Sabtu, 9 Mac 2013

Cinnamon Roll...

Assalamualaikum dan saat  hari sabtu kepada semua. Alhamdulillah baru berkesempatan untuk cheq da update kan blog pada hari ni. Menu hari ni sekadar berkongsi resepi cinnamon roll yang telah lama dipopulari  oleh Yani. Sebenarnya dah lama buat dan selalu buat roti ni kerana rasanya tak pernah jemu. Malah kalu teringin nak memakannya mesti terus buat,kalau tak asyik teringat jea. Dulu sebelum ada blog kesayangan ni cheq da selalu buat dan biasa postkan dalam my resepi. Tapi sekarang sebab dah ada blog jadi postkan di sini la plak sebagai kenangan pada masa datang. 
Wassalam



   Cinnamon Roll
oleh: yani
 Bahan-bahan ( 10 biji )
  • = Bahan utk Roti =
  • 300g tepung roti
  • 50g butter
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 100ml fresh milk/air (suhu badan)
  • 8g dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • -----------------------------------------------------
  • = Filling =
  • 2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
  • 60g gula perang
  • 20g butter-suhu bilik
  • -----------------------------------------------------
  • = Icing =
  • 50g cream cheese - suhu bilik
  • 20g butter - suhu bilik
  • 100g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik vanila esen

Cara-cara

  1. Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
  2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
  3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
  4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
  6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
  7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  8. Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
  9. Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...