Khamis, 31 Disember 2015

N3 penutup 2015...welcome 2016

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari terakhir di tahun 2015. Sebenarnya tak de cerita nk diceritakan. Hari ini plak ada majlis orientasi pelajar Tingkatan 1 di sekolah. Semuanya berjalan dengan lancar.
Oklah penutup 2015 ni...hari ni 2 produk Coway yang saya sewa beli tempoh hari telah selamat dipasang di rumah. Sebenarnya nk lama berminat. Kebetulan kawan suami ada buat sales produk Coway ini datang memberitahu serba sedikit ttg produk ini. Maka Cheq Da pun bersetuju dengan sewa bulanan melalui potongan bank. Pinjaman sewa beli ada tempoh 5 tahun. So tak de la rasa sedebuk duit keluar bila bayar ansur2.



2 produk ini adalah water heater dan juga air purifier...bila rumah sempit..barang plak hampir memenuhi ruang rumah so kena pandai2 adjust la plak ruangan dapur.
Oklah tu jea la penutup cerita tahun ini.
Semoga rezeki tahun ni lebih murah dan kena kerja lebih untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA RAKAN YANG TIDAK PERNAH JEMU SINGGAH DI BLOG MKSnya INI.

Rabu, 30 Disember 2015

Mesyuarat Pertama Sesi 2016

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ni dah pun meeting pertama untuk sesi persekolahan 2016. Semuanya berjalan dengan lancar dengan taklimat pertama ini. Bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengah hari. Sampai di rumah jam 2.30 pm. Sampai2 kunci rumah tertinggal. Kenalah tunggu en. Hubby blk dari sekolah. Anak2 plak tumpang rumah member di Ringlet. Nak kena latih awal2 kena bangun pagi sebab nak suruh Haziq ke sekolah.

Bidang tugas untuk tahun ini nmpk gaya bertambah. Kena ajar subjek top up iaitu subjek PJ...huhuhu..tak suka pun kena terima dengan hati dengan redha. Tahun ni masih lagi teruskan dengan mengajar subjek bm untuk 2 kelas PT3 dan 1 kelas Sejarah SPM.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aamin..


Nmpknya kena byk diet la tahun ni...huhuhu

Isnin, 28 Disember 2015

Musim Banjir...

Assalamualaikum w.b.t
Semalam dapat whatapps dari adik yang  tinggal di York UK...di landa banjir. Katanya banjir kali ni terburuk. Nasib tempat kawasan nya tidak di landa banjir. Cuma terkepung tak boleh ke mana. Bahan makanan plak tak disediakan banyak sebab tak jangka katanya. Patutlah snow tak turun. Tadi duk sibuk order online bahan makanan sebelum keadaan semakin teruk.




Ini beberapa keping gambar yang dihantar. Air tenang jea. Air kat sini banjir2 pun sejuk airnya.

Di Kelantan pun nmpknya hujan di hulu Kelantan ada kalanya lebat. Amaran paras jingga juga telah dikeluarkan. Mintak2 keadaan tak lah seburuk tahun lepas. Esok plak dah nk berangkat ke CH sebab meeting awal tahun pada 30hb nanti. Harap semua berjalan dengan lancar.

Layan jea...

Assalamualaikum w.b.t


Layan gambar di Big Red Strawberi...pusing2 melancong...

Khamis, 24 Disember 2015

Anniversary ke-9

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah...genap hari ni merupakan ulangtahun ke-9 Cheq da dengan suami tercinta. Kejap jea pejam celik pejam celik dah pun 9 tahun. Si kakak pun dah besar dah rasa. Teringin nk dapat 2 baby lagi sebelum umur 40 tahun. In sha Allah mintak2 la ada rezeki. Selepas keguguran pada hari raya Aidilfitri yang lalu...Cheq Da sentiasa berdoa akan dikurniakan rezeki secepat mungkin. Si kakak dah tak sabar nk jaga baby katanya.

Tahun ini rasanya tak sempat nk bikin kek sebab masih di kampung. Tahun lepas plak sangkut semasa banjir. Harapnya blk CH nti sempatlah bikin apa2 kek untuk anniversary...tu pun kalau rajin.


P/s: Gambar ini sebenarnya gambar 3 bulan lepas. Nk tampek gambar kahwin xboleh sbb saiz image besar. Xpelah janji ada jgk gambar.
Anniversasy tahun ni plak sama tarikh dgn Maulidur Rasul. Salam maulidur Rasul buat semua rakan blogger semua.

Selasa, 22 Disember 2015

Mee Hun Bakso...

Assalamualaikum w.b.t
Mee hun bakso dibuat semasa birthday suami yang lepas. Pi di kedai tgk ada bakso segera. Terus beli untuk hidangan istimewa. Anak-anak suka makan mee hun dengan kuah sup jea. Bakso diorang memang tak nak makan. Si kakak tu memang lah jenis tak suka lauk pauk..hot dog ker..fish ball ker semua tak makan. Yang perhabihkan bakso ni ummi dan baba jea la.
Terima kasih kepada penyumbang resepi. Share di sini.



Mee hun Bakso
Dari dapur: Dapur Diva Meletop

Bahan-bahannya :

1 bungkus bihun, dicelur dengan air panas dan ditoskan
1 cekak daun sup, hiris halus
1 cekak daun bawang, hiris halus
Bawang goreng

Bebola daging =>
800 g daging lembu kisar ramly
1 biji bawang besar*
10 ulas bawang putih* 
*bahan tumbuk lumat
2 sudu makan lada putih kisar
1 sudu makan lada hitam kisar
2 biji putih telur
2 sudu makan tepung ubi
Garam secukup rasa

Kuah bakso =>
2 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*
*bahan kisar halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
200 g daging lembu kisar (buat rencahnya), nak pakai tulang pon boleh, pakai daging tetel pon boleh
1 batang lobak merah, dibelah dua dan dipotong kecil
3 batang saderi, potong kecil
2 sudu besar lada putih kisar
2 sudu besar lada hitam kisar
1 sup bunjut
5 sudu makan kicap manis
10 ulas cili api, tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Sambal kicap =>
1 genggam cili api
Kicap manis secukupnya (kalau nak pekat, sikit kicapnya)
1 ulas bawang putih
3-4 biji jus limau kasturi

Cara membuatnya :

1. Masak kuah bakso : Panaskan minyak secukupnya dalam periuk. Masukkan bahan kisar, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, cili api, sup bunjut dan daging rencahnya. Bila dah wangi, masukkan air secukupnya dan kisap manis. Masukkan juga lada hitam dan putih. Biar hingga menggelegak. Bila hampir menggelegak, masukkan lobak merah dan batang saderi.
2. Bebola daging : Campur kesemua bahan dan gaul sehingga rata sebati. Untuk mengelakkan tangan melekat, sapu tapak tangan dengan minyak sambil membulat-bulatkan bebola. Bebola yang dibulatkan terus dimasukkan dalam kuah bakso. Bebola sudah masak sekiranya ia terapung. Perisakan kuah dengan garam secukup rasa. Biar menggelegak selama 5 minit dan boleh tutup api.
3 Sambal kicap : Kisar semua bahan dan masak atas api sehingga menggelegak, tutup api.
Bolehlah menghidangkan bakso anda, dihias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng,

Isnin, 21 Disember 2015

Nasi Dagang Ganu by Noxxa

Assalamualaikum w.b.t
Terliur nk bikin nasi dagang ini selepas Kak Noor dari Bicara Kak Noor postkan dalam blognya. Tambah senang bila guna periuk ajaib noxxa. Ternyata cepat dan mudah dengan noxxa ini. Resepi copy paste dari blog Kak Noor yea. Tq Kak Nor. Mohon share resepi di sini.
Untuk resepi gulai ikan tongkol nti Cheq da postkan n3 di lain hari yea.


Nasi Dagang Terengganu Noxxa

Bahan nya
4 cawan beras wangi
1 cawan beras pulut

Bahan A
3 ulas bawang merah hiris
1 inci halia hiris
1 sudu besar halba
4 cawan air
1 cawan santan pekat

Bahan B
3 ulas bawang merah hiris
sedikit hirisan halia
sedikit halba
1 cawan santan pekat
garam dan sedikit gula
Bancuh semua bahan B

CARA NYA
1.  Cuci dan rendam beras agak-agak 7 minit je
2.  Masukkan dalam inner noxxa dan masukkan bahan A
3.  HP 3 minit kemudian OFF keluarkan nasi dalam bekas lain masukkan bahan B
4.  Masuk semula nasi dalam inner noxxa, ON dan setkan steam selama 3 minit lagi.
5.  Nasi dagang kita sudah siap, Buka tutup noxxa dan kalau nasi tu kalau kurang masak biarkan saja pada keadaan WARM .

Ahad, 20 Disember 2015

Order 2015: Tempahan penutup 2015

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni nk share order terakhir di tahun 2015. Terima order ini pada mengawas Spm tempoh hari. Order dari Kak Salmi dari Gua Musang. Kebetulan suaminya ke Ch maka dia terus order. Nk delivery sendiri suami plak tak de. Kak Salmi ni kawan satu sekolah suami. Dua biji kek yg diordernya sempena birthday. Tq sebab order.








Sabtu, 19 Disember 2015

Order 2015: Kek Birthday Xue Ying

Assalamualaikum w.b.t
Lagi order lagi Puan Khor untuk anak perempuan sulungnya sempena birthday yg ke14. Kek yang diordernya ialah sebiji kek tiramisu dan juga 100 popcake yang Cheq Da buat khusus untuk sambutan birthday anaknya. Terima kasih sebab sentiasa merepeat order.







Lebihan cakepop tu Cheq da letakkan dalam cup untuk jamuan di sekolah anaknda pada keesokkan harinya juga.

Order 2015: Kek Bulan Oktober

Assalamualaikum w.b.t
Sambutan birthday di Sk Ringlet pada bulan Oktober lepas. Royal pistacio large saiz. Bila dah siap nk potong tertinggal plak satu perkataan Umur..huhuhu.
Kek ini termasuklah birthday suami. 5 orang semuanya.




Jumaat, 18 Disember 2015

Order 2015: Birthday Hadif

Assalamualaikum w.b.t
Order dari Kak Hayati untuk birthday anaknya yang ke3. Sebenarnya nk request nk kek yang ada ultraman tp xdop stok plop. Jadi lah yg team bola ni jea la..terima kasih kepada Kak Yati yang selalu repeat order.





Khamis, 17 Disember 2015

Order 2015: Prasekolah SK Convent

Assalamualaikum w.b.t
Tempahan dari Guru Prasekolah SK Convent untuk sambutan birthday budak2 pra. Terima Kasih kepada Kak Zuhana selaku perantara. Chocolate Indulgence versi petak. Terima kasih sebab order.



Order 2015: Kek Coklat Moist Abg Ipin

Assalamualaikum w.b.t
Tempahan dari Abang Arifin iaitu Pengerusi KRT Brinchang. Request nk kek coklat. Cheq Deco dgn strawberi sebab ada stok. Terima Kasih sebab order.




Rabu, 16 Disember 2015

Roti Bawang + Cheese Gula

Assalamualaikum w.b.t
First time nk cuba buat roti bawang. Tp hasilnya tak secantik gambar yg dipostkan oleh member. Tak pelah rupa tak menawan..janji sedap jea kan. Roti bawang ini intinya bawang besar dipotong dadu dan dicampurkan dgn mayonis. Dihiris nipis daun bawang dan dicampurkan sekali. . Potong doh roti dgn 4 bahagian dan sumbatkan dgn inti bawang. Taburkan daun pasley di atasnya.



Lebihan doh tu jgk..Cheq da turut bikin roti cheese gula. Memang anak2 suka makan roti cheese gula ini. Masa panas2 lagi sedap.

Order 2015: Tempahan dari Farah

Assalamualaikum w.b.t
Pecan Heaven Cake order dari rakan suami. Last minute jugak order sebab nk jamu tetamu yang datang ke rumahnya. Terima kasih Farah sebab selalu order.



Selasa, 15 Disember 2015

Order 2015: Tempahan Deepavali

Assalamualaikum w.b.t
Masih di n3 tempahan. Perhabihkan dulu order2 tahun 2015 ini. Kali ini..makcik2 cleanner sekolah order untuk perayaan deepavali. Kak Hayati juga order sebiji kek untuk dibawa blk ke kampung iaitu kek pandan dengan peach layer.




Ini lah kek Kak Yati...tak tahu tulis apa2 takut anaknya berebut nk potong kek birthday.




Antara kek yang diorder oleh Makcik cleanner ialah 2 biji kek carrot.


3 biji kek minyak pelangi.


Sebiji 1 coklat cheese leleh.
Semua kek ini nk plain sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...