Ahad, 2 Februari 2014

Kejohanan merentas desa Semekar 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
N3 pada hari ni memuatkan mengenai kejohanan merentas desa yg telah pun diadakan pd hari Sabtu 25hb yg lalu. Hari tersebut juga merupakan hari ganti persekolahan bg cuti tahun baru cina. Buat pertama kalinya trek pd tahun ni telah ditukarkan. Kali ini,GPK KoKo telah memilih Ladang Teh Boh Di Kuala Terla sebgai laluan trek pelajar.

Secara jujurnya juga, Cheq da belum pernah ke sini. Kawasannya banyak yg berbukit. Tapi mengapa tempat ini dipilih kerana faktor keselamatan lebih terjamin jika dibandingkan dengan trek yg sebelum ni.



Sebelum ni,beberapa kali latihan telah diadakan bg membolehkan pelajar yg berpotensi berjaya dan selesa dengan trek yg baru ini. Setiap check point telah di susun atur dengan kemas oleh beberapa orang su sukan yg sangat berkaliber iaitu Cikgu Azman dan Cikgu Chuink.






Ini plak merupakan check point yg paling puncak. Dapat dilihat cikgu Amar,cikgu Erwani dan cikgu Dinesh bergambar sementara menunggu pelajar melalui trek. Cheq da untuk kali ni ditugaskan untuk bahagian makanan. Tak pernah2 sebelum2 ni dapat bahagian makanan. Maklumkan Gpk baru,tugas pun baru jgk. Jom tgk apa yg cheq da buat masa ni.



Pagi2 cheq da kena angkut nasi lemak sebanyak 100 bungkus untuk diedarkan kepada semua guru dan juga anggota rela serta cleaner.  Nasi ni plak dipacking bersama2 dengan sebungkus roti dan air mineral. Selesai tugas yg ni,cheq da bantu plak pasukan biru edarkan roti dan air untuk student. Mujur lah untuk makan tengah hari pengusaha kantin membawa ke tempat ini. Cheq da plak sebenarnya keseorangan untuk menguruskan semua makanan ini,nasib ada kak basimah iaitu cc sekolah yg turut membantu..kalu tak sure pengsan.




Semasa penyampaian hadiah,cheq da tak dapat bersama2 dengan rumah Beta kerana sibuk menguruskan makanan. Alhamdulillah,dapat dengar sorokan yg rumah Beta menang kerana dapat mengumpul mata tertinggi. Tak sangka tahun ni di bawah pimpinan Cikgu Wan Azlina sebagai ketua,Beta muncul juara setelah lama tidak memenanginya. Tahniah kepd semua keluarga Beta.
Akhirnya majulah sukan untuk semua.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...