Sabtu, 19 Januari 2013

Apa dah jadi?????

Assalamualaikum dan selamat pg untuk semua...sihat hari ni???Kalau hari minggu,rutin harian, cheq da mcm biasa la kemas rumah,basuh baju,lipat baju dan memasak. Namun hari ni aktiviti memasak hanya la untuk waktu pagi sahaja kerana rakan sekolah menjemput ke rumahnya untuk jamuan aqiqah 2 orang anaknya...pas 2 plak terus balik ke kampung sekejap sebelum naik kembali ke ch esoknya.

Untuk menu pagi ni,cheq da teringat la nk buat pancake coz bila tgk di blog cheq sue(cerita tentang segalanya) nmpk sedap jea pancakenya...tambahan pula cheq sue cakap resepi ni sangat sedap. Ambik resepi pun dari tel nyo sahaja..pg ni bangun awal dan mula la membancuh resepi yg diberi oleh cheq sue...bila dah mula memge"pan" 2 terus diri tertanya2 kenapa pancake sy mcm lempeng biasa,colour pun tak cantik cam dia buat,,last2 bila dh masak, baru teringat cheq sue kata kena letak baking powder... hai camana boleh lupa ni???.Tak pe la,lain boleh buat lagi,guna resepi yang asal dan tambah BP jea...hukhuk...

2kar nama jd lempeng...hehe..nk kasi nama lain x jadi...sedap resepinya..



OLD FASHION PANCAKE
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)memang lupa nk letak
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar 
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Buah2an segar pilihan anda (mat guna strawberry, blueberry dan isi orange)
Madu atau maple syrup


Yang kat bawah ni plak,kek karemel..semua orang dah tahu kan. Kek ni akan cheq da bawa ke tempat aqiqah nanti untuk di berikan kepada Puan Hasnah dan En. Amar...sbb cheq da tak tahu bawa nk apa ke sana. Jadi kek ni cheq da buat semlm dan simpan dalam ais box untuk sedapkan lg kek ni. Resepi masih yang sama,gunakan resepi kak ita masam manis yang semakin popular sekrg ni...tahniah dari cheq da...




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...