Sabtu, 6 Jun 2015

Kerabu sotong dengan suhun

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berkongsi menu yang telah dibuat masa kenduri solat hajat yang lepas. Copy resepi dari chef Hanieliza...



KERABU SOTONG & SUHUN

Bahan

500 gm sotong sederhana besar 
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas] 
3 s/b jus limau nipis 
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan] 
1 s/k gula 
garam [jika perlu] 
2 pokok daun ketumbar [racik kasar] ..ganti daun sup dan bawang

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api 
3 tangkai cili merah 
2 ulas bawang putih 

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan ..cheq da tak letak
1 labu bawang besar 
1 batang timun [kecil] ..tak letak ganti buah tomato
3 tangkai cili merah 

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat. 
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya. 
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. 
4. Rasakan masam dan masinnya. 
5. Hidangkan. 

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.

5 ulasan:

Wani berkata...

Salam singgah,, nampak menu ni teringat ada sotong dlm peti.. Nanti nak cubalah resepi pun senang...

iryanty ahamad berkata...

sedap meratah nie kak :-))

Mayang ABDUL RAZAK berkata...

sedapnya ratah kerabu ni, takut tak sempat makan ngan nasi, rajin wat kerabu yer cheq da.. ritu somtam kann...

sue sue berkata...

Alahai sedapnyaaaaaa...resepi ni sewai sgt tok yg tgh berdiet kan!
wajib cuba!



Singgah Blogwalking....:)

nak mudahkan kerja rumah?Jom baca ni:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/basic-h-membantu-memudahkan-kerja-ibu.html?showComment=1433744253588#c6972630485172196856

Kayu Manis berkata...

Suka kerabu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...