Isnin, 24 Jun 2013

Sambal hitam,Tq Kak Basimah

Assalamualaikum..
N3 pada hari sekadar berkongsikan sambal hitam yang dibuat sendiri oleh cheq da pada cuti minggu lepas. Memang dah lama sangat nak makan sambal hitam ni. Nak buat sendiri kurang pandai. Belimbing buluh kat kampung memang ada banyak tapi nak rebus sendiri cheq da kurang pandai.

Hari sukan kat sekolah hari 2,Kak Basimah CC kat sekolah bagi belimbing buluh yang telah direbusnya untuk dibuat benda alah ni. Apa lagi belajar la sekali dengannya resepi buat sambal hitam orang pahang tulen ni kan. Rupanya tak de la sesusah mana bila bahan dah ada.


Gnila rupanya buah belimbing buluh yang dah direbus...kata kak mah kalau nak rebus benda,kena lama dengan api yang sangat perlahan,katanya boleh habis satu tong balang gas..hehe
Kalu banyak ni katanya boleh buat dalam lima enam kali. Tak payah simpan dalam peti ais pun tak pe.
  ni plak yang telah siap,cheq da sengaja lebihkan cili nak kasi pedas.....memang sedap bila makan dengan nasi panas...

Sambal Hitam
Resepi asli: Kak Basimah

Bahan2
Cili 15 tangkai
Bawang merah dalam 5 ulas
Segenggam ikan bilis
7 asam belimbing buluh
sedikit serbuk kunyit

cara2
Semua bahan2 di atas ditumbuk kasar
Panaskan kuali
masukkan sedikit minyak
Goreng sehingga kering

2 ulasan:

norhidana miswan berkata...

kalu tgk resepi mcm mudah je kak, tp nk memasaknyer tu yg lama... aritu adik ada beli ngn kwn sambal hitam nih tp nyer tak kering cam akak punye tuh... msh basah2 lg

cheq da berkata...

Kak mah 2 cakap kalu nk rebus belimbing buluh ni mau ambil masa smpai 8 jam,akak p tak pernah buat nk rebus cmana,tp kalu masih memang tak tahan lama,cepat berkulat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...