Sabtu, 9 Januari 2016

Majlis Persaraan Puan Hoo Weang See

Assalamualaikum w.b.t
Minggu ni agak sibuk dengan sesi persekolahan di minggu yang pertama. Adik dan kakak pun berjaya mengharungi sesi persekolahan di minggu pertama ini dengan baik.
Tiada apa yang nk dikongsikan dalam blog ini. Cuma hari Jumaat lepas telah diadakan majlis persaraan Ketua Bidang Kemanusiaan iaitu Puan Hoo Weang See. Beliau memilih untuk bersara awal adalah disebabkan masalah kesihatan. Tahun lepas dia mengambil cuti tanpa gaji selama setahun dan tahun ini proses persaraan awal beliau telah diluluskan pada 2 Januari lalu. Terlalu banyak kenangan Cheq da bersama Puan Hoo ini. Orangnya yang cantik dan nampak sentiasa muda. Akhirnya beliau memilih untuk bersara awal 12 tahun.


Perkataan yang tidak pernah lengkang di bibir Puan Hoo ialah sentiasa berterima kasih. Paling menarik tentang Puan Hoo ini..beliau bersekolah di Smk Kg Raja sehingga tingkatan 3...mula posting juga di sini dan juga bersara di sini. Tak dapat gambarkan kesedihan bila beliau berucap dan menyatakan beliau tidak dapat menyempurnakan amanah yang diberi kepada beliau kerana pencen seawal 12 tahun. Cheq da percaya kalau Puan Hoo sihat beliau masih meneruskan bidang kerjaya ini.



Antara rombongan yang menghantar Puan Hoo ke rumah. Rumahnya seberang jalan sekolah saja.




Sempat kami berselfi dgn Puan Hoo...sudah tak de guru perempuan yg selalu memenangi larian 100m untuk acara guru perempuan.


Petangnya pula diadakan jamuan makan di Hotel pula. Bersama meraikan jamuan awal tahun dan majlis perpisahan untuk Puan Hoo dan Cik Roshima.
Harap mereka berdua sentiasa gembira.

5 ulasan:

  1. Dulu zaman sekolah mesti sedih bila cikgu berhenti atau pindah sekolah....siap bagi hadiah..lebih2 lagi pada guru yang pernah mengajar

    BalasPadam
  2. Jika tak sihat, nak buat kerja rasa tak selesa. Mungkin ini antara sebabnya beliau nak bersara awal.

    BalasPadam
  3. Meriah juga majlis yang dibuat. Berehat dari kerja.

    BalasPadam
  4. Bersara awal memeng seronok. Tapi jika tak sihat, kena berehat di rumah.

    BalasPadam
  5. sedihnya.... nmpak hepi je orgnya... yelah dh lama ngajar kt situ kan... pastu tpaksa bersara awal... msti sedih... tp takpe dekat je sekolah ngn umah tuh kan

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...