Ahad, 8 Jun 2014

Trip to Vietnam...Hari kedua lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masih lagi sambungan di hari kedua. Selepas melawat di sekitar Sungai Mekong, kumpulan kami di bawa ke Restoran Halal Sungai Mekong untuk makan tengah hari di sana. Selepas menjamu selera dan bersolat di situ, kami balik semula ke HCM city untuk shopping. Shopping kali ni di Chinatown untuk shopping kain. Memang giler la harganya tapi Cheq Da borong ikut keperluan jea...hihihi

Ok lah malam tu plak..kami menaiki kapal untuk melihat keindahan bandar HCM pada waktu malam. Bayarannya rm38 untuk seorang dan perjalanan memakan masa 1 jam 30 minit.


Bersedia untuk naik ke kapal...mula2 ingatkan pelabuhan...rupa2nya memang dah dlm kapal.


Kesian kat budak seorang ni..walaupun penat tetap senyum bila disuruh bergambar..




Keadaan sekitar kawasan ini..




 Bahagian dalam..permintaan untuk air..air tembikai..air tin dan air mineral jea.


Disertakan dengan persembahan silap mata..si Batrisyia sampai ralit tengok pertunjukan ini. Sesungguhnya pengalaman yang menyeronokkan.
Oklah untuk n3 seterusnya..Cheq da akan sambung cerita seterusnya.

Sabtu, 7 Jun 2014

Order 2014: Tempahan Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan yang diterima semasa hari ibu yang lepas. Tempahan dari orang yang berbeza.



Pandan layer kek yg ditempah oleh rakan sekerja cikgu Azizan.





Kek black forest diorder oleh rakan kak mai nuh jauh dari Perak. Datang bercuti di Ch dan bertanyakan ada tak kedai kek kat ch...lalu kak mai terus bagikan no cheq da. Kira customer jauh la ni yea.


Kek coklat moist ini pula dari cikgu Azizan utk isterinya. Tulisan la plak comotnya.
Apa2 pun terima kasih kerana sudi order...

Jumaat, 6 Jun 2014

Wordless Friday...

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Trip to vietnam...Hari kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini masih lagi berkongsikan n3 ke Vietnam. Selepas sehari berada di sini. Hari kedua pula kami telah dibawa ke Sungai Mekong untuk melengkapkan aktiviti dan jadual mengikut perancangan. Bertolak dari hotel seawal 8 am. Untuk menuju ke Sungai Mekong ni memakan masa 1 1/2 jam dari bandar HCM.


Sepanjang jalan untuk ke Sungai Mekong kami melalui highway. Sepanjang highway ini kelihatan sawah padi yang terbentang luas. Paling menarik sepanjang sawah padi kelihatan makam di tepi sawah tersebut. Menurut kepercayaan mereka di sini..jasad ahli keluarga yang meninggal akan sentiasa bersama2 mereka sewaktu membanting tulang mencari rezeki.


 Ni plak suami dan anak cheq da...tidur jea sepanjang jalan. Suami kata anak tak tidur sehingga jam 5 pagi..meragam sebab biasanya dia tidur dengan cheq da..malam 2 disebabkan kami tidur bilik berasingan..anak yang dua orang ni bahagi seorg satu. Oklah cheq da kongsikan gambar2 sepanjang haru kedua. Nk menaip panjang2 malas..






Buah2an tempatan turut sama dihidangkan di sini. Buah cikunya amat manis dan sedap.



Kumpulan persembahan yg menyanyikan lagu selamat datang kepada para pengunjung..mereka juga boleh nyanyi lagu anak kampung jugak tau.


Menyelusuri sungai mekong ni agak ketakutan juga cheq da..tambahan pula keadaan airnya yang agak keruh. Bagi penduduk di sini..kehidupan mereka ditanggung melalui sampan ini. Kelihatan orang tua dan muda berusaha mengayuh sampan untuk mendapatkan rezeki.



Balik semula ke Bandar HCM..dihidangkan pula dengan air kelapa.


Teh madu dihidangkan kepada para pelancong sebelum dijual..1 botol bersamaan dengan rm16..beli 5 dapat free 1..
Ok lah nti untuk n3 berikutnya..cheq da akan kongsikan perjalanan hari kedua yg belum tamat..

Khamis, 5 Jun 2014

Trip to vietnam...hari pertama

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Tahun ini sempena cuti sekolah..merasa bercuti dan melihat di tempat orang. Perancangan nk ke sana dibuat sejak bln 12 tahun lepas lagi. Sedikit2 kumpul duit untuk merealisasikan impian ke sana. Terdetik hati nk ke sana bila kak ha mempromotekan katanya baik ke vietnam dari indonesia. Balik rumah terus bagitau suami dan suami setuju jea sebab dari tahun lepas dia nk ke sana tetapi tak jadi. Maka kami pun buat la kira2 untuk membawa semua anak beranak. Kos untuk tambang bagi anak beranak dalam rm5000. Ini kerana penebangan ke sana dengan Mas sebab kosnya mahal sedikit. 10 orang dalam satu group termasuk anak bongsu cheq da iaitu Haziq. Cheq sue pun turut serta ke sini..so dlm n3 cheq da nti akan link kan ke blognya sebab malas nk menaip panjang2.


Sebelum berlepas ke Ho Chin Min City. Aksi Haziq yang keletihan. Bertolak dari Ch dlm pukul 10 mlm pada hari Selasa. Sampai di Shah Alam dalam pukul 3 am sebab banyak berhenti di rnr. Bangun plak puk 5 am bersiap2 untuk ke Klia dalam puk 6 pagi sebelum berlepas dalam pukul 9.00 am. Dalam flight plak tak tidur budak 2 orang ni. Jadi bila sampai sana..meragam la jugak srbab kepenatan.


Ini plak bersama mr.nam pemandu pelancong kami. Hari pertama tiba di sana..kami di bawa ke hotel, makan dan pusing2 bandar Ho Chin Min. Mr. Nam ni cukup rapat dengan Haziq sebab anaknya ada sebaya dengan Haziq.


Ni plak masa mkn..semuanya dah lapar...










Gambar di atas pula gambar yg disnap sepanjang hari pertama di sana. Sebenarnya cheq da malas nk taip panjang2..kalau nk baca dengan lebih detail boleh lah link DI SINI. Nanti untuk n3 seterusnya cheq da akan kongsikan lg kenangan cheq da di sana.

Rabu, 4 Jun 2014

Promosi kraf tangan Malaysia 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni keluar jalan2 berdua dengan hubby di Kb mall. Niat sebenarnya nk buat cermin mata baru.
Lepas buat cermin mata, singgah snap gambar promosi barangan kraftangan 2014. Layan jea...











Ini plak pemandangan dari tingkat atas...


Cheq da tak beli apa2 pun
Cuma beli fm jea sebagai cenderamata

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...