Jumaat, 11 Julai 2014

Ramadhan 2014:12 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berkongsi menu semlm..simple jea kerana kemalasan nk membikingnya.


Telur dadar sekdr penambah menu jea.


Sayur rebung gulai lemak putih dengan udang.

 
Ikan talapia bakar kunyit.


Bubur lambuk ini diberi oleh PPD Ch..sebab semlm ada kursus di sana.


Ini plak dessert semlm..kuih lompat tikam..resepi kemudian yea. Copy paste dr blog kawan2 jgk.

Khamis, 10 Julai 2014

Ramadhan 2014: 11 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik dan boleh lg beramal kepada Allah yang maha esa.
Menu berbuka semlm. Share jea di sini.


Sup daging campur dengan kentang.


Daging bakar bersama air asam.

Kailan ikan masin.

Sambal belacan untuk merasa pedas2..


Jemput2 jagung goreng. Habiskan stok yg mana ada.


Rabu, 9 Julai 2014

Ramadhan 2014:10 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menu berbuka puasa yang simple mimpe lagi...kesibukkan waktu bekerja kadang2 melimitkan kita untuk memasak hidangan yang istimewa.
Tapi bg cheq da sibuk camana pun mesti cheq da luangkan masa untuk memasak. Bukan apa kadang2 tekak ini tak boleh nk menerima lauk yg dibeli dan tidak tahu kesegarannya. Menu semlm seperti berikut:


Kerabu kacang botol dan taugeh lagi. Habiskan stok yang ada.


Singgang bendi...teringat bendi yg diberi oleh cheq sue. So buat cam ni baru ada selera sedikit.


Yang ni plak cam luak orang bersalin..hihihi..ikan bakar garam kunyit. Best jgk bila jarang2 mkn cam ni.
Yang lain buah tembikai dan semlm kerajinan juga buat kuih ketayap. Nyoir yg dibawa dari kampung tempoh hari.
Air semlm cuma jus oren marigold yg dibeli di sekolah minggu lepas.

Selasa, 8 Julai 2014

Kek carrot dari Azie Kichen

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini cheq da kongsikan pula resepi kek carrot yang sangat la bestnya. Mula nk membuat sebab teringin sangat nk mkn kek corrot dgn cream cheese topping. Godek2 resepi jumpa la blog azie kitchen. Tersangat puas hati dengan hasilnya. Esok potong seslice seorang untuk diberi kepada kawan2.
Terima kasih kpd kak Azie sbb kongsikan resepi yg best ini.






Kek Karot Dr Nana
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 cawan walnut - panggang seketika dan cincang kasar
2 cawan karot - parut kasar
1 cawan kismis - opsyenal

Cara cara:
Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan putar lagi.

Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus diputar.

Masukkan karot, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja. Kali ini, saya masukkan separuh dari kismis.

Tuangkan dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas. Taburkan separuh lagi dari kismis supaya ianya tidak jatuh di dasar kek. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C


Cream Cheese

Bahan bahan:
2 cawan gula icing - ayak
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar unsalted butter - lembut (2.5 oz)
2 sudu kecil vanilla extract

Putar cream cheese dengan butter dan vanilla hingga sebati. Sedikit demi sedikit, masukkan gula hingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.

Simpan dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga 3 hari.

Ramadhan 2014: 9 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah menu berbuka puasa semalam.
2 hari berada di kampung hanya merasa air tangan ma dan mak mentua jea. Semlm bila dan blk CH...menu daging menjadi pilihan.


Menu utama ialah kerutuk daging ala kelantan. Resepi cheq da akan kongsikan kemudian.


Menu daging yang kedua pula menu rezeki sebab daging masak kicap ini diberikan oleh kak ct.


Ayam perchik ini sebenarnya diberikan oleh ibu mentua untuk bersahur mlm semlm tetapi disebabkan lepas berbuka puasa balik ke CH dan sampai ditgh mlm. Kepenatan kami pun terbabas untuk bersahur. Hanya tersedar 5 minit nk azan subuh. So panas jea la lauk ini.


Sayur goreng pelengkap menu jea ini.


Sambal durian...disebabkan musim durian so buat la sambal ini untuk rasa pedas2..tumbuk cili api byk2 gaulkan sahaja dgn durian.


Ini plak cicah dengan sambal durian..buat ulam tapi cheq da jea la mkn...suami memang tak mkn.
Minuman semlm disebabkan bawa blk cendol dari kampung so buat la air bandung just campurkan dgn cendol. Menu ringkas dan sedap.
Ok lah tu jea la menu semlm.

Ahad, 6 Julai 2014

Hari Guru Dearah Cameron Highlands 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
N3 di awal pagi sekadar berkongsi sedikit cerita mengenai hari guru peringkat daerah yg telah diadakan pada 22hb Jun yang lepas. Hari ni diadakan di Dewan Gemilang di SMK Sultan Ahmad Syah. Dirasmikan oleh Datuk G. Pananivel. Asalnya dibuat hari Ahad kerana melihat kelapangan Datuk G untuk membuat perasamian ini. So bila dah Ahad kehadiran guru agak tidak memberangsangkan.


Ini adalah anugerah yg diterima oleh Semekar pada hari tersebut. Puan Pengetua menerimanya yg diberi oleh Datuk G dan diiringi oleh Tuan Ppd CH.



 Ini adalah piala untuk dua anugerah yang diterima.


 Sijil yang disertakan bersama2..sememang semekar menunjukkan kejayaan luar biasa untuk tahun lepas.



Ini plak bergambar kenangan di majlis tersebut. Bersama2 dengan Puan Pengetua dan barisan pentadbir sekolah.
Bagi Cheq da juga Alhamdulillah sebab rezeki tahun lepas dapat la Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun lepas bersama2 dengan 5 orang guru yang lain.

Sabtu, 5 Julai 2014

Nasi goreng ayam...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pertama sekali ini bukan menu ramadhan yea...sebenarnya cheq da dah lama bikin nasi goreng ayam ni. Time malas nk memasak lauk baik  buat benda2 yang ringkas dan sedap. Tambahan plak anak suka sangat mkn nasi goreng ayam kalau pi mana2 kedai.



Resepinya dari ilham cheq da sendiri..sebenarnya memang banyak versi untuk kita buat nasi goreng ini. So dlm n3 ini..cheq da tak berikan resepinya. Anda boleh gunakan apa cara sendiri utk bikin nasi goreng ini.
Untuk ayamnya cheq da potong ayam dan gaulkan dengan tepung ayam goreng dan gorengkan sahaja.
Menu yg cukup mudahkan.

P/s: blk ke kampung so bila buka puasa di kg tak masak..so tak de la menu ramadhan ke6.

Jumaat, 4 Julai 2014

Ramadhan 2014: 5 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menu hari kelima berpuasa.


Sayur rebung masak gulai kuning bersama udang. Kebetulan semalam kak ct bawa blk rebung yg dibeli dari orang asli berhampiran dgn sekolahnya..maka terpikir nk buat gulai ini. Nk kata mengidam pun tak terasa memang nk mkn rebung...tambah2 rebung yang fresh cam ni...memang licin.


Yang ni plak ikan talapia yg diberi dari Temerloh. Minggu sebelum puasa suami berkursus di sana dan terus pesan nk ikan ini tapi cheq da mkn sikit jea..
Talapia masak sambal...


Lauk ketiga pula sotong goreng kunyit..menambahkan lauk yg ada sahaja.
Air plak semlm ada lebih strawberi...cheq da buatkan strawberi milk shake. Bkn apa tkt rosak strawberi tu sebab dah seminggu dlm peti ais.
Resepinya yg cheq da celup dari rakan2 blogger akan cheq da upload lain kali yea.

Khamis, 3 Julai 2014

Ramadhan 2014: 4 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menu hari keempat pula cheq da nk tayang hari ini. Semlm ada la semangat cikit nk memasak tp masih dlm kategori simple mimpe.
Untuk hari keempat ini jugak dapat plak lauk dari kak siti selaku jiran baik cheq da.


Jemput2 a.k.a cekodok jagung ini teringin nk buat bila suami kak siti iaitu bagi 3 tongkol jagung madu. Ramuannya cheq da cuma bancuhkan jagung yg cheq da hiris halus dicampur dgn tepung gandum,sedikit garam dan digaul bersama susu segar sebab nk menghabiskan stok susu segar dlm ais box.


Sayur taugeh yg baki dibuat kerabu hari pertama puasa. Goreng jea bersama kicap dan fish ball.


Daging bakar sekadar pelengkap lauk yg lain.

Yang ini pula bila teringin sangat nk mkn yg pedas2.
Balik sekolah singgah di pasar beli timun jepun ni untuk dibuat ulam dan di mkn bersama sambal tempoyak. Suami minta maaf la memang xmkn tempoyak kalu dibuat cam ni.


Rendang ayam menu dari kak ct.


Ini pula menu utama sebenarnya. Singgang daging ala cheq da.
Caranya: hiris daging dan basuhkan dgn bersih
                 Campurkan dgn air dan masukkan hirisan                      bawang merah dan bawang putih.
                 Ketuk kan lengkuas dan masukkan sekali
                 2 keping asam keping
                 Tumbukkan sedikit ketumbar dan masukkan
                 Sedikit lada kering yg di mesin
                 Garam dan gula secukup rasa
                 Sedikit budu kelantan tapi kalu tak nk letak                    pun tak pe
                 Rebus sehingga masak dan siap boleh                                dihidangkan.
                 Simple jea kan membuatnya.
               


Ini sahaja menu hari keempat...air pula susu HL perisa coklat dan air masak jea.

Rabu, 2 Julai 2014

Ramadhan 2014: 3 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berkongsi menu di hari ketiga Ramadhan. Tekak pun rasa tak berselera jea...terasa badan kurang sihat. Jadi nk memasak pun terasa lah amat malas. Menu yg simple mimpe jgk untuk hari yg ketiga ni iaitu...


Ini jea lauknya..sotong goreng kicap bersama sayur mayur...permintaan suami..


Telur dadar plak pelengkap jea untuk tambahkan menu yang ada. Yang lain plak lauk semalam yg dipanaskan. Kalau nk dibuang rasa membazir plak.


Roti bakar bersama crab stik san mozerella cheese cheq da buat last minit dah...terasa nk mkn roti bakar..so buat ala2 pizza mudah..


Popia goreng berlada dibeli oleh suami di pasar Ramadhan. Beli 5 ketul pun tak habis di makan..kurang terasa popianya. Air plak air tebu rm3.00 dapat la segelas seorang. Cukuplah sebab di CH ni memang kurang minum air.
Semoga esok lusa ada semangat nk buat kuih sendiru..

Selasa, 1 Julai 2014

Ramadhan 2014: 2 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menu kedua untuk hari kedua Ramadhan ini akan simple mimpe sahaja. Sebenarnya tahun memang terasa malas nk buat kuih. Menu semalam seperti berikut.


Tomyam ayam dengan sayur mayur..suami sebenarnya cheq da nk mkn kena mkn yang berkuah.


Ikan cencaru sumbat berlada..goreng sampai garing..baru best mkn...


Ini plak sebagai dessert..keropok lekor goreng  import dari ganu...order by cikgu nik..

Selamat menjamu selera

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...