Selasa, 8 Mac 2016

Scones

Assalamualaikum w.b.t
Bila tahun lepas makan scones di ladang Teh...rasa xcukup plak sbb beli 2 scones kongsi2. Harganya kalau tak silap rm8 lebih. Blk rumah terus google nk buat sendiri. Walaupun rupa tak cantik...rasanya lebih kurang sama. Cheq da malah nk tengkup acuan main gental2 n tempek2 jea.

Resepi dari blog Nennie Khuzaifah..tq dan cheq da copy paste di sini yea.




BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
25 grm gula
70 gm butter tanpa garam - sejuk
1 biji telur - dipukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
100 ml cream - dalam kotak
1 biji telur dipukul sikit utk disapu atas scones

CARA MEMASAK :

-Panas kan oven pada suhu 180'C selama 5 minit (suhu panas bergantung pada jenis oven yang anda guna )
Ayak tepung dengan baking powder , gula serta garam . Kemudian masukkan semua butter sejuk yang sudah dipotong menjadi kiub kecil dan terus ramas-ramas butter dengan tepung sehingga menjadi macam serbuk roti yang berderai-derai . Buat semua ni dengan cepat supaya butter kekal sejuk .
- Dalam bekas yang sesuai satukan telur , esen vanilla dan cream . Kacau semua bahan sehingga sebati .

-Buat seperti lubang di tengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan  adunan telur tadi kemudian gaul rata  adunan ni dengan senduk , biar semua bahan-bahan cukup sebati  . Jangan uli terlalu lama jika adunan melekik letak sikit tepung ditangan/jari-jari . Bila doh dah jadi padat macam sebiji bola masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 20 minit 

-Keluarkan doh dari peti sejuk dan terus ratakan doh guna pengelek anggaran 1 1/2 inci tebal dan boleh la guna acuan bulat atau gelas untuk terap doh ni , saya hanya tekan-tekan doh dengan jari dan terus terap guna gelas . Susun adunan tadi atas tray pembakar yang sudah disapu sedikit butter atau minyak sayur . Sapu telur atau susu pada pemukaan adunan scones ni .

-Bakar scones ni selama 15-20 minit pada suhu 180'C atau sehingga scones masak kuning keemasan , pastikan jangan terover masak nanti scones boleh jadi berderai/kering . Bila masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas relai/tray besi . 

10 ulasan:

Bunda_nora berkata...

Sedap ni.. macam cookies jugak...zarif mesti suka...

zila norazila berkata...

Akk x pernh buat cikda..sedap plk tgok

kak ruby berkata...

Tu lah nampak mcm cookies Bunda_nora kan? mesti sdp nak try gak lah....

Husna Rahman berkata...

soo sedaplahh..klu tak mention igt biskut dah

cheq da berkata...

Cookies ala2 lembut cikit bunda

cheq da berkata...

Kalau kak zila buat tentu meletup

cheq da berkata...

Boleh..kak ruby mmg rajin pun

cheq da berkata...

Biskut pun boleh..janji sedap

Ahmad Hasif berkata...

waa.. macam sedap pula tgk ni.. mcm biskut oat pun ada dah rupanya..

Singgah Sini.. Jemput baca

Nak Cari 20 Orang Yang Nak Belajar SEO> site.

Mayang ABDUL RAZAK berkata...

ishh tak penah makan akak scone ni.. apa ke rasanya.. kene cuba ni ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...