Ahad, 14 Ogos 2016

Order 2016: Order dari Kak Rosliha

Assalamualaikum w.b.t
Malam ni baru berkesempatan nak tranfer kan gambar-gambar dari dslr ke lappy. Petang tadi plak ada perkampungan ilmu untuk pelajar SPM. Terlibat dalam 2 slot. Esok plak persiapan dewan untuk calon PT3 yang akan menduduki percubaan pada 16,17 dan 18hb nanti. Harap semuanya dapat berjalan dengan lancar.
Ngomol2 sebenarnya nak masukkan n3 order yang agak berbulan dah lepasnya.
Terima order ini dari Cikgu Rosliha semasa result SPM keluar pada bulan 3 yang lalu. Dia menempah dengan Cheq da sebab nak belanja studentnya yang lulus dalam subjek Sejarahnya. Alhamdulillah hantar 4 orang sahaja yang gagal dari 30 lebih calon pada tahun lepas. So layan jea yea..5 biji semua tapi masa ni tengah mabuk..Cheq da dapat buat 3 biji jea iaitu 2 biji pecan heaven dan 1 biji kek span coklat. 2 biji lagi dia telah menempah kek rainbow dari kawan di Tanah Rata.






Tq sebab sudi order...

Khamis, 11 Ogos 2016

SS 51 Enterprise Gua Musang

Assalamualaikum w.b.t
Berminat untuk perkhidmatan berikut...boleh contact onwer ini. Beroperasi di sekitar Gua Musang Kelantan. Perkhidmatan In sha Allah terbaik.


Menyediakan perkhidmatan welding,awning,ubahsuai bangunan,insurans,hardware,stor burger dan lain2 lagi.

Contact number:
 Saipunizan 0134445515 @ 0179098515

Rabu, 10 Ogos 2016

Order 2016: Kek Birthday Nasuha

Assalamualaikum w.b.t
Lama tul tak update pasal order. Semua gmbr order masih dalam dslr. Malas tul nk tranfernya. Sekarang ni limit2 jea ambil order. Kemalasan nyata terserlah dengan tugasan kerja lg. Sebenarnya hanya ada permintaan customer tetap jea Cheq Da ambil.
Kek ni plak dah 2 minggu janji nk buat..baru semlm boleh siapkan. Nasib akak Asmat tu tak kisah.
Dia siap datang ambil sendiri lg. Tq kak sebab order...chocolate indulgence pilihannya. Layan..order yg lepas2 tunggu kita tranfer gmbar dulu yea.





Tq sebab order..

Selasa, 9 Ogos 2016

Resepi kuah lontong terbaik Cikgu Rumsanah

Assalamualaikum w.b.t
Bila dah mengandung ni..nk kata mengidam macam2 yang pelik2 tak de la plak. Cuma teringin nk makan kuah lontong dan acar buah. Bila dah tersebut mulut depan kawan2 tak sangka la plak mereka semua nya ambil berat.
Al kisah nk mkn kuah lontong ni tersebut dpn kawan satu sekolah Cheq Da. Mula2 nk mtk resepi jea..ingat nk bikin sendiri. Selepas raya di bawanya kuah lontong dengan nasi himpit untuk Cheq Da makan katanya. Turut dibawa bersama kuah kacang versinya. Makan semangkuk kecik polisterin tu mmg rasa tak cukup...tambahan plak rassnya sangat sedap dah lemak2. Apa lagi offer plak kat cikgu2 laki..mmg sekejap jea licin nya. Cikgu2 perempuan ada yang tak sempat nk makan.
Jadi semasa jamuan raya tempoh hari...semua cikgu2 mintak buat kan kuah lontong ni. Kali ni mmg byk siap boleh tapau bawa blk. Cheq Da mmg dikhaskan satu pasukan dengannya..jadi mmg tgk step by step cara dia menyediakan kuah lontong dan kacang ni. Nti boleh la masa raya nanti.




Sesi menerai...tudung kuning tu lah cikgu Rumsanah bersama dengan Cheq Sue..

Khamis, 4 Ogos 2016

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2016 SEMEKAR

Assalamualaikum W.b.t
Semalam telah diadakan sambutan merdeka raya di Semekar. Memang meriah sambutan kali ini. Tahun unit koko bersepakat untuk memasak menu hari raya untuk semua pelajar,guru serta para jemputan.
Perancangan dibuat dalam masa 2 minggu. Antara hidangannya ialah lemang, nasi himpit serta kuah kacang dan rendang, agar2, rojak buah,mee soto sebagai hidangan utama. Semuanya telah diseponsorkan unit persatuaan masing-masing. Unit Cheq da ditugaskan untuk membuat agar2, kuah kacang, kuah rojak serta kuah lontong untuk semua guru. Jom tgk gmbar2 nya...mmg meriah dan seronok dengan perarakan kemerdekaan di awal majlis dan makan2 di akhir majlis.


Making kuah kacang dan kuah lontong terbaik dr Cikgu Rumsanah. Cheq da tolong2 jea..


Masakan rendang dari Krlab Prostar dan Budaya.


Jejaka malaya membakar lemang...siap berbaju melayu lg.


Agihkan mee soto untuk semua pelajar.


Perarakan kemerdekaan..xdpt join sebab sibuk masak..


Gimik krmerdekaan tahun ini...meriam buluh..6 das semuanya..



Semua pelajar di kehendaki berpakaian pelbagai kaum.



Photo booth...bergmbr sakan la kami...


Rabu, 3 Ogos 2016

WW: Sambutan Hari Raya Semekar

Assalamualaikum w.b.t

Keluarga besar kami di Semekar...
Jamuan pada hari Ahad lepas..
Moga tahun depan berjumpa lagi...



Meriahnya rasa bila bersama-sama..hampir 9 tahun bersama warga pendidik Semekar..hubungan akrab seperti adik beradik..

Khamis, 28 Julai 2016

Page View...

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni nk share sedikit mengenai page view blog kiter ni. Selalunya paling byk page view pun dlm 700 jea. Tu pun dalam bulan puasa. 2 hari ni..page view dah mencecah 1000 sehari. Alhamdulillah. N3 paling hot setakat ini..kerabu maggi siam. Sampai ada yg pm nk suruh beli maggi ni.
Alhamdulillah masih berpeluang untuk berblog.



Rabu, 27 Julai 2016

Pizza home made

Assalamualaikum w.b.t
Lamanya tak update blog...lemau rasa dengan tuntutan kerja yg semakin menimbun. Byk urusan perlu disettle dengan PT3 dan SPM. Kedua2 untuk kelas peperiksaan ini Cheq Da mengajar so byklah la plak tanggungjawabnya. Tambahan pula jawatan SUP PT3 masih lg dipegang so byklah prosedurnya. Kandungan plak dh mencecah 7 bln lbh..rasa semakin tak larat bila mengandung di usia 35 tahun ni.
Pe2 pun yang wajib dan tuntutan kerja perlu dibereskan sebab itulah rezeki dari NYA.
Cerita semlm..godek2 pizza dapat 3 biji..puah hati makan sebab dah lama tak buat. Ada lebihan siap tapau jamu kawan2 di sekolah.




Yang telah dipotong untuk haziq...masak2 terus nk katanya.

Rabu, 13 Julai 2016

Order 2016: Cupcakes Ali 8 Tahun

Assalamualaikum w.b.t
Semalam mengambil order kek dari kawan baik. Tak sampai hati nk menolak. Birthday anaknya hari ini. Dia minta buatkan 30 cupcakes untuk diberikan kawan-kawan anaknya. Terima kasih Kak rini kerana sudi mengorder.





P/s: Bila dah semakin sarat ini..rasa malas nk membaking dan mengambil order..

Selasa, 12 Julai 2016

Melangkau 35 tahun...

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ni merupakan hari lahir saya yang ke-35. Syukur atas segala kehidupan yang dipinjamkan sementara untuk saya. Tahun ni bakal menimang seorang lg cahaya mata seandainya dipermudahkan Nya.
Tahun ni tak de apa2 azam...cuma berharap semakin umur meningkat semakin diberi rahmat oleh yang Esa untuk menghambakan padaNYa.
Oklah tak tahu nk tempek gambar apa. Kek untuk diri sendiri pun tak pernah buat..huhuhu..layan jea la yea.


Gambar yang paling terkini....di hari raya

Isnin, 11 Julai 2016

Candid Raya 2016

Assalamualaikum w.b.t...
Share gambar raya tahun ini...
Tahun ini turn rumah mentua...masing2 tak sempat nk bergambar keluarga..ni pun curi snap gambar sedangkan tetamu masih penuh..kalau tak ambil alamatnya tak dok la gambar rayanya.





Tema tahun ni colour ungu...perut pun dah semakin nampak..tu yang berjubah jea sepanjang raya.

Isnin, 4 Julai 2016

Salam Aidilfitri 2016

Assalamualaikum w.b.t
Sebelum tirai Ramadhan melabuhkan tirainya, sebelum senang ketika sibuk...Cheq Da ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan2 alam maya ini. Di kesempatan ini juga, Cheq da menyusun sepuluh jari sekiranya ada salah dan silap.


Copy paste dulu gambar beraya tahun lepas...Tahun ini masih lagi berempat..In sha Allah tahun depan dah berlima sekiranya dipermudahkan olehNya.

Sabtu, 2 Julai 2016

Balik kampung...

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni sebenarnya dah selamat berada di Kampung. Semalam blk tgk kereta dah berpusu-pusu balik ke Kelantan. Hari ni plan nk blk ke KB sekejap sebab nk hantar biskut raya untuk ma. Tahun turn raya di rumah mentua.
Banyak plak kes2 accident..semalam member pun accident. Kesian tgk..hbs barangan raya hancur. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat.


Ini hasilnya air tangan berbiskut tahun ini. Rasanya tahun lepas penuh lg mejanya. Tahun ni pilih buat yang mana senang2 jea. Alhamdulillah ada juga yang boleh dibekalkan di kampung. Termasuk yang dibeli.

P/s: Selamat berhari raya..hati2 pulang ke kampung.

Rabu, 29 Jun 2016

Ramadhan 24: Majlis berbuka puasa di Semekar

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah tahun ni dapat lagi berbuka bersama2 dengan rakan2 sejawatan untuk majlis berbuka puasa pada tahun ini.
Memang seronok dan meriah berbuka beramai2.
Tahun lepas kami bersepakat masak sendiri menu hidangan utama tapi tahun ni disebabkan semua kesibukkan...menu utama ditempah iaitu Gulai kawah umbut pisang, ayam goreng, ulam ulaman, acar timum serta sambal belacan.
Manakala untuk kuih muih pula cikgu2 berpakat bawa apa ada..antaranya roti jala, bubur pulut hitam,kuih nona manis,kuih ulat bulu, buah-buahan dan banyak lagi. Tahun ni pun sambutan dari pelajar pun menggalakkan dari tahun lepas.
Kalau tahun lepas boleh tapau bawa blk tahun ni semua sold out...nasi jea yang lebih.


Masing-masing menunggu waktu berbuka...semuanya bersama family masing-masing. Tempatnya di kantin sekolah.



 Nilah kuih ulat bulu tu...blk sekolah terus gentel. Tak tahu nk buat apa. Alhamdulillah licin semuanya.


Selasa, 28 Jun 2016

Menu 22 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Menu semalam..mati kutu nk masak apa????. Last last teringat perkakas steamboat yang dibeli terperuk dalam air box. Menu tambahan goreng nasi goreng. Tapi anak2 memang suka makan mee instant dengan kuah tomyam. Memang ditambah2 oleh dua beradik tu jea mee yang dibuat.




Buat steamboat yang ala kadar jea...sekadar pelengkap berbuka.

P/s: Hari ni diadakan Majlis berbuka di sekolah. Jimatlah menu satu hari. Alhamdulillah

Isnin, 27 Jun 2016

Menu 21 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Semalam ada mood nk memasak nasi kerabu. Alhamdulillah dengan rezekinya.






Keropok dalam satu balang...senang goreng anak nk makan mudah.


Nasi kerabu kuning..memang puas hati...


Menu pelengkap roti john dan kuih akok. Air plak air tebu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...