Isnin, 30 April 2012

Cecodok Durian...keturunan punya menu

Assalamualaikum....hari cheq da sekadar nak berkongsi dan resepi cecodok durian yang cheq da buat untuk menghabiskan sisa-sisa durian yang ada dalam peti ais. Kebetulan cikgu Roslan teringin makan cecodok durian yang inti duriannya diletakan ditengah2nya..so cheq da dapat la 2 bekas,jadi cam biasa la satu bekas untuk geng cikgu sekolah cheq da dan satu bekas 1 untuk sekolah suami...2 pun suami duk kata dah lama tak bawak kuih ke sekolah(maklumlah kurang larat cikit tambah2 kalu duk berdiri jea,kaki p boleh bengkak)...berbalik hari ni plak sekolah cheq da jadi tuan rumah untuk Koakademik Bahasa Inggeris..disebabkan cikgu ramai tak ada (ada yg ct n mc-maklumlah sambung ct) so kenalah buat program..sebelum waktu rehat program bm di bawah pengawasan berjalan dengan lancar dengan bantuan beberapa orang cikgu...balik plak dari sekolah kena plak check perut kt klinik desa kampung raja...drive balik ke rumah plak,jalan agak sesak so ct ramai sangat orang naik ch ni..balik2 nasib la suami ajak makan kat luar...maka selamat untuk masak malam...he3..k la berbalik kepada cecodok durian td, resepi asalnya memang simple dan milik sepenuhnya ibu cheq da..ni kerana keluarga kurang minat kalu campurkan isi dengan tepung gandum terus dalam aduan...kt layan k.....




Cecodok Durian Kelantan
Menu asal daripada Puan Jasmah

Bahan2 (bergantung kepada citarasa anda)
 Bahan A
1. isi durian-buangkan biji dan kumpulkan isinya
2.gaulkan isi durian tadi dengan gula-ikut citrasa(paling sedap kacaukan di atas api sekejap bersama gula)
kalu malas takpayah just kacau dengan gula sahaja-ketepikan

Bahan B(bergantung kepada isi durian)
1. Tepung Gandum
2. Sedikit garam
3. Air

Cara2
1. Tepung gandum,garam dan air dikacau sehingga sebati-pekatkan jangan terlalu cair
2. Ambilkan isi durian tadi kemudian salutkan dengan tepung
3. Gorengkan dalam minyak dengan api yang perlahan
4. Sedia untuk dihidangkan


P/s:menu ni amat senang,sure orang yang tak tahu masak p boleh buat..he3

6 ulasan:

ogyep yummy mellow berkata...

wah... durian pun boleh buat cecodok... cecodok ke cekodok....

mestilah bolehkan...ita buat dia, bukan dia buat kita... sure manis..

Cheq Sue berkata...

haish...tak aci ni aku xdan rasa pom

Nieza berkata...

salam kunjung balas ke sini, salam kenal dr saya. tq sudi singgah my blog. sedapnya cucur durian lama tak mkn ni:)

cheq da berkata...

ogyep:durian macam2 boleh buat..kalu ktkg dulu byk durian,buat leput durian boleh simpan lama

cheq da berkata...

sue:tak dan la 2

cheq da berkata...

nieza:memaanfaatkan kawan melalui alam maya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...