Sabtu, 31 Oktober 2015

Tart Buah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lamanya blog ni bersawang. Tak de masa tu nk update n3. Bzzz jea memanjang. Kertas periksa belum habis ditanda lagi.
Oklah share n3 hari ni mengenai tart buah yang Cheq Da buat utk mkn2 di sekolah sempena merdeka raya yang lepas.




Buat versi small jea..

Khamis, 22 Oktober 2015

Order 2015: Kek Perpisahan Pengetua

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ini seponsor lagi kek sempena jamuan Puan Pengetua.
Kek nya ialah kek pistacio royal kek..





Sedap mata memandang..sedap lagi bila merasa...hihihi
God nite

P/s: Hari ni.mood melayang..kepala plak duk rasa stress..nasib esok dh nk blk kampung..

Sekitar Sambutan Merdeka Raya 2015 SEMEKAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sambutan diadakan dalam bulan 8 yang lepas...biarlah gambar berbicara...tak de idea untuk berbicara dengan lebih panjang. Cuma yang meriah gimik sambutan bulan kemerdekaan yang sangat best..idea dari Cikgu Chuink mengenai pengisytiharan kemerdekaan yang telah dilakonkan oleh para pelajar tingkatan 5Y untuk watak2 utama.












Jamuan yang diadakan di kantin...nampak tak kek Cheq Da..hihihi

Selasa, 20 Oktober 2015

Order 2015: Kek Merdeka Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kek yang Cheq Da seponsor untuk jamuan merdeka raya yang lepas..pecan heaven large saiz.




Seronok bila dpt pujian kata sedap...pah tu plak..ada rezeki duk order lg dengan Cheq Da.

Isnin, 19 Oktober 2015

Order 2015: Chocolate Indulgence kek pilihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kek indulgence saiz besar..order dari Kak Ct dari Sk. Menson untuk jamuan murid pra.





Terima kasih sebab sudi order

Sabtu, 17 Oktober 2015

Order 2015: Chocolate Indulgence again..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Order diterima melalui Cikgu Zuhana...chocolate indulgence..




Harap puas hati walaupun deco simple.
Terima kasih sebab sudi order...

Sambal durian dengan petai dan bilis

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni kongsi resepi ini. Selalu duk tunjuk yang order jea. Kebetulan ada orang sedekahkan petai. Kalau mentah-mentah memang tak makan. Daripada duk membazir Cheq buat resepi ni. Kebetulan buah durian ada. Kat rumah ni...Cheq da mkn durian...suami mkn tp kuantiti yg sedikit.



Sambal durian dengan petai dan bilis
By: Cheq Da

Bahan
1. Isi durian
2. Segengam ikan bilis
3. Buah petai di buang kulit dan dibelah 2
4. Cili padi merah dan hijau..ikut kepedasan
5. Sedikit garam dan gula
6. Sedikit minyak

Cara
1. Goreng ikan bilis sampai garing.
2. Tumbuk cili padi bersama isi durian.
3. Panas kan kuali dengan sedikit minyak.
4. Masukkan bahan tumbuk, petai dan juga ikan bilis yang telah digoreng tadi.
5. Masukkan sedikit garam dan gula.
6. Kacau sampai masak seperti dlm gambar.
7. Siap untuk dihidang.


Jumaat, 16 Oktober 2015

Order 2015: Tempahan Kek kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yang ni plak...kek hantaran yang Cikgu G tempah sekali dengan apam. Kek ni kek hantaran. Tema putih merah. Cheq Da tempek jea bunga gumpaste yg dh siap. Senang citer. Kek nya plak kek coklat moist. Senang berurusan dengan Cikgu G ini. Tak cerewet dan mudah berurusan.





Letak dalam bekas lutsinar gini..baru lah nmpk bahagian dalam kan.
Terima kasih kepada G sebab sudi beri kepercayaan kepada Cheq Da dan suami.

Order 2015: Tempahan Apam Polkadot...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Order yang diterima oleh Cikgu G untuk dibuat door gift kepada tetamu. Tempahan diorder sekitar bulan 5 lagi. Majlis plak 19.9 yang lepas. Memang sakit urat rasa sebab dalam 2000 biji yang diordernya.



Apam ini dalam versi colourful sebab nk suruh nmpk cantik. Filling nya plak oren..lemon..kiwi serta strawberi.



Ini merupakan order pertama Cheq da untuk apam ini. Alhamdulillah dapat feed back yang baik.
Tq G sebab sudi order.

Khamis, 15 Oktober 2015

Order 2015: Kek 2 Beradik..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan yang diterima oleh sahabat Cheq Da iaitu Puan Noorlia sempena birthday anak2nya. Si Abg dan Si kakak ini berkongsi birthday di bulan yang sama. Sambutan dibuat semasa ada majlis hari raya di sekolahnya.









Ini lah gambar Aiman dan juga Syafikah...tersenyum lebar bila satu sek nyanyikan lagu birthday untuk diorang.
Terima kasih kepada Kak lia sebab sudi order dengan Cheq da.




Rabu, 14 Oktober 2015

Order 2015: Tempahan dari Mastura

Assalamualaikum dan slam sejahtera
Order yang diterima dari Tengku Mastura sempena birthday suaminya. Lepas Cheq da buat kan kek ini ke sekolah terus dia nk order. Katanya nk makan juga sampai puas sebelum bersalin. Semalam dapat berita yang Mas pun dah selamat melahirkan anaknya yang kedua...dapat plak baby boy. Dah pun sepasang anaknya.





Pilihannya kek pecan heaven...tq sebab sudi order.

Selasa, 13 Oktober 2015

Cerita Kahwin Adik Ipar...semoga berbahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau dalam n3 lepas..Cheq da ada uploadkan n3 perkahwinan sepupu cheq da. Selepas raya ketiga aidiladha lepas plak perkahwinan adik ipar cheq da yang bongsu iaitu panggilan manjanya adik chik dengan teman pilihannya. Nama nya plak sama plak dengan cheq da untuk panggilan di rumah. So lepas ni ada Kak Wani dengan Adik Wani la plak.



Majlis perkahwinan berlangsung jam 10 pagi dan majlis persandingannya dalam pukul 2.00 ptg.
Adik ni dulu 2 tahun tinggal dengan Cheq da masa di tingkatan 4 dan 5. Dah pun kahwin di usia 23 tahun. Kalau dah jodoh kan..rasanya masih muda lagi mereka ni. Harap lepas ni pandai2 jaga rumah tangga mereka.







Layan jea gambar ni yea...semoga berbahagia kpd kedua2 mereka ini.

P/s: Salam Awal Muharram kepada semua umat islam dan pembaca blog setia Cheq Da.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...