Jumaat, 11 April 2014

Kek Minyak

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kek minyak...kek ni sedap dan mudah untuk menyediakannya. Selepas melihat beberapa blogger mempamerkan kek minyak mereka..cheq pun terpanggil untuk membuatnya.
Hujung minggu lepas bikin kek ni..rupanya satu adunan dapat banyak...bila dah cam bagi-bagikan sikit kepada jiran tertangga.
Cheq da gabungkan 3 flavour iaitu strawberi,blueberry dan oren.
Resepi plak mohon copy dr mas duniaku yea...tq kepada penyumbang utama kek ini. Semoga rezeki anda semakin murah.


Bahan-bahan ( 8x8inci) :

5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus / gula kastor
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa dan pewarna kegemaran(saya letak perisa kopi dan oren)
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara :
Panaskan oven suhu 170'C
Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)

Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

2 ulasan:

fazianbatrisyia berkata...

kek ni mudah disediakan, rasa pun sedap kan..

norhidana miswan berkata...

sana sini tgk ramai dh org bt kek minyak nih... sana je tak penah try lg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...