Isnin, 4 Februari 2013

Merentas Desa Peringkat Sekolah 2013

ni la gaya sebelum bermula acara larian...control ayu g2..
Salam dan selamat malam untuk semua. Hari ni hari yang agak mengejutkan kami di sekolah kerana 2 orang pentadbir sekolah iaitu GPK 1 dan GPK Koko terpaksa ditukarkan ke sekolah lain kerana alasan atas keperluan perkhidmatan. Bagi cheq da memang la terasa kehilangan mereka kerana sewaktu mula2 cheq da ditukarkan ke sekolah ini,mereka berdua merupakan orang yang mudah untuk berunding,tambahan plak bidang cheq da sebagai setiausaha peperiksaan banyak memerlukan bimbingan dan dorongan mereka dalam semua aspek yang diperlukan.

Jadi berbalik kepada n3 pada hari ni,iaitu merentas desa di peringkat sekolah adalah acara terakhir bagi Puan Hasnah atau lebih dikenali sebagai kak nah dalam kalangan kami menguruskan acara sukan peringkat sekolah. Jasa beliau amatlah la besar kerana sewaktu beliau menguruskan bidang koko ni,banyak kejayaan yang dikecapi oleh sekolah kami. Jadi terasa la kehilangan mereka sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata2.

pelepasan PB oleh setiausaha sukan sekolah



 Acara merentas desa ni telah diadakan pada hari Jumaat yang lepas iaitu pada 1 Februari, ini kerana merentas desa di peringkat daerah akan diadakan pada hari Selasa iaitu esok bertempat di Ringlet kerana pada tahun ni SMK Ringlet telah menjadi tuan rumah. Apa yang cheq da harapkan agar semua pelajar yang terpilih dapat menyumbangkan pingat untuk sekolah.



bila dah penat berlari...apa lagi..jalan la plak


Untuk tahun ni,memandangkan su sukan pun baru,check point untuk cheq da jaga adalah berbeza dengan tahun2 yang lepas. Tahun ni cheq da dapat checkpoint yg agak sibuk kerana berada di simpang 3 yang memerlukan banyak kawalan,kalau tak jadi betul2...alamatnya?????????sepertimana yg kita tahu jalan cameron highlands berbukit2 dan penuh dengan kenderaan yang keluar masuk. Pada pagi 2 jugak kawasan yang cheq da awasi ada plak pasar pagi..jadi jenuhlah nak kawal kenderaan yang keluar masuk dan pelajar yang berlari kerana mereka ni tau nak menang sahaja. Tapi semua berjalan dengan lancar dengan bantuan kak rini,khairul,che mat dan beberpa orang rela yang bertugas. Akhirnya ianya dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik.


ni la dia rumah BETA yang cheq da salah seorang guru penasihatnya


 Pada tahun ni rumah sukan cheq da iaitu rumah Beta telah memenangi tempat ke2 dan juara keseluruhan telah dimenangi oleh rumah Sigma yang memang kelas la pelajar2nya. Apa2 pun tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya menjayakan rentas desa pada tahun ni dan terima kasih kepada kak nah atas segala usaha bersama2 dengan warga SEMEKAR...rindu kami sentiasa bersama2 anda...



ni dah di dalam dewan untuk penyampaian hadiah






2 ulasan:

Cheq Sue berkata...

oitttt....mana gambar aku? mentang2 le aku jaga dalam semak...

cheq da berkata...

@Cheq Sue
gambar hang adalah 2 ketul kat padang tp tak leh nak upload..erorr
ada dalam pen drive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...