Ahad, 22 April 2012

Puding Triffel...tq to cikgu noraha

Hari ni sekali lg sekadar nk berkongsi resepi puding triffel yang cheq da selalu buat kalu ada makan2...kebetulan hari khamis lepas geng2 guru buat makan2...jd tugas cheq da masak nasi n pencuci mulut(kali ni tak buat lauk)..so buat la puding ni...resepi ni cheq da masa mengajar ka miri dr cikgu noraha yg kini telah p selamat bertugas di perak(dh lama tak jumpa kak raha ni)...resepi yg diberi memang best dan tak manis.....

Resepi (satu belas)
resepi asal:cikgu noraha
Lapisan pertama--satu roll kek disusun dlm bekas bg padat(ikut kesesuaian bekas)

Lapisan kedua--satu tin buah2 koktail (ikut suka nk letak byk mana)

--hendaklah ditapis dan dibuang airnya dan ditabur di atas kek td

Lapisan ketiga-- 1 tin susu cair, setengah tin air (guna tin susu cair td),3 sudu makan gula,2 sudu makan

tepung custard(dicairkan dahulu sebelum dimasukkan dlm periuk)

***bhn ni disatukan dalam periuk dan dikacau dgn api pelahan sampai likat...sejukkan

sebentar dan lapiskan di atas buah2 koktail tadi

Lapisan keempat---susun buah peach/nenas/baki koktail p boleh di atas lapisan custard td

Lapisan kelima---satu kotak jelly nona...ada mcm2 perisa (larutkan dengan 2 cawan air panas)...ada cara

pd kotak...dan lapiskan utk lapisan seterusnya

                                                                          HASILNYA



Lapisan demi lapisan...





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...