Ahad, 30 Mac 2014

Laksa Sarawak

Assalamuaikum dan salam sejahtera
Masih lagi di mood cuti. Esok dan lusa pun sambung cuti lagi sebab menanti kepulangan ibu cheq da dari umrah. Jangkanya akan tiba pukul 2 petang nanti di Kelantan. Alang2 dan cuti sambung terus la.

Menu di petang hari. Laksa sarawak...cheq da dan kakak cheq da buat laksa ni sebabnya pes original dari Sarawak dah memang sedia ada di rumah. Pesnya dibeli oleh kakak ipar cheq da. Dah lama dah terperuk dlm ais box. Oleh sebab semua ada merancang la buatnya. Lagipun pun kakak cheq da yg seorang ni perlu menolong kawan nya menyediakan laksa sarawak ni Sewaktu jamuan di kliniknya. Disediakan plak oleh orang original sana.


Ini pes laksa sarawak ni..di sini dah tertulis atur cara dan cara menghidangnya. Cara yang mudah ikut jea sukatan yg dipaparkan pada bekas ni. Ini jea cara cheq da menyediakannya.


Ini rupanya laksa yang dah siap. Resepi yang aslu tak ada la cuma mengikut kefahaman sahaja untuk hidangannya. Mee hun yg dicelur ditambahkan dengan isi ayam yg direbus..udang dan sayur sawi serta taugeh. Telur plak telur dadar yg dipotong. Cuma sambal belacan jea tak disediakan sebab kuahnya pun dah agak pedas. Pe2 pun sedap..

3 ulasan:

norhidana miswan berkata...

sgt menyelerakan tgk hidangan tuh kak... msti sedap kan, tp laksa sarawak dia mcm banyak rempah kan kak...

Bbwana adienia berkata...

nampak best dan sedap ni..lapar pula perut ni..huhu..

cheq da berkata...

Dana..memang bau sgt kuah rempahnya
Bbwana..laksa sabah tak de resepi ker..hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...