Sabtu, 17 Disember 2016

Breast Pump Real Bubee.

Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi semua. Cerita hari ini nk berkongsi satu produk pemerah susu yang Cheq Da beli. Murah jea...tak beli yang mahal2 pun sebab anak ke3 ni jea baru terasa nk beli. Dulu perah main pakai manual jea. Maklumlah Si Aqeela ini tak mahu bersusu botol. Kalau dipaksa mahunya sikit jea ditelan yang banyak plak menangis. So Cheq Da memang selalu sediakan susu yang diperah untuk pujuk dia minum.
Nanti sesi persekolahan bermula kena lah bikin stok banyak-banyak. In sha Allah dipermudahkan OlehNya nanti.
Jenama Real Bubee ini Cheq Da beli dari 11Street. Dapat lah dengan harga rm38.00. Campur shipping rm20.00 so harganya dalam rm58.00. Murah kan. Nk beli yang mahal2 rasa jarang jea pam susu dengan benda alah ni. Tapi setakat ini pam...bolehlah susu tu keluar walaupun xcepat sangat. Ini bergantung kepada seseorang lah.



Set yang diberikan adalah termasuk 2 botol untuk dipam serentak. Tapi Cheq Da pakai jea dulu. Susah plak nk pegang dua2. Ni kira waktu gap mengajar bolehlah lari2 jap pam susu. Tu sebab terfikir nk beli. Lagipun ianya kecik dan comel. Mudah dibawa ke mana2. Letak jea dalam beg pun boleh. Time2 nk guna tu boleh jea. Cuma perlu elektrik la.


Hari ini punya pam...dapat lah 4 aun...nk bikin stok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...