Sabtu, 15 Ogos 2015

Order 2015: Coklat Indulgence Husna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Order daripada Kak Zuhana untuk birthdaynya anaknya yang ke-11. Permintaan kek coklat indulgence. Harap berpuas hati...cheq da deco simple2 jea.




Happy Birthday Husna...semoga menjadi anak yang solehah.
Untuk Kak Zuhana..tq for order.

Jumaat, 14 Ogos 2015

Cendawan Goreng Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Biasanya kalau pelajar MPV jual cendawan..mmg saya akan rembat dalam 2 plastik. Bukan apa..suka sangat mkn cendawan celup tepung. Kadang kala letak dalam tom yam pun sedap. Untuk resepi kali ni..cheq da olah dari resepi yang biasa. Memang meletop la bagi tekak ini dan keluarga. Tambah2 bila rasa garing cendawan tersebut.





Cheq da sharekan di sini yea.

Cendawan Goreng Rangup
By: Cheq Da

Bahan
1. Cendawan 200g
2. Tepung beras 1cawan setengah
3. Setengah Cawan tepung ayam Bestari
4. Sedikit kapur makan
5. Sedikit serbuk kunyit
6. Sedikit lada hitam yg ditumbuk
7. 1 sudu teh cili paper
8. Stgh sudu makan jintan manis
9. Stgh sudu makan jintan putih
10. Sedikit garam
11. Air secukupnya
12. Minyak untuk menggoreng

Cara
1. Basuh cendawan dan tos sehingga benar2 sejat dengan air..kalu perlu perah sedikit buang airnya.
2. Campurkan ke semua bahan2 kering dengan air. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
3. Celupkan cendawan ke dalam adunan tersebut.
4. Panaskan minyak dan gorengkan cendawan mcm biasa. Api untuk menggoreng harus besar sebab tak nk nanti cendawan kita tu mandi minyak.
5. Siap...angkat dan bolehlah dihidangkan dengan sos pilihan.

Selamat mencuba...

Order 2015: SJKC Tringkap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Order dari pra sekolah SJKC Tringkap sempena sambutan birthday. Tq kepada Khairul dan Anis. Anis ialah Ppm di situ.


Kek span coklat dengan fresh cream dan deco bebudak tequestnya.



Terima kasih sebab sudi order.

Khamis, 13 Ogos 2015

Order 2015: Kek Birthday Faiz dan Hawa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Order dari Mok Ja untuk birthday anak buahnya yg disambut pada bulan yang sama. Kek span coklat dengan fresh cream.





Terima kasih sebab sudi order...

Ikan Pekasam Goreng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ikan perkasam dari Taiping...beli sewaktu join KRT rombongsn hari tu.
Ikan plak belanak rasanya.
Rm5 utk satu tupperware...
Kalau ada ikan ni selera mmg bertambah kan.



Cara Cheq Da goreng smpai garing. Angkat perahkan asam limau dan taburkan cili padi...mmg terangkat habis.

Rabu, 12 Ogos 2015

Order 2015: Kek Pecan Heaven Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tempahan dari kawan Kak Ct sempena sambutan birthday anaknya dan father's day.
Pecan heaven kek pilihannya.





Terima Kasih sebab sudi order.

Selasa, 11 Ogos 2015

Order 2015: Kek Kahwin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ni cerita pasal kek lagi. Kali ni plak pasal kek kahwin yang ditempah oleh kawan satu sekolah suami iaitu Kak Salmi. Memang sebelum kejadian Kak Mi selalu duk berwhatapps bertanyakan tentang kek2 Cheq Da. Kek ini dia tempah khas untuk perkahwinan adiknya pada awal bulan 6 baru-baru ni.
Cheq Da sebenarnya kalau dapat kek kahwin memang suka sangat sebab boleh deco bunga2.
Kali ini memilih steam butter cream plak sbb kalau tak bawah fresh cream takut tak tahan lama. Steam butter cream Cheq Da masuk kelas tahun lepas dengan Harmuni Bakery.


3 biji kek direquest oleh Kak Mi iaitu kek untuk hantaran dan kek bertingkat. Kek hantaran, Cheq Da letak terus dalam bekas lut sinar ni.


Kek plak kek bahagian atas yg bertingkat.
Temanya ada hijau petronas.


Gini lah rupanya. Tapi Cheq Da agak risau jgk la sbb nk membawa kek ini turun ke Gua Musang. Nasib suami boleh adjust sbb cuti tempoh hari kami tak blk bersama..Cheq Da menumpang Kak Ha. Suami plak akan ke KL selepas tu.


Memang memakan masa yg agak lama tapi alhamdulillah. Bak kata perpatah bila dah minat semuanya boleh jadi kan.



Cupcakes ini plak 25 biji..Cheq  Da bagi hadiah untuk kak mi. Niat di hati nk suruh kelilingkan di tepi2 kek.


Terima kasih kepada Kak Mi dan keluarga sebab sudi order dari jauh dengan Cheq Da.
Alhamdulillah

P/s: Masih ada cacat celanya lg deco

Isnin, 10 Ogos 2015

Order 2105: Kek Frozen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tempahan daripada Cikgu Dinesh lagi untuk birthday girl nya di sekolah.
Sememangnya pilihan Frozen menjadi pilihan.
Booking dengan Cheq Da dalam satu minggu awal so boleh lah mencari bahannya.
Request juga mau ada warna pink...so tempek jea ready made bunga pink.







Terima kasih sebab masih tak jemu2 order dengan Cheq Da.




Ahad, 9 Ogos 2015

Sambal Buah Kuini

Assalamualaikum dan salam sejahtera
First time buat sambal kuini..sbb masih musim di kampung..bonda bekalkan 3 biji buah kuini. So xtau pe nk buat. Kebetulan member di sekolah kata sedap dibuat sambal. Buat sambal pun google sana sini juga.
Last2 jumpa resepi ini. Memang sedap la..tambah senang plak tak payah nk tumbuk bagai..guna jea tupperware chooper turbo. Memang kerja xsampai 10 minit. Bila dah siap...bawa bekal ke sekolah. Masing2 angkut ke kantin sambil makan dengan nasi.
Sebenarnya kejadian sambal ini di bulan April lagi tp disebabkan terlampau rajin..tertangguh la plak.


Sambal Buah Kuini
oleh:Blog Home Sweet Home
Bahan:-
2 biji buah kuini yg masak kekuningan (kupas dan diracik2)
4 biji cili padi
3 biji cili merah
3 cm belacan - dibakar sedikit
2 sudu besar air asam jawa
garam secukupnya
sedikit gula
Cara Menyediakan:-
Kisar atau tumbuk (*kalu berani laa..takut terpercik je) kesemua bahan kecuali buah kuini. (akak masukkan juga 2 sudu besar kuini yang diracik semasa blend). Kemudian tuang ke dalam bekas dan gaul dengan buah kuini tadi. Seimbangkan rasa pedasnya..jangan menyengat sangat! Siap untuk dimakan bersama ulam dan nasi panas2...

Order 2015: Tempahan dari Dinesh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tempahan dari Cikgu Dinesh untuk teacher di sekolah anaknya sempena dengan teacher's day yang lepad.
Kek pandan dan juga 20 biji cupcakes..







Terima kasih sebab selalu order.

Sabtu, 8 Ogos 2015

Semperit Susu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Biskut raya bulan lepas....



Semperit Susu

Bahan-Bahan:

  • 250 gram mentega
  • 1 cawan susu pekat
  • 500 gram tepung jagung, kalau boleh gunakan jenama Brown and Polson
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • coklat chip, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika. Dengan menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan doh selama 10 minit. Che nom masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh. Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.
  4. Terap dan hias bersama coklat chip.
  5. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara

Jumaat, 7 Ogos 2015

Selamat Jalan Buat Su Yik, Cik Sue dan Bb Uzma

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini merupakan hari pemergian adik Cheq Da yang bongsu ke UK. Kali ni pergi bertiga ke sana sbb isterinya masih belum settle lagi mengenai PHD nya.
Kebetulan flight dari KB-KL pukul 4 pagi tadi..maka terlepas peluang Cheq Da untuk mengiringi pemergiannya di airport. Jam 2 pagi nanti baru flight ke Landon.
Gambar pun Cheq Da terima dari kakak yang whatapps group keluarga kami.


Rupa-rupanya ramai jgk mak-mak saudara dan sepupu yang datang.


Ibu Cheq Da dan Kakak serta adik ipar...


Satu family...kebetulan masa adik ipar blk bln 3 untuk siapkan projectnya..boleh la sekali bersalin di Malaysia.


Bb uzma..kechik2 dah kenal tempat orang...arapkan mak saudara tak merasa la ke sana.



Pengasuh ini memang tak boleh berenggang dengan sepupunya.


Dah pun nk masuk balai berlepas...


Semoga perjalanan dirahmati dan sentiasa di bawah lindungan. Panjang umur boleh berjumpa.
2 tahun nanti tak balik Malaysia.
In sha Allah...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...