Khamis, 14 Mac 2013

Suka-suka hias kek bersama Kak Asyikin

Assalamualaikum dan selamat malam kepada warga Malaysia. Apa khabar?Sihat?.Cheq da Alhamdulillah dah bertambah2 sihat selepas demam dalam 2 hari. Cuma sekarang demam menanda kertas peperiksaan jea la,maklumlah markah mesti diselesaikan sebelum cuti penggal pertama(cuti ni nak cuti jea).


Nampak tak kek yang di atas ni. Mestilah nampak kan. Sebenarnya kek ni bukan kek yang ditempah tetapi kek yang dideco dan dihias biasa2 sahaja bersama sahabat cheq da iaitu kak asyikin. Sebenarnya kak asyikin ni dah lama nak belajar menghias kek dengan cheq da tetapi masa selalu tak menyebelahi kami. Lagi pun cheq da pun bukan pandai sangat.,,setakat nak ajar yg mudah2 pun bolehlah,cheq da amatur biasa sahaja.


 Kak Asyikin ni sebenarnya nk belajar sangat cara buat ros dengan menggunakan fresh cream. Bila dah belajar ni arap kak asyikin boleh memdeco ros banyak2 la yea.


Dua biji kek yg cheq da buat kan terlebih dahulu iaitu kek span coklat dan juga kek span strawberi untuk membuat strawberi shortcake.Bila plak beri strawberi dgn uncle velly,besar2 dan manis strawberinya. Sungguh sedap.

ni la 2 kek yang dihias oleh kami berdua...



Ni bahagian dalam selepas dipotong dua untuk dimakan2..separuh untuk cheq da dan separuh lagi untuk kak asyikin dibawa balik.



Pizza yang kat bawah ni plak adalah pizza yang telah dibuat oleh kak asyikin dan dibawa plak mai umah Cheq da untuk diberikan kepada cheq da satu family. Memang sedap dan lembut pizzanya, sampai kami makan 2 ramai2 terus habis...he3..ni kes lama duk mengidam nak makan pizza la ni. Apa2 pun arap kak syikin sentiasa berusaha untuk memantapkan diri dalam bidang hiasan kek ni...


2 ulasan:

Cheq Sue berkata...

rugi i xdop...nanti ejas kelas ganache okeh...always x jadi

cheq da berkata...

bereh..puak2 ni duk sibuk suruh buat ladap untuk cikgu puan:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...