Isnin, 7 April 2014

Resepi roti lembut gebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Meroti la plak. Kali ni resepi dicopykan dari blog Mas Duniaku. Minta izin yea mas. Pada Cheq da roti ini sangat sedap dan mudah untuk disediakan. Buat pelbagai versi untuk keperluaan anak-anak menikmatinya dengan pelbagai pilihan.





Roti Lembut Gebu
Sumber :  Anie Japri FB
copy from blog Mas Duniaku

Bahan :
 500 G TEPUNG HIGH PROTIEN
250 ML AIR SEJUK PETI
1 BIJI TELUR
30G G SUSU TEPUNG
80 G BUTTER @MAJERIN
1 SUDU KECIL GARAM
85GM GULA
1 PAKET YIS(11GM)

CARA:
MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER.
MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH.
DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN.
BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT..
MASA MEMBAKAR IKUT KEADAAN SUHU OVEN MASING2

Cara Mas ( Guna Mixer )  :
Mas satukan semua bhn2 kering kecuali marjerin dalam bowl.
Putar perlahan hingga adunan sebati baru masukkan marjerin..
Uli hingga doh licin dan elastik...
Mas terus keluarkan dari mixer dan uli sedikit dan terus bentukkan doh.
Biarkan naik sekali lagi dan sapu atas doh dngan susu segar dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c.
Kluarkan roti dan sapu marjerin..
Sedia dimakan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...