Sabtu, 17 Oktober 2015

Sambal durian dengan petai dan bilis

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni kongsi resepi ini. Selalu duk tunjuk yang order jea. Kebetulan ada orang sedekahkan petai. Kalau mentah-mentah memang tak makan. Daripada duk membazir Cheq buat resepi ni. Kebetulan buah durian ada. Kat rumah ni...Cheq da mkn durian...suami mkn tp kuantiti yg sedikit.



Sambal durian dengan petai dan bilis
By: Cheq Da

Bahan
1. Isi durian
2. Segengam ikan bilis
3. Buah petai di buang kulit dan dibelah 2
4. Cili padi merah dan hijau..ikut kepedasan
5. Sedikit garam dan gula
6. Sedikit minyak

Cara
1. Goreng ikan bilis sampai garing.
2. Tumbuk cili padi bersama isi durian.
3. Panas kan kuali dengan sedikit minyak.
4. Masukkan bahan tumbuk, petai dan juga ikan bilis yang telah digoreng tadi.
5. Masukkan sedikit garam dan gula.
6. Kacau sampai masak seperti dlm gambar.
7. Siap untuk dihidang.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...