Isnin, 17 Oktober 2011

Bun Kacang.....syoknya...

Sebut pasal roti..dulu cheq da pikir camana depa ni buat roti gebusssssss lagi...kalu makan roti gardenia 2 pulun sakan...teringat juga masa cheq da duk mengajar kat miri..asal jea balik semenanjung nak balik ke miri 2 shopping roti ni sakan coz kat sana roti ni tak dibenarkan masuk untuk dijual agaknya...........
TAPI bila dah ada breadmaker ni cam macam buat roti..
selalu search resepi dalam internet la apa lagi.........
now leh la intai2 roti kacang cheq da...memang puas hati puas hati...
bab kata Aziz Satar dalam bujang lapok.......
resepi ni cheq da tmbh colour hijau coz teringat masa makan roti kg dulu2...

baru keluar oven...

gebussssssssss.....

Bun kacang merah
oleh: Mat Gebu
Bahan-bahan ( 12 biji )
  • 120 ml air
  • 250 g tepung roti
  • 30 g telur
  • 10 g susu tepung
  • 40 g mentega
  • 40 g gula kastor
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softerner (optional)
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Inti kacang merah secukupnya
  • Sedikit mentega utk disapu

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
  3. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.

2 ulasan:

Cheq Sue berkata...

aku dah try resepi ni...buat kat kg, guna handmaker, tetap gebu!

cheq da berkata...

teringin nak buat lagi n lagi..he3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...