Ahad, 25 Mac 2012

cream cheese roll......

Salam bersua kembali setelah sekian lama blog ini menyepi...sekarang ini kesihatan dah bertambah ok...boleh la upload gambar2 masakan yang dah lama cheq da simpan...tgk blog kawan2 macam resepi ada...jadi untuk buat hari ini cheq da nak tayangkan cream cheese roll yang diambil daripada blog My resepi oleh Yani...tgk yani buat memang lawa...yang cheq da buat plak...takde la cantik...tapi roti ini memang sedap...


 Cream Cheese Roll...
oleh: Yani (My resepi)

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 160ml susu segar @ 160ml air + 10g susu tepung
  • 230g tepung roti
  • 20g tepung gandum
  • 30g butter
  • 20g gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • -----------------------------------
  • *krim
  • 80g cream cheese
  • 20g gula
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • telur
  • chocolate rice secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk buat roti ke dalam breadmaker. Pilih menu utk buat doh. ON.
  2. Bila dah siap. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10-15 minit.
  3. Sementara tu, sediakan krim. Pukul semua bahan-bahan untuk krim sehingga jadi krim yg lembut. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  4. Ambik sebiji doh. Uli panjang 32-33cm. Kemudian lilit pada cornet. Buat sampai habis.
  5. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit. Kemudian sejukkan.
  6. Bila roti dah sejuk. Bolehlah paipkan krim ke dalamnya. Hiaskan dengan coklat rice.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...