Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Menu di bulan puasa yang lalu. Seingat Cheq Da inilah kali pertama dan kali terakhir Cheq Da bikin kuih di bulan puasa lepas. Bukan malas tapi tak dok orang nk makan nya. Puding roti ini pun sampai 3 hari. Namun ternyata puding roti ini amat sedap dan kena sekali dengan tekak Cheq Da. Terbaik dari Azie Kitchen. Kalau dah cuba pasti mau lagi tau...nak nak bila di makan di kala sejuk..nyaman jea rasa tekak ini.
Puding Roti Mudah Dan Sedap
6 keping roti Gardenia
1/2 cawan kismis - opsyenal
4 biji telur - pukul
1 tin susu cair - boleh ganti 2 cawan susu segar
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil vanilla extract
2 sudu besar butter
Cara cara:
Panaskan
oven pada suhu 170C. Potong roti kecil kecil atau potong 2 sahaja.
Sapukan butter pada roti. Atau jika suka, butter boleh juga dicairkan
dan dituangkan ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.
Susun roti dalam loyang yang telah dilenser dengan butter dan tabur kismis. Susun roti dan tabur kismis lagi sehingga habis.
Di
dalam bekas lain, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula,
serbuk kayu manis dan vanilla extract. Pukul sebati dan tuang ke dalam
loyang.
Tekan tekankan roti dengan menggunakan garfu supaya ianya terendam di dalam adunan telur dengan sepenuhnya
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Sedap dimakan semasa suam suam.