Jumaat, 22 Februari 2013

Cerita tentang KAHWIN...

Assalamualikum dan salam sejahtera untuk semua. 
Apa khabar?.Malam ni masih ada lagi sedikit ruang bagi cheq da untuk berceloteh  dalam blog ni. Topik yang akan diperkatakan mengenai KAHWIN. Sememangnya cuti tahun baru cina yang lepas ramai yang melangsungkan perkahwinan kan ataupun sibuk menghadiri kenduri-kendara kenalan dan juga family. Cheq da juga tak ketinggalan menghadirkan diri untuk 2 majlis perkahwinan. Satu sebelah suami dan 1 lagi sebelah cheq da. Bagi yg sebelah suami iaitu sepupu suami, cheq da dan suami sponser kek jea untuk depa. maklumlah 2 jea yang mampu buat...



 
Untuk kek yang kami berikan ni, cheq da ada buatkan 3 biji kek yang berlainan rasa. Satu kek untuk diberikan sebagai hantaran kepada pihak lelaki. manakala dua biji lagi yang dibuat bertingkat plak untuk dipotong semasa majlis berlangsung. Tetapi agak mengecewakan cheq da kerana gambarnya tak sempat nak ambil coz anak cheq da mengamuk nak tidur tambah2 dengan cuaca panas menyebabkan dia tidak selesa. Jadi sedang elok pengantin lelaki datang, terus cheq da meninggalkan tempat kenduri yang berdekatan dengan rumah mentua cheq da.


Bagi bahagian bawah kek ni cheq da buatkan kek coklat moist seberat 2.3 kilo. manala untuk bahagian atasnya plak cheq da buatkan cotton cheesecake dengan filling blueberry. Namun kali agak mencabar juga coz cheq da topping kek ni dengan buttercream supaya kek tak cair. alhamdulillah  keadaan masih selamat sampai majlis selesai.



 Ini lah rupanya kek yang telah ditingkatkan oleh suami. Krim buttercream juga sedang elok lembut dan bila dimakan terasa agak tidak mengecewakan.



Kek yang di atas ni pula adalah kek yang dijadikan hantaran untuk pihak lelaki. Kek sifon coklat mengikut resepi kak zati di hati. Kek ni cheq da buatkan dalam 2 adunan untuk dan difiliingkan dengan blueberry dan topping buttercream. Bunga gumpaste plak beli yang dah siap dan letak jea kat atas 2.

Harapan cheq da agar semua pihak berpuas hati dan ramai yang merasa kek pada hari 2 mengatakan sedap dan tidak terlalu manis. Oklah semoga deco tentang kek ni akan lebih profesional lagi so apa yang penting cheq da kena belajar dan belajar.

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...