Hari ni cheq da saja nak syare marble cheese brownies yang  cheq da ambil daripada blog kawan2..memang sedap la resepi  ni...dulu p cheq da pernah buat banyak kali resepi ni...sebenarnya cheq da buat kek ni disebabkan  menerima tempahan dari gpk ko sekolah...puan hasnah sempena perpisahan  pembantu teknikal sekolah kami...En.Zahim..dia kata just buat yang  simple2 jea..tak payah deco pe2...lebih2 lagi nak makan dalam 50  orang...pas 2 dah siap potong2 terus...jenuh la duk pk nak buat apa...selongkar buku resepi dapat la  resepi ni...sangat la puas hati...kita layan yea...
MARBLE CHEESE BROWNIES - Sumber dr Rinnchan FP
Bahan-bahan Brownies :
250g butter 
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur gred B 
1 1/2 cwn gula castor 
1/2 cwn susu cair 
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 
1 tsp baking powder 
1 tsp soda bikarbonate 
1 tsp esen vanilla 
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. 
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. 
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata. 
5.  Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn  grease  proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang  bertentangan  supaya mudah mengeluarkan brownies. 
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. 
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. 
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese 
1 cwn gula castor 
1 biji telur gred B 
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu. 
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. 
*Selepas  20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese  dan  ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan   lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi   selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum   dipotong. 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan