Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mei 2016

JJCM: Restoran Pohon Jati

Assalamualaikum w.b.t
Cerita hari ini mengenai Restoran Pohon Jati yang kami singgah semalam. Terletak di sebelah stesen minyak Petronas dan kedai pakaian Hari-hari. Kalau dari tranfic light Kuala krai menuju ke Kota Bhatu memang boleh nmpk lokasinya. Restoran ini menyediakan menu roti canai dan masakan panas. Rata2 yang singgah di sini pekena roti canai. Kami pun sama order jea 4 biji roti kosong. Kami semua tak minat makan roti telur atau lain2 perisa.


Sampai2 jea..meja kosong tinggal 1 jea..tu pun orang baru jea berlalu. Maka kami berdepan dengan tempat pembikinan roti canai. Terlihat 2 orang yg menebar roti dan 1 yg masak..memang xberhenti menebar.



Rotinya sangat sedap dan lembut. Sambalnya plak ada 3 jenis iaitu kari ikan, dal dan juga sambal bilis. Kesemua pencicah ini diletakkan di atas meja dan tidak terhad. Customer boleh menambah sesuka hati mereka.


Cheq da lebih suka dal cmpur sambal bilis. Memang terangkat.


Panas2 order teh ais dan milo serta kopi ais menyejuk tekak. Harga untuk 3 jenis air dan 14 biji roti kosong sebab tapau 10 keping di bawa blk dalam rm21.00. Tak mahal sangat dan berbaloi2.

Ahad, 3 Januari 2016

Entry pertama di Kopitiam Kita

Assalamualaikum W.B.T
Entry pertama di tahun baru. Kebetulan cuti awal tahun blk ke Kampung. Semlm ronda2 bandar Kb untuk cari kedai barangan mesin. Terlalu plak di kawasan Seri Cemerlang dan terpandang Kopitiam Kita yang cukup terkenal dgn roti titab. So bagitau suami nk cuba roti titab tu...maka lunch tengah hari kami dengan roti titab jea la. Masuk ke kawasan keadaan tak berapa sibuk. Selalunya kopitiam ni penuh dengan pelanggan. Rezeki kami kot sebab kami pun terkejar2 nk mencari kedai tersebut.



Tgk keadaan sekeliling..kedai dipenuhi dengan gambar bersama2 mereka yang singgah di sini. Pelakon dan penyanyi terkenal pun ada.



Order kami 2 biji roti titab dan juga segelas kopi ais dan ais lemon tea.

Harganya untuk 2 orang ni ialah rm14.50. Sepinggan roti titab tu berharga rm5.00. Bila dah rasa cukup lah sekali jea. At least bila ada yang menanya...kita dah sampai di sini...

Jumaat, 15 Mei 2015

Lawatan ke Taiping (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sambungan kisah semalam...Hari kedua di Taiping, kami bergerak jam 9.00 pagi selepas bersarapan di hotel. Terus check out sebab lokasi hari ini agak padat. Mulanya kami ke Taman Tasik Taiping dan diberi masa selama 1 jam untuk meronda-ronda dan bergambar di kawasan sekitarnya.


Sukanya dua beradik bergambar...tu pun dipaksa rela sebab duk sibuk ajak nk main mainan kat sebelah jalan.



Seterusnya destinasi yang kami pergi selepas Taman Tasik Taiping ialah ke Zoo Taiping. Dari semalam si Kakak duk sibuk2 nk tgk haiwan. Yang seronoknya tak payah nk jalan..sebab ada train disediakan. Harga tiket dikenakan dewasa sahaja..kanak-kanak bawah 6 tahun  free of charge. Macam-macam haiwan yang ada...anak2 semuanya excited dengan umminya sekali gembira tgk anak-anak suka.








Destinasi seterusnya pula adalah ke Muzium Taiping..bayaran rm2 untuk seorang dan kanak-kanak bawah free.


Seterusnya...kami semua makan tengah hari di Larut sempena dengan jemputan daripada KRT Larut Tin. Di sini banyak bertukar-tukar pendapat dengan KRT di situ. Tengok gambar jea la yea...malas plak nk menaip panjang-panjang.



Seterusnya..kami pula terus ke kilang Kopi Ah Tong.
Di sini, kami turut diceritakan tentang proses pembikinan kopi. Apa lagi kalau bukan di sini...kami pun memborong kopi yang pelbagai perisa. Antara perisa durian..coklat...dan juga mint.




Selepas kami siap bershopping di sini. Kami diberi masa lebih 2 jam setengah untuk shopping di Taiping Mall. Pukul 5.00...kami bertolak balik ke Cameron. Berhenti sekejap di Hentian di Ipoh untuk bersolat maghrib. Sampai di CH dalam pukul 10 malam.
Seronok nya rasa dan rasa nk join lagi kalau berkesempatan cam ni.

Khamis, 14 Mei 2015

Lawatan Bersama Kawasan Rukun Tetangga Brinchang ( part 1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nampaknya sudah agak lama tidak kongsikan cerita terbaru. Kemalasan menanda dan kesibukkan baking menyebabkan blog sedikit terabai. Dalam draf plak tak de n3 yang menanti untuk dipublish...so kena tunggu rajin la dulu la.
Oklah cerita kali ini...mengenai lawatan ke Taiping pada cuti hari Hol Pahang yang lalu. Selama 2 hari lawatan ini ke Taiping...banyak tempat juga yang kami kunjungi.

Bertolak dari CH jam 1.00 tgh hari. Hari tersebut..Cheq da minta blk awal dan bersiap sedia ke Taiping. Anak2 sememangnya melompat2 gembira sebab first time naik bas. Seramai 33 orang ahli rombongan kami sebab ada yang tak dapat pergi last minute.
Sampai di Bandar Taiping...terus check in di Hotel Panorama. Selepas rehat dan menunaikan solat terus ke Kuala Sepetang untuk menikmati mee udang Mak Jah.


Ini adalah antara ahli rombongan...kebanyakannya terdiri dari Ajk Krt.



Inilah menu Cheq da...suami plak makan nasi goreng sebab kelaparan tak makan. Hanya sempat bersarapan di sekolah sahaja. Hujan plak membataskan kami untuk mendapatkan kedai msksn di sekitar hotel.


Si kakak tak dapek nk menghabiskan nasi gorengnya sbb rasanya amat kurang bagi Cheq da...

Selepas tu pada waktu malam..kami ke tempat untuk melihat firefly di Kuala Sepetang ini. Tapi Cheq da satu family tunggu jea di jeti...sebab si Haziq takut nk naik bot dan bayaran yg agak boleh tahan menyebabkan kami pk dua kali nk join.

Selepas tu terus blk ke hotel dan rehat...cerita seterusnya bersambung yea..

Ahad, 29 Mac 2015

Mee Udang Di Kuala Sepetang

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yang ni kiranya nak menyambung n3 yang semalam la. On da way nk naik ke CH...kami telah menjamu selera di Mak Jah Mee Udang...
Group kami ada yang order kuew teow special dan juga mee special. Cheq da just order mee udang special dan juga Abc. Kawan-kawan yang lain ada yang order air kelapa.


Ni ada suasana di kedai Mak Jah...orang yang datang tak putus singgah di sini.


Air kelapa pandan rm5 satu.


Ini dio mee udang Cheq Da. Sebenarnya cheq da tak tahu mana yang specialnya...agak2nya ada 5 ketul udang saiz xl la kot. Semangkuk rm13...yang biasa rasanya dalam rm9 kot..dah lupa..


ABC plak diorder dari kedai yang berlainan..Rm3 untuk satu bekas...
So makan rasa ok lah..semua sekali untuk bilnya jadi rm16 tapi kalau yang makan mee campur air kelapa jadi rm18 seorang.
Bye..tu jea cerita di malam hari...



Sabtu, 28 Mac 2015

Parit Buntar...Pasar Kemboja

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cerita hari minggu...geng2 mak kiah kali berpakat nk ke Pasar Kemboja di Parit Buntar.
Perancangan dari minggu sebelum cuti lagi...mula2 cukup van 10 orang. Last2 jadi 8 orang.
Hari ni kejadiannya..Cheq da bertolak pukul 4.30 pagi dari Cameron. Bangun seawal pukul 3.45 pagi. Tak angkut pun family cuma dengan kekawan jea.

Hari ni turn suami la yang jaga anak...kami bersembahyang subuh di perjalanan. Rupa2 jauh juga pasar ini. Sampai di sini dalam pukul dekat2 pukul 9 pagi.




Antara barangan yang banyak dijual di sini ialah pakaian dan juga tudung. Semuanya boleh dikatakan murah dalam area rm50 hingga rm60. Tudung celup pun murah2 jea...Cheq da rembat juga la sepasang baju dan tudung.



Kedai kat cni berderet2...byk plak tu...sampai mabuk nk pilih yg mana...last2 xbeli byk pun..beli sikit2 untuk anak.


Rombongan cik kiah semua ini tak tahan panas...maklumlah orang Cameron.


Ni makan dulu sebelum ronda...yang ini semua Kak Nor yang belanja makan sempena birthdaynya yg ke50 kot. Masa taip ni sedang bertolak pulang...masih dlm van...siap jgk 1 n3..nk singgah dulu di Kuala Sepetang mkn mee udang plak..

Jumaat, 5 Disember 2014

Ngeteh at Temerloh

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nampaknya dah sunyi blog ini tanpa n3 baru. Petang2 cam ni gagah juga nk taipkan satu n3. Gambar plak byk yg di dalam lappy. Lappy plak tinggal di CH. Kemalasan nk bawa blk sebab kereta pun kecik. Tambahan pula, bila berada di kampung...kemalasannya nyata berbeza..

Oklah, cheq da kongsikan satu lagi kedai mkn di Temerloh semasa kami ke Temerloh tempoh hari.



Kami ke sini untuk makan pagi. Selepas check out pukul 9.00 pagi dari bilik hotel. Terus kami cari kedai untuk mkn pagi. Menu di sini hidangan ringkas sahaja untuk pagi iaitu roti canai, nasi lemak serta mee goreng.


Cheq da hanya order roti canai biasa dan telur, nasi lemak dan mee goreng. Air milo dan air nescafe jea. Harganya semuanya dalam rm14. Restoran ini betul2 bersebelahan dgn sungai Temerloh. So boleh mkn sampai menikmati sungai tersebut. Biasanya restoran ini meriah dgn makanan tengah hari. Masa kami sampai kebykan lauk masih di dalam proses.



Selepas makan kami abdikan kenangan di sini. Shot gambar untuk kenangan.

Isnin, 1 Disember 2014

Go bang Maju Temerloh

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah 3 hari sunyi tanpa n3. Bukan apa sibuk dengan urusan suami. Dari Jumaat hingga Ahad duk ulang alik naik kereta dari Ch ke Raub..dari Raub ke Gua Musang..dari Gm pula ke Temerloh dan kemudian balik semula ke CH. Hari ni plak dah last mengawasi exam SPM. Paper terakhir tadi ialah kertas Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. So esok plak bergerak nk balik ke kampung setelah nk masuk dua bulan tak balik.

Oklah hari ni nk share kedai makan di Temerloh iaitu Go Bang Maju. Apa yang best di sini ialah patin masak tempoyak. Sebenarnya, Cheq Da kalau ke Temerloh..tak sah kalau tak pekena ikan patin ni. Restoran ini dibuka dari tengah hari sampai ke malam.



Lokasinya adalah berdekatan atau bersebelahan dengan jambatan Temerloh. Ada juga yg panggil restoran jambatan. Menu di atas hanya nasi yg sedia ada cam tu. Dipanggil nasi ulam beserta dengan sambal belacan. Kalau nk apa menu lain...layan diri jea. Kami hanya ambil 2 ketul ikan talapia goreng, semangguk ikan patin masak tempoyak dan juga telur dadar. Harganya pun boleh tahan la..nak-nak kalau ambil patin buah..mau nk beratus. Jadi kena pandai tanya dulu sebelum ambil.


Air kat sini memang terbaik la..cheq da order air jagung cincau...anak buah plak order air perasa yam..memang terbaik.



Kedai ini memang sentiasa penuh dengan pengunjung. Kejap jea orang keluar masuk. Selain tu pais patin dan talapia pun ada. Harga cheq da tak pasti la plak.


Nasi ulam. Ada keropok sekali tu.


Si kakak pula penat sampai tertido..tak makan pun.
Nanti Cheq da kongsikan lagi tempat semasa kami ke Temerloh semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...