Rabu, 19 Disember 2012

My First Rainbow Kek..

Salam semua...apa khabar?salam bersiaran kembali...hari ni merupakan hari yang cukup bangga bagi  cheq da kerana semua pelajar yang cheq da ajar lulus dalam peperiksaan pmr..walaupun sebulan sebelum peperiksaan cheq da tidak dapat bersama2 mereka tetapi berkat ajaran mereka semua berjaya...tahniah juga kepada semua yang berjaya...k la hari ni cheq da nak berkongsi rainbow kek yang cheq da buat untuk makan2...alhamdullillah rasa kek ni sangat sedap dan ramai yang puji termasuk mak saudara yang merasainya...tambahan plak mereka minta buat lagi...he3..resepinya cheq da ambil dari my resepi..sangat mudah dan senang..cuma tang warnanya cheq da belasah jea tak ikut rainbow pun..colour p enam sahaja maklumlah kat kampung bahan2 bakery tak ada sangat...kla kita kongsi k...deconya plak letak nama batrisyia tp anak2 buah yang lain plak berkongsi bergambar depan kek 2...he3...zessssssss kt layan..

cantik tak???deco guna fresh cream kena cepat kalu tempat tak de air cond



isi lapisan di dalam kek

hampir nak habis dimakan anak2 buah...


Resepinya:

Bahan-bahan ( Satu Kek Bulat ) oleh: syufa

  • 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
  • 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
  • 5 biji telur ayam (gred B)-cheq da 4 biji gred A
  • 250gm butter
  • 550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)-guna fresh cream
  • Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
  • Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
  3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.
  4. Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
  5. Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  6. Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
  7. Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
  8. Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda. 
     
     
    Untuk para peminat cheq da cadangkan guna la resepi...memang menjadi dan sedap....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...