Rabu, 5 Ogos 2015

Puding Roti Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Menu di bulan puasa yang lalu. Seingat Cheq Da inilah kali pertama dan kali terakhir Cheq Da bikin kuih di bulan puasa lepas. Bukan malas tapi tak dok orang nk makan nya. Puding roti ini pun sampai 3 hari. Namun ternyata puding roti ini amat sedap dan kena sekali dengan tekak Cheq Da. Terbaik dari Azie Kitchen. Kalau dah cuba pasti mau lagi tau...nak nak bila di makan di kala sejuk..nyaman jea rasa tekak ini.





Puding Roti Mudah Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia
1/2 cawan kismis - opsyenal
4 biji telur - pukul
1 tin susu cair - boleh ganti 2 cawan susu segar
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil vanilla extract
2 sudu besar butter

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Potong roti kecil kecil atau potong 2 sahaja. Sapukan butter pada roti. Atau jika suka, butter boleh juga dicairkan dan dituangkan ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.

Susun roti dalam loyang yang telah dilenser dengan butter dan tabur kismis. Susun roti dan tabur kismis lagi sehingga habis.

Di dalam bekas lain, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kayu manis dan vanilla extract. Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang.
  
Tekan tekankan roti dengan menggunakan garfu supaya ianya terendam di dalam adunan telur dengan sepenuhnya

Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Sedap dimakan semasa suam suam.

4 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

Wah, nampak mudah dan sedap tu cheq da..memang sedap makan sejuk..

iryanty ahamad berkata...

sedap makan sejuk kan cheqda...tak ingat orang belakang :-))

norhidana miswan berkata...

colorful sungguh puding roti tuh... mesti sedap kan... kt umah dana pun kak, dessert2 nih mmg agak lambat di mkn... kecuali kalu ramai je org laju je lah kehabisan nyer

Yana Shaiful berkata...

nnt nk try gak resepi kak azie ni..cam senang je..yana suka sgt puding roti tp anak2 dgn husben plak xsuka sgt..klu bt kita je kna abihkan huhuu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...