Isnin, 3 Februari 2014

Kek coklat moist

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih tidak jemu2 dengan kek coklat moist. Kali ni menggunakan resepi yg berbeza dalam menyediakan sebijik kek hari lahir anak buah semlm. Mulanya nk buat kek lain tp memandangkan kedai kek pun tutup. Buat lah berdasarkan bahan2 yg ada di rumah jea. Hiasan pun comot jea,tak sempat nk dideco lebih2..kesian plak ke Angah. Tak pe la lain kali buat yg lain plak.




KEK COKLAT MOIST KUKUS

resipi : chef zubaidah
sumber : alongroz@myresipi 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )
  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.
GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
  • 150gm cooking chocolate
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara:
  1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
  2. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
  3. Masukkan.minyak dan kacau.
  4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek
*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..

Terima kasih kepd kak nor yg sudi berkongsi resepi yg sedap ni.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...