

Najib Ariyan berkata...

comelnya Nona Manis nihhh.... nampak sedap pulak tu

Wani berkata...

salam singgah macam mudah tapi macam susah pulak..hiii ramai jugak dok tayang kat fb nih.. kalo rajin tertry la buat .. takot terrrmalas lak hii

cheq da berkata...

Secomel namanya...rasa pon sedap

cheq da berkata...

Boleh cuba...pasti teruja...

Jueliza Jamani berkata...

assalamualaikum.. im follower 111.. salam perkenalan.. sedapnya lompang ni...

cheq da berkata...

Tq jue sudi follow...nti cheq da follow kembali

umi kalsom berkata...

Sedap kuih Ne..tapi lemau nk Buat nya hahaha..tapi kena Buat jugak .Abg Request.. Adoii

NINA FARHANA berkata...

Ingatkan susahh nak buatnye.. tq sudi share resepi 😁

http://ninafarhanawm.blogspot.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...