Rabu, 12 Mac 2014

Order 2014: Tempahan Pecan Heaven Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dua tempahan kek yang sama ditempah oleh orang yang berbeza. Kek pertama ditempah oleh guru SK Menson untuk birthday stafnya. Manakala kek yang kedua ditempah oleh rakan suami iaitu Pak Ya ekspo. Semoga puas hati dengan tempahan ni. Terima kasih kerana sudi menempah. Layan jea yea...





Lelehan butterscoth buat kek ni lg mengancam...

Selasa, 11 Mac 2014

Ais Krim Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jom buat sendiri ais krim goreng.
Dulu masa first beli ais krim goreng ni,cheq da tak suka sangat sebab rasanya agak berminyak. Lepas 2 terus tak beli2 sampai la teringin nk cuba buat sendiri. Bila buat sendiri ni...terasa sangat sedap la plak.



Kebetulan saja jea beli acuan sandwich yg kuit muit ni. Teringin guna..so buat la ais krim goreng. Terasa amat mudah caranya. Mungkin masa beli dulu roti digoreng dengan minyak yg kurang panas sebab 2 berminyak. Kita mesti lah goreng dengan minyak yg panas sehingga berasap dan letak dan balik balik kan sekejap terus angkat.




Ini la rupa acuan roti yg buat aiskrim 2..kapitkab macam buat sandwich biasa jea dan kemudian bekukan dlm peti beku sekurang-kurangnya semlman dan ready untuk digoreng. Hendak goreng 2 minyak biarlah banyak sedikit dan pastikan ianya tul tul panas berasap p xpo. Letak ais krim dan terus angkat. Bila mkn terasa sejuk intinya dan rotinya yg garing..sangat sedap. Selamat mencuba..

Isnin, 10 Mac 2014

Cameron Highlands..Ladang Anggur 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Title pasal ladang anggur so n3 hari ni nak bercerita tentang ladang anggur yang terletak di Cameron Highlands. Kalau pembaca di luar nak tahu, di CH ini terdapat dua tempat sahaja yang terdapat penanaman anggur ini. Satu tempat di Bertam Valley dan satu tempat lagi di Blue valley. Anggur yang ditanam di CH ni hanya dapat dipetik 2 kali sahaja dalam setahun. Kali pertama adalah sekitar bulan Mac dan kali kedua sekitar bulan Julai nanti.



Teringat masa mula2 tahu pasal anggur ni tahun lepas, cheq da telah bersama2 dengan cheq sue ke tempat ni. Malangnya dah hbs musim cuma boleh tengok anggur yg baru nk berbuah sahaja. Nak tahu camana rasanya..rasanya tidak ubah seperti rasa anggur yang dibeli di pasar raya. Manis rasa dan kalau makan yang kecik rasanya teramat la manis tanbahan plak yg fresh dari ladang.



Bergambar dengan family..yea la bila sekali sekala ke sini..ambil la peluang ni kan. Mula2 masuk ke ladang terasa sangat teruja dengan buah anggur yg bergantungan ini.






Adik kakak dan juga Afiq tidak melepas peluang bergambar bersama.


Ini plak harga untuk sekilo anggur di ladang ini. Kalau beli banyak dapat la offernya.
Kami cukup lah sekilo sahaja belinya.

Ini plak view dari ladang tersebut. Biasanya pelancong tidak akan dapat mengetahui tempat sekiranya tidak diberitahu. Biasa tauke ladang akan naikkan signbord yg di atas 2 kalu ada buah yg boleh dituai.
Jadi kalau datang ke CH..boleh lah datang ke sini. Tp kena tunggu musim la yea.

Ahad, 9 Mac 2014

Selamat Pengantin Baru: Ain dan Syukur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersua lagi kita ke n3 hari ini. N3 hari ini adalah sekadar berkongsi tentang perkahwinan anak sepupu suami yang telah pun  berlangsung pada 31 Januari yang lalu. Lama2 baru lah nak publish n3..hihihi.

Oklah berbalik kepada cerita di atas,kedua-dua telah pun selamat menjadi suami isteri. Teringat masa Cheq da kahwin dengan suami,si Ain baru jea di tingkatan 3. Sekarang ni dah selamat pun menjadi isteri si Syukur ni. Suaminya orang Selangor. Semoga Ain menjadi isteri yang sollehah dalam melayari rumah tangga.

 Gambar yang di atas ini,cheq da copykan daripada fb nya,maklumlah masa bersanding,cheq da masih lagi di rumah mentua. Bila ke sana selepas Zuhur,persandingan pun dah habis. Pihak lelaki minta awalkan majlis kerana mereka mahu berangkat balik. Apa2 nti kena bagitahu Ain pasal gambar ini yea.

 Pengantin memilih tema puple dan pink semasa bersanding. Baju puple ini merupakan tema utama dan warna pink warna persalinan. Nampak anggun dan manis Ain pada hari persandingannya.

 Yang kek di atas ni pula adalah merupakan hadiah Cheq da kepada Ain. Dua minggu sebelum majlis, Ain ada msg suami bertanyakan suami sama ada cheq da boleh buatkan kek ataupun tak untuk persandingannya. Cheq da on jea sebabnya memang ingat nak bagi kek jea kat dia sebagai hadiah perkahwinan.

 Puas juga nak memikir nak buat kek orang kahwin ini kan. Kek ni cheq da gunakan sepenuhnya buttercream maklumlah kalu fresh cream nanti tak tahan plak musim panas2 di kampung. Dalamnya kek span coklat dengan filling blueberry.
Deco-deco bunga2an pilihan cheq da..memilih tema yang sama seperti yang diminta arap Ain puas hati.


Doa semoga mereka sentiasa bahagia dan dikurnia baby yang comel2.

Sabtu, 8 Mac 2014

Order 2014:tempahan-tempahan yang lalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat pagi...terasa sejuk menusuk ke tulang. Entah lah sejak 2 mejak ni cuaca di ch sungguh sejuk. Kiranya drive ke sekolah waktu pagi,tangan boleh beku. Bila masuk waktu tengah hari sampai ke petang pula cuaca menjadi panas sangat. Namun apakah daya masih perlu berkhidmat di sini.

Oklah n3 untuk hari ni sekadar berkongsi tempahan-tempahan yang lalu. Tempahan ini di terima sepanjang awal tahun dulu dan sehingga sekarang Cheq da masih lagi menerima tempahan..syukur Alhamdulillah..



Tempahan ini diterima dari Ustazah Asmat untuk makan-makan adiknya yang datang ke CH.
Coklat Moist 1 kg


Tempahan ni pula diterima dari Pembantu Prasekolah SK Ringlet yang berpindah ke tempat baru untuk jamuan guru di sekolah terakhirnya. 
Blueberry cheesecake berat 1.2kg



 Tempahan ini pula diterima dari GPK Hem Sk Ringlet untuk dibawa balik ke kampung semasa cuti Tahun Baru Cina yang lalu.
Blueberry Cheesecake 1.2kg


Kek ini pun diterima dari Farah Sk Ringlet iaitu kek strawberi 1.5kg untuk dibawa ke kampung.

Terima kasih kerana sudi menempah dengan Cheq da.

Khamis, 6 Mac 2014

Bilik guru baru vs Bilik guru lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari nk cerita mengenai Bangunan baru sekolah yang telah selamat diserahkan kepada pihak sekolah semlm setelah hampir setahun lebih pembinaannya.


Dalam bangunan baru ni ditempat makmal fizik dan juga makmal kimia serta bengkel kemahiran hidup. Apa yg paling seronok dalam bangunan ini juga terdapat bilik guru baru. Bukan main seronok cikgu sebab dapat ruang yg lebih selesa cuma yg tak tahan nk memanjatnya sebab ianya berada di tingkat 3.
Keadaan susun atur nya boleh tgk la dalam gambar ni yea.



Selepas penyerahan semalam..Puan Pengetua memberitahu bahawa guru2 sudah boleh mengangkut barangan mereka ke bilik guru baru. Esok jea buka cuti bln 3 nanti semua mesti ke sana dan bangunan ni akan beroperasi seperti biasa.


Paling bila dah ada pantry seperti ni akan memudahkan guru2 nak menyediakan minuman. Kalau selalu ke kantin. Nanti boleh budjet la cikit yea.


Oklah berbalik kepada bilik guru lama sekolah.kedudukannya juga di tingkat 3. Namun disebabkan bilangan guru mencecah ke 53 orang menyebabkan ada setengah2 guru yg tidak mendapat tempat di bilik guru ni. Ianya agak semak dengan buku2 kerana tempatnya memang terhad.


Ini lah pintu masuk utama bilik guru lama. Apa2 pun kenyataan ataupun makluman mengenai apa ditampal pd pintu untuk senang cikgu keluar masuk tgk apa yg dipaparkan.



Ni la keadaan bilik guru penuh dengan barang2 pada setiap meja guru. Penuh sampaikan tak nampak suasana bilik guru yg tenang..hihihi


Ini plak tempat cheq da..berlambak dengan buku2 yg belum disemak. Maklumlah ajar BM setiap hari ada latihan. Apa-apa pun semoga kami gembira di hilik guru baru nti.

Rabu, 5 Mac 2014

Muffin Coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah banyak kali mencuba buat muffin tp tak jd. Tapi hari  2 teringin nk cari muffin coklat yang mudah dan simple. Cheq da pun google la. Akhirnya terjumpa resepi muffin yg sedap ni.
Sebenarnya cheq da lupa mana cheq da dapat resepi tp semestinya dari blog kawan2 blogger juga.
Apa2 pun terima kasih kepada penyumbang resepi.




COKLAT CHIP MUFFIN
Sumber:rakan blogger

250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar sehingga masak

Selasa, 4 Mac 2014

Roti Gebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Teringin meroti bila tgk kawan2 blogger postkan roti homemade mereka. Terasa gembira bila roti yg kita hasilkan ni boleh dinikmati dengan family. Cheq da suka sangat dengan resepi roti ni sebab roti dia naik dengan cantik dan sedap dimakan. Dengan resepi yang sama dapat buat roti manis dan mini pizza ni.





Resepinya cheq da godek dari blog mas duniaku lepas dia postkan rotinya yang beraneka. Resepi ni plak dia dapat dari fb. So pada mas cheq da minta copykab resepi di sini yea. Tq

Roti Gebu resepi shima maz fb
Resepi : Shima Maz fb
Sumber: Mas Duniaku


Bahan A :
500 gm tpg roti 
20 gm susu tepung
15 gm bread softener
10 gm gram bread improver
80 gm gula 
10 gm yis
100 gm mntega

Bahan B :
210 gm air sejuk + 4 ketul ais kiub..
1 biji telur

Caranya :
Satukan bahan kering n gaul rata, pastu masukkan bahan2 yg lain...
Uli hingga doh sebati n elastik..
Bentukkan n biarkan doh hingga 2x 
ganda...pastu sapu susu cair atau fresh milk pun bole...n bakar hingga masak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...