Selasa, 4 Ogos 2015

Aduhai periuk Ajaib Noxxa

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Akhirnya dapat jgk memilik periuk ajaib ini. Selalunya duk jenguk kat http://mamajuepapamimi.blogspot.com
Selalu tertanya periuk apa lah noxxa ni. Punya lah tak tahu apa sehingga ada student kat sekolah menunjukkan katalog Amway kepada seorang guru yang lain. Tapi masih tak tahu apa fungsinya sehinggakan diceritakan oleh Kak Rini.


Selain tu jugak..Cheq da banyak jgk google di sana sini kelebihannya. Sememangnya gajet seperti ini amatlah menarik minat cheq da nk kumpulkan alatan rumah yang mempercepatkan kerja kita. Jumlah liternya 8 liter dan agak besar dan berat.



 Walaupun harganya yang agak lumayan jika dikeluarkan..namun digagahkan jua. Kebetulan duit APC yang cheq da terima pada tahun 2013 belum lagi ditunaikan...so ditunaikan juga untuk membeli barangan nampak srperti ini. Dapat bulan puasa tempoh hari dan selamat digunakan sehari dua ni. Memang tersangat mudah. N3 nya nti di lain hari yea.


Masa beli noxxa ni dapatlah hadiah bekas tong beras colour hijau ni...nmpknya dah ada 2 tong beras..1 lagi yg tupperware. Yang ni tak tahu bila nk digunakan.

Isnin, 3 Ogos 2015

Order 2015: Kek Anniversary dan Birthday

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terima order dari Kak lia iaitu kaunselor sekolah sempena dengan anniversary perkahwinannya dan juga birthday suaminya..
Kek yang diorder ialah kek carrot dengan cream cheese frosting...harap berpuas hati..




Terima kasih sebab sudi order dengan Cheq Da...

Ahad, 2 Ogos 2015

Tart Nenas Cheese

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kongsi biskut raya yang dibuat bulan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah puasa 6 pun dah hbs semlm...so saki baki biskut yang ada akan diangkut ke sekolah untuk kawan-kawan plak merasa. Bagi Cheq Da...bikin tart nenas chesse ini lagi mudah compare dengan tart nenas gulung. Apa2 resepinya dari Rahel..minta izin sharekan di sini. 2 adunan dapat dalam 5 balang...memang puas hati.





 Tart Nanas Cream Cheese
Sumber:Kak Fida
Copy: Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
300g mentega-lembut
250g cream cheese
600g top flour/tepung gandum-diayak
1 sb esen vanila
1 sb gula kastor/gula icing
garam secukup rasa (sy tak gunakan)

inti nanas secukupnya-bulat2kan

Cara-cara:
1.Pukul mentega dan cream cheese hingga rata dan masukkan gula,garam dan vanila dan
   pukul terus hingga kembang.
2.Masukkan pula tepung sedikit2 dan uli hingga mendapat doh yang lembut.
3.Jika adunan masih melekit di tangan,tambah lagi tepung secukupnya dan uli lagi hingga doh
   boleh dibentukkan.
4.Ambil sedikit doh,beri inti nanas,kemudian bulat2kan.Susun di atas dulang pembakar.
   Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau sehingga tart masak.

tips:Sapu tart dengan kuning telur kemudian taburkan keju cheddar parut di atasnya barulah
      tart dibakar.
      Jumlah tart berbeza mengikut saiz yg anda akan buat.

Kek Nur Batrisyia 5 Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Nampak gayanya duk menayang koleksi kek jea la yea. Semua baru sedut ke lappy. Oklah kek yang seterusnya kek anak Cheq Da sendiri sempena birthdaynya yang ke-5. Buat untuk makan di rumah Mok Ja. Kalau di rumah mmg tak habis nk makan.
Kek ini sebenarnya dalam bulan 5 lagi..



Sebenarnya tak tahu nk buat kek apa..so olah la kek ini. Nampak gegirl cikit. Dia tak kisah pun..tapi ummi dia yang lebih..hihihi




Ini gambar yang Mok Ja snap...terus suruh depa sambut selepas blk sekolah sebab kalau nk tunggu ummi nya..lewat plak nanti. 
Untuk tadika nya..Cheq Da hanya buat goodies 90 bungkus untuk semua pelajar kat sana.
Semoga terus menjadi anak yang soleh.

Sabtu, 1 Ogos 2015

Order 2015: Kek Doremon Afif

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya kek dah lama diorder oleh Cikgu Nurul untuk birthday boy AFIF...kalau tak silap dalam bulan April lagi...tapi apa kan daya, bila kemalasan melanda..gambar terperuk jea dalam dslr ini. Hari ini barulah berkesempatan tranfer gambar2 dalam dslr. Cheq Da kongsikan kek doremon pilihannya.


Kek yang besar ini untuk jamuan makan-makan di pra sekolah Afif.




Kek yang kecik ini plak untuk makan-makan di rumah pengasuhnya..


Terima kasih sebab masih sudi repeat order dengan Cheq Da.

Rabu, 29 Julai 2015

WW...kejutan dari tersayang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Masa birthday tempoh hari...suami buat kejutan..ajak ke Ipoh untuk berbuka puasa. Konon2 nk meraikan birthday yg ke-34...
Ajak pi Jusco Ipoh...suruh plak pilih beg sempena hadiah birthday. Hadiahnya telah selamat di pakai masa raya...pilihannya..ku ikutkan juga..nasib baik dapat less..hihihi
Terima kasih cik abg sayang...

Khamis, 23 Julai 2015

Salam Aidilfitri...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Aidilfitri buat semua...agak kelewatan memasukkan n3. Faktor kesihatan yang menyebabkan tertundanya segalanya.
Oklah...jamu sedikit gambar hari raya tempoh hari...yg diambil dengan dslr boleh masuk laptop lagi.


Tok ma bersama cucu-cucunya.


Adik dan menantu lelaki.


Anak2 perempuan dengan menantu bongsu.


Abang long satu family...yg ke2 tukang ambil gambar.


Kak rus satu family.


Kak sha satu family.


Ayah chik 1 family.

 
Su yik satu family...tahun ni dapat beraya bersama sebab tahun lepas isteri beraya di UK...lepas ni nk g UK..2 tahun tak blk Malaysia. Bawa sekali bb uzma.


Ini adalah gambar adik beradik cheq da...tahun ni semuanya sepakat memilih warna biru...
Raya pertama pun tak dapat berkumpul semuanya sebab Abang yg sulung bekerja dan yg ke4 terpaksa balik ke Setiu untuk sambutan raya di sana.

Isnin, 13 Julai 2015

Balik kampung...

Assalamualaikum semua...
Dah mood raya...esok dah start sekolah..hbs sekolah terus blk kampung.
Kepada yang balik ke kampung...hati2 di jalan raya dan salam lebaran buat semua..maaf zahir dan batin.


Ini adalah antara biskut raya yang cheq da buat untuk di bawa blk ke kampung...
Selain kerepek yang susah2 beli jea...ramai yg tukang jual di sekolah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Khamis, 9 Julai 2015

Nasi goreng kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ya ampun...lama tul tak update blog...
Kesibukkan dalam tugasan hari menyebabkan malas nk menghadap laptop. Namun masih blogwalking ke blog rakan yg selalu berkongsi cerita baru.
Oklah menu berbuka semalam..nasi goreng kunyit..saja ubah menu yang simple...




NASI GORENG KUNYIT - ALA KAMPUNG 
dari:  Blog Fiza's Cooking

Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk 
segenggam ikan bilis - di kopek dan goreng 
2 ketul isi ikan goreng 
2 biji telur 
garam secukup rasa
serbuk perasa (boleh gantikan dengan kiub ikan bilis)
Minyak masak secukupnya

Bahan-bahan di tumbuk
5 biji cili padi 
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
3cm kunyit hidup
2 sudu besar udang kering

Cara memasak

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan yang di tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan nasi sambil di kacau hingga sebati dengan bahan tumbuk yang di tumis tadi.

3. Masukkan isi ikan goreng dan ikan bilis, kacau lagi. Ketepikan sedikit nasi di dalam kuali dengan sudip dan pecahkan dua biji telur tadi sambil di kacau.
4. Seterusnya perasakan nasi goreng tadi dengan garam dan serbuk perasa (boleh gantikan dengan kiub ikan bilis).

5. Sajikan dengan kopi O panas...ringkas sahaja, tapi memang sedap.

Khamis, 25 Jun 2015

SAMBAL HITAM LAGI DAN LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah...masa lagi diberi kesihatan yang baik untuk menjalankan ibadat puasa dan berterawih setiap malam. Walaupun agak kepenatan dengan kegiatan di sekolah tapi kalau ditangguhkan takut tahun berikutnya entah dapat beribadat lagi ataupun tidak. Cheq da berterawih bersama suami jea di rumah. Nk ke masjid plak memikirkan anak-anak yang membesar ni kesian plak. Kadang2 kami siap terawih...anak-anak dah lena di kerusi di depan tv.

Oklah n3 hari ni...cerita cikit pasal sambal hitam yang Cheq da bikin semalam untuk bahagikan sedikit kepada kawan2. Mujur guna chooper turbo tuperware. Kalau nk menumbuknya tidok lah ganaknya.


Inilah hasil untuk satu bekas bawang yang dikupas...Akhirnya dalam diberikan dalam berbelas orang kawan2. Lupa plak nk kira..
Cheq da simpan satu bekas untuk makan2 di waktu sahur. Maklumlah dah berumur ni rasanya tak berapa nk lalu plak mkn sahur...
Oklah resepinya DI SINI

Sabtu, 20 Jun 2015

Kalau Aku Bukan Guru...Sambutan Hari Guru Semekar 2015

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua...jeng jeng..nmpknya terlalu malas nak updatekan blog. Masa sentiasa tidak mencukupi untuk menaip n3 dan blogwalking ke blog rakan2 maya.
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua. N3 seringkas yg mungkin malam ini...sambutan hari guru yang telah pun basi baru jea disambut oleh sekolah Cheq Da pada 17.06.15.

Memilih tema pada tahun ini...kalau aku bukan guru..so ramai2 lah cikgu2 tampil dengan idea masing-masing. Cheq Da...jadi Misi la sebab boleh pinjam baju kakak2 Cheq Da yang 3 orang dari mereka bergelar jururawat. Memang pun cita-cita nk jadi misi kalau tak mahu teruskan ambil STPM. Tapi tak pi temuduga pun..mgkn telah ditakdirkan untuk jd pendidik...

Oklah layan jea la gambar2nya yea...acara sukan turut disediakan oleh badan pengawas dan ada sesi cabutan bertuah...apa yang penting tahun ini bertuah lg dapat mangkuk kaca...rezeki..










Ini adalah hadiah yg diterima pada tahun ini...cam byk cikit lagi tahun lepas..hihihi..pe2 pun terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

Sabtu, 6 Jun 2015

Kerabu sotong dengan suhun

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berkongsi menu yang telah dibuat masa kenduri solat hajat yang lepas. Copy resepi dari chef Hanieliza...



KERABU SOTONG & SUHUN

Bahan

500 gm sotong sederhana besar 
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas] 
3 s/b jus limau nipis 
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan] 
1 s/k gula 
garam [jika perlu] 
2 pokok daun ketumbar [racik kasar] ..ganti daun sup dan bawang

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api 
3 tangkai cili merah 
2 ulas bawang putih 

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan ..cheq da tak letak
1 labu bawang besar 
1 batang timun [kecil] ..tak letak ganti buah tomato
3 tangkai cili merah 

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat. 
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya. 
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. 
4. Rasakan masam dan masinnya. 
5. Hidangkan. 

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.

Khamis, 4 Jun 2015

Somtam Mangga..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berkongsi menu seterusnya....somtam mangga. Selalunya somtam dibuat dengan menggunakan betik muda tp kali ini disebabkan mangga muda ada di dapur terus diparut untuk dibuat somtam.
Resepi godek2 dalam blog Kak Yati Cahaya hidupku.




Resepi Somtam Mangga Mudah!
Bahan-bahannya;
3 biji mangga muda jenis epal (kurang masam)- sagat halus
3-4 tangkai kacang panjang- potong dalam 2 inci
1 biji buah tomato-potong baji
4 biji cili padi- nak pedas boleh tambah lagi
2 peket kecil udang kering-goreng tanpa minyak-saya guna microwave jer..
1/2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak
2 sudu gula somtan (Rujuk gambar di bawah)
Sos ikan secukupnya.
2 biji limau nipis- ambil airnya.
Cara-cara menyediakan somtam;
Masukkan cili padi dalam lesung- lenyekkan atau tumbuk manja
Masukkan udang kering-tumbuk manja
Masukkan kacang panjang- tumbuk manja
Masukkan tomato baji- tumbuk manja
Masukkan gula somtam-lenyekkan semua bahan. Masukkan sos ikan dalam 2 sudu.
Masukkan asam limau.
Tuangkan kesemua bahan tumbuk kedalam bekas berisi parutan mangga. Rasakan biar masin, manis dan masam secukupnya.
Masa hidang, taburkan kacang tanah.

Rabu, 3 Jun 2015

Udang Goreng Butter

Assalamualaikum dan selamat pagi
Hari nampaknya ada kelapangan nk menaip n3. Ini pun guna hp jea. Maklum lah masih lagi di kampung...kertas exam plak belum jgk habis ditanda. Hari ini berkongsi satu menu udang yang dibuat makan semasa solat hajat hari Sabtu yang lepas.
Resepinya dari Kak Azie...




Udang Goreng Butter/Buttered Prawn 
Oleh: Azie Kitchen

Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 

Udang:
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi

Isnin, 1 Jun 2015

Orang Baru di akhir Mei...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama rasanya tak keluarkan n3 baru dan meninjau2 blog rakan blogger semua...bukan kekangan masa dan juga baru sahaja menerima orang baru dalam keluarga kami.
Kelahiran cucu pertama dari Su Yik dan Cik Sue...dapat memeriahkan lagi kehidupan kami sekeluarga.
Lahir pada 30 Mei...tetapi disebabkan ada masalah..lahirnya ikut tingkap..so jadi misi la Cheq da menunggu baby dan mak baby di hospital 4 hari jugak...tp hari ni dah pun dibawa blk. Tahniah buat Su Yik dan Cik Sue...buat Uzma..semoga menjadi insan yang terbaik dan solehah nanti...


Selepas sehari dilahirkan...


Selepas 2 hari...

P/s: disebabkan mak dan baby..chat..hari ni dah boleh balik rumah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...