Jumaat, 13 Januari 2012

Gulai Kuning Udang dengan Belimbing Buluh....,,

Bestnya dapat menikmati gulai kuning ni....menjadi kesukaan suami dan anak...elok dimakan panas2...sungguh berselera...menu daripada my resepi...



Udang Gulai Kuning
oleh:lizacomel..my resepi

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 1 kg udang sederhana besar
  • 20-25 biji cili padi
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 batang serai
  • 1-2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji kelapa
  • 2-3 biji mangga muda( ganti dengan belimbing buluh)
  • 2 biji cili merah
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. bersihkan udang...cili padi ditumbuk...bawang besar dibelah empat dan serai diketuk...
  2. sediakan santan cair dan santan pekat daripada 1 biji kelapa...masukkan santan cair ke dalam periuk...masukkan cili padi, bawang besar, serai dan udang...masakkan atas api sederhana...
  3. apabila mendidih, masukkan cili merah yang dipotong dua...kemudian masukkan santan pekat dan mangga muda yang telah dipotong...biarkan hingga mendidih lagi sekali...bubuh garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P

Ahad, 8 Januari 2012

Cream cheese buttercake

Salam semua dan selamat tahun baru...lama tul rasa cheq da tak update blog ni...kemalasan melanda kerana sibuk dengan tugas seharian...tambahan pula sesi persekolahan telah p bermula..banyak kerja harus didahulukan..k la untuk n3 hari ini...cheq da masukkan cream cheese buttercake yang dah lama cheq da buat cuma tak sempat nak upload saja...maklumlah nak buat laptop p malas...he3..kla kita layan k..




Resepi:
sumbangan blog masakan(sumber tak ingat)

Bahan2
100 gm mentega
100 gm cream cheese
125 gula kastor
3 biji telur(saiz kecil)
125 gm tepung naik sendiri(tepung gandum p boleh)
1 sudu ten baking powder(kalu guna tepung gandum)

Cara2:
1. ayak tepung dengan baking powder---kalu guna tepung gandum
2.dalam mangkuk besar,pukul mentega,cream cheese dan gula sehingga sebati ---kembang dan memutih
3.masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati---pukul lama sedikit supaya sebati,kembang dan ringan
4.masukkan tepung dan kaup balikkan satu arah sahaja hingga sebati
5.bakar dengan suhu 180c sehingga masak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...