Selasa, 22 November 2011

Agar-agar roti pelangi ........nice...

Assalamualaikum....hari ni cheq da nak postkan n3 puding roti...rasanya memang la sedap terutamanya dimakan di kala sejukkkkkkkkkkk....layan





Agar-agar roti pelangi

oleh: Q'ein(my resepi)
 
Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1 cawan agar-agar kering
  • 3 cawan air
  • 500 g gula
  • 5 keping roti
  • susu segar/sejat
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen ros/vanilla
  • pewarna kuning, hijau dan merah

Cara-cara

  1. Masak agar-agar sehingga larut. Kemudian, tambah gula mengikut manis mulut. Masukkan esen ros/vanilla..Bahagikan agar-agar kepada 2 bahagian A dan B. Kemudian bahagikan bahagian B kepada 3 bahagian dan warnakan dengan pewarna.
  2. Sementara itu, pukul telur dengan susu, kamudian masukkan roti. Rendam sehingga roti lembik, kemudian blend roti hingga hancur. Masukkan roti yang diblend tadi dalam agar-agar bahagian A. Kacau.
  3. Basahkan bekas dan isi lapisan agar-agar berwarna yang pertama. Tunggu agak-agak beku, lapiskan dengan agar-agar bahagian A. Tunggu agak beku, lapiskan dengan agar-agar berwarna seterusnya. Ulang langkah sehingga agar-agar habis.
  4. Biarkan agar-agar sehingga beku. Boleh disimpan dalam peti ais bagi yang suka makan sejuk.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...