Ahad, 30 Jun 2013

Muffin Vanila...

Assalamualaikum...
Kongsi muffin vanila yang diambil dari blog juicy cafe&cakes



Cheq da mendapat banyak juga dalam satu aduanan yang dibuat kerana mungkin cheq da gunakan cup yang kecik... comei2 jea nampak muffin ni...esoknya siap tapau ke sekolah dan juga rumah pengasuh lagi untuk makan2.





 Muffin vanila
disedut dari blog: Juicy cafe dan cakes

Bahan-bahan..
6 biji telur
100 susu segar
2 sdk esen vanilla
410 gm tepung gandum*
3 sdk baking powder*
1/2 sdk garam* - *satukan dan ayak
250 gm gula kastor
170 gm butter - cairkan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan telur, susu segar, esen vanilla dan gaul perlahan.
2. Masukkan bahan-bahan kering yang telah di ayak bersama gula dan gaul rata dengan spatula, jangan terlebih pukul.
3. Tuang butter cair dan gaul sehingga sebati.
4. Sediakan loyang muffin yang telah tersedia bersama 'papercup', tuang adunan sehingga penuh dalam 'papercup'.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...