Khamis, 6 Mac 2014

Bilik guru baru vs Bilik guru lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari nk cerita mengenai Bangunan baru sekolah yang telah selamat diserahkan kepada pihak sekolah semlm setelah hampir setahun lebih pembinaannya.


Dalam bangunan baru ni ditempat makmal fizik dan juga makmal kimia serta bengkel kemahiran hidup. Apa yg paling seronok dalam bangunan ini juga terdapat bilik guru baru. Bukan main seronok cikgu sebab dapat ruang yg lebih selesa cuma yg tak tahan nk memanjatnya sebab ianya berada di tingkat 3.
Keadaan susun atur nya boleh tgk la dalam gambar ni yea.



Selepas penyerahan semalam..Puan Pengetua memberitahu bahawa guru2 sudah boleh mengangkut barangan mereka ke bilik guru baru. Esok jea buka cuti bln 3 nanti semua mesti ke sana dan bangunan ni akan beroperasi seperti biasa.


Paling bila dah ada pantry seperti ni akan memudahkan guru2 nak menyediakan minuman. Kalau selalu ke kantin. Nanti boleh budjet la cikit yea.


Oklah berbalik kepada bilik guru lama sekolah.kedudukannya juga di tingkat 3. Namun disebabkan bilangan guru mencecah ke 53 orang menyebabkan ada setengah2 guru yg tidak mendapat tempat di bilik guru ni. Ianya agak semak dengan buku2 kerana tempatnya memang terhad.


Ini lah pintu masuk utama bilik guru lama. Apa2 pun kenyataan ataupun makluman mengenai apa ditampal pd pintu untuk senang cikgu keluar masuk tgk apa yg dipaparkan.



Ni la keadaan bilik guru penuh dengan barang2 pada setiap meja guru. Penuh sampaikan tak nampak suasana bilik guru yg tenang..hihihi


Ini plak tempat cheq da..berlambak dengan buku2 yg belum disemak. Maklumlah ajar BM setiap hari ada latihan. Apa-apa pun semoga kami gembira di hilik guru baru nti.

2 ulasan:

  1. Best la pindah bilik guru baru..nanti boleh apply 5S tu kan..

    BalasPadam
  2. best lah kak dpt blik baru, blik yg lama tuh mmg dh penuh sesak dh... jd cikgu meja mmg open gitu kan... tp meriah bile sume berkumpul

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...