Selasa, 6 Oktober 2015

Ketam telur masin yang sangat best...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru sekali mencuba buat ketam ini. Ini gara-gara ada telur masin yang dibekalkan oleh ibu Cheq da. Maklum sajalah dia kan penternak itik yang agak berjaya...hihihi. Selalunya telur dikumpulkan sampai 30 biji baru dijeruknya.
Bila teringin sangat nak makan ketam..merata cari ketam ini. Akhirnya pesan kat Cikgu Asmadi dapat dalam 6 ekor rm25.
Bila fikir2 nak masak ini. Terus google. Jumpa step by step kat blog Kathyjem. Maka terhasil lah ketam telur masin dengan jayanya. 2 ekor diberikan kepada Cikgu Asmadi dan selebihnya kami makan untuk tengah hari. Tak sangka plak suami yang kurang makan ketam menghadap sampai licin. Selalunya tak suka sangat sebab susah nak kopek katanya..tapi ketam ini habis plak dimakannya. Sedap la tu kot. Oklah Cheq da share resepinya. Copy dari blog Kathyjem. 





 Ketam Telur Masin 

4 ekor ketam..
3 biji bawang kecik dicincang (kalau tak nak pon takper)
7 biji bawang putih dicincang (ni kalau lebih lagi sedap)
7 biji cili padi (dipotong kecil) kalau nak pedas boleh tambah lagi
1 tin susu cair
Tepung jagung
Daun kari lebih kurang setangkai
5 biji telur masin
Lada sulah/garam/gula

1. Ok first sekali rebus telur masin.. Sementara telur tu rebus boleh goreng ketam dulu..
2. Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian..Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam..
3. Dah lumur tu goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan..
4. Telur masin yang dah masak tu asingkan kuning telur dan lenyek2 kan dia sampai hancur..
5. Putih telur ambik dalam sebiji dan lenyekkan sampai hancur..
6. Panaskan kuali masukkan butter dalam 3 sudu besar..
7. Kemudian masukkan bawang putih, bawang kecil..kacau sampai naik wangi..
8. Kemudian masukkan daun kari dan cili padi..
9. Lepastu masukkan telur kuning yang dihancurkan tadi..
    Dan sedikit telur putih..kacau sekita..
10. Masukkan susu cair..letak dalam 5 6 sudu besar..
11. Lepas tu masukkan lada sulah, garam dan gula.. (garam jangan banyak sangat sebab dah ada telur putih masin) kacau sekata sampai berbuih..
12. Last sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi..kacau bagi semua rata dan siap untuk dihidang!

Untuk melihat step by step boleh singgah di blog Kathyjem yea..sbb Cheq Da copy dari situ. Memang terangkat habis dan sangat sedap.

11 ulasan:

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Sedapnya. Nak cuba juga. Lama tak makan ketam..hehe.

OhPanduan berkata...

Sedap masakan ketam. Kalau cuba ni mesti nak buat lagi.

Jobdirumah Buat Duit berkata...

Pekena ketam sekali sekali sekala dalam masakan memang membuka selera.

Kayu Manis berkata...

Terliuqqq la cheq da...

Haiiiilah haiiii..

norhidana miswan berkata...

compom sdp.....

cheq da berkata...

Mmg sedap boleh cuba

cheq da berkata...

Boleh gantikan dgn ayam dan juga udang

cheq da berkata...

Buat kak jangan tak buat

cheq da berkata...

Mmg sedap

rubiah kadir berkata...

Alahai..sedapnya...ruby mmg hantu ketam..thx share resepi ni...

iryanty ahamad berkata...

terliur tengok gambar makan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...