Selasa, 8 Julai 2014

Ramadhan 2014: 9 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah menu berbuka puasa semalam.
2 hari berada di kampung hanya merasa air tangan ma dan mak mentua jea. Semlm bila dan blk CH...menu daging menjadi pilihan.


Menu utama ialah kerutuk daging ala kelantan. Resepi cheq da akan kongsikan kemudian.


Menu daging yang kedua pula menu rezeki sebab daging masak kicap ini diberikan oleh kak ct.


Ayam perchik ini sebenarnya diberikan oleh ibu mentua untuk bersahur mlm semlm tetapi disebabkan lepas berbuka puasa balik ke CH dan sampai ditgh mlm. Kepenatan kami pun terbabas untuk bersahur. Hanya tersedar 5 minit nk azan subuh. So panas jea la lauk ini.


Sayur goreng pelengkap menu jea ini.


Sambal durian...disebabkan musim durian so buat la sambal ini untuk rasa pedas2..tumbuk cili api byk2 gaulkan sahaja dgn durian.


Ini plak cicah dengan sambal durian..buat ulam tapi cheq da jea la mkn...suami memang tak mkn.
Minuman semlm disebabkan bawa blk cendol dari kampung so buat la air bandung just campurkan dgn cendol. Menu ringkas dan sedap.
Ok lah tu jea la menu semlm.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...