Ahad, 12 Ogos 2012

Kerabu Timun Batang...

 
Di bulan puasa ni..memang syok kalu dapat makan kerabu..ianya samping lauk2 yang ada...bukan apa tak la muak kalu asyik makan gulai jea kan...untuk kerabu timun batang ni adalah menu cheq da sendiri...mungkin ianya versi kelantan coz apa yang cheq da buat adalah pemerhatian melalui ibu cheq da yang selalu buat cara macam ni...memang sedap tapi cheq da kalu buat buat sedikit jea coz suami tak makan timun batang...pantang katanya...kla ikut resepi nya nyer tapi biasa resepi ala kadar sekadar secukup bahan...

Kerabu Timun versi Kelantan
1. satu batang timun batang...kalu nak lebih suka hati
2. 2 ekor ikan kembung
3. 5 ulas bawang merah
4. 1 ulas bawang merah
5. sedikit santan
6. Daun kesom-bergantung kalu nak lebih boleh lebihkan
7. Garam dan gula secukup rasa
8. sedikit lada hitam
 
Cara2 nya...
1. Timun dihiris nipis2
2. Ikan kembung direbus dan diambil isinya
3. Bawang ditumbuk bersama2 dengan lada hitam
4. Campurkan ikan ke dalam bawang yang ditumbuk dan campunrkan sekali gula dan garam secukup rasa
5. Daun kesom yang dihiris nipis dimasukkan ke dalam timun batang tadi
6. Akhirnya campurkan bahan2 yang ditumbuk tadi ke dalam bekas timun tadi dan masukkan santan
7. Kacau sehingga sebati
8. Bolehla dihidangkan
 

Selamat Mencuba..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...