Jumaat, 14 Ogos 2015

Cendawan Goreng Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Biasanya kalau pelajar MPV jual cendawan..mmg saya akan rembat dalam 2 plastik. Bukan apa..suka sangat mkn cendawan celup tepung. Kadang kala letak dalam tom yam pun sedap. Untuk resepi kali ni..cheq da olah dari resepi yang biasa. Memang meletop la bagi tekak ini dan keluarga. Tambah2 bila rasa garing cendawan tersebut.





Cheq da sharekan di sini yea.

Cendawan Goreng Rangup
By: Cheq Da

Bahan
1. Cendawan 200g
2. Tepung beras 1cawan setengah
3. Setengah Cawan tepung ayam Bestari
4. Sedikit kapur makan
5. Sedikit serbuk kunyit
6. Sedikit lada hitam yg ditumbuk
7. 1 sudu teh cili paper
8. Stgh sudu makan jintan manis
9. Stgh sudu makan jintan putih
10. Sedikit garam
11. Air secukupnya
12. Minyak untuk menggoreng

Cara
1. Basuh cendawan dan tos sehingga benar2 sejat dengan air..kalu perlu perah sedikit buang airnya.
2. Campurkan ke semua bahan2 kering dengan air. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
3. Celupkan cendawan ke dalam adunan tersebut.
4. Panaskan minyak dan gorengkan cendawan mcm biasa. Api untuk menggoreng harus besar sebab tak nk nanti cendawan kita tu mandi minyak.
5. Siap...angkat dan bolehlah dihidangkan dengan sos pilihan.

Selamat mencuba...

3 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

Sedap nie cheqda..bak sepiring..nyum nyum nyum

Kayu Manis berkata...

Emmm sdpppnya..

Yana Shaiful berkata...

kita pun suka cendawan ni..klu bt tomyam mmg wajib ltk..sedapnyaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...